Cameron Highlands dilanda banjir lumpur, kejadian kedua disember ini. Siapa sangka, di sebalik terletak di tanah tinggi, Cameron Highlands diuji dengan banjir lumpur. Bukan kejadian pertama tetapi sebaliknya sudah berlaku dua kali pada Disember ini.
Ads
Dikongsikan di fb ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang, dirinya berkongsi masalah banjir lumpur yang menimpa Cameron Highlands. Jadi bagi yang merancang bercuti ke lokasi percutian popular ini sempena cuti Krismas, boleh rancang perjalanan dan berhati-hati dengan situasi yang terjadi di sini.
Cameron Highland Dilanda Banjir Lumpur
Banjir Lumpur berlaku di Kampung Raja sekali lagi…
Walau pun hujan bukannya lebat, banjir lumpur berlaku di Kampung Baru, Kampung Raja pada 20 Disember, lebih kurang pada jam 6 petang. Jalan dipenuhi lumpur manakala beberapa rumah juga dilanda banjir lumpur. Selain itu, terdapat kenderaan dan barang lain ditenggelami air.
Saya dan pasukan ADUN Tanah Rata telah meninjau kawasan tersebut, menghubungi pelbagai agensi kerajaan, dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil langkah segera dan jangka masa Panjang untuk mengatasi masalah banjir dan risiko tanah runtuh.
Saya juga menghubungi Pegawai Esekutif PKCH dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya untuk membincangkan solusi.
Tuan Pegawai Daerah bersetuju untuk memaklumkan perkara ini kepada agensi kerajaan bertaraf negeri seperti JPS dan JKR Negeri agar memohon peruntukan dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan dalam masa terdekat.
Pada bulan Ogos, pemegang permit kerja tanah telah menjalankan kerja pembukaan tanah di atas bukit, di mana lokasinya amat berdekatan dengan Kampung Baru, Kampung Raja. Akibat daripada itu, kayu pokok dan lumpur telah dihanyut ke lereng bukit.
Selain itu, banjir telah banyak kali berlaku di Kampung Raja dalam hanya dua bulan, dan penduduk juga amat khuatir bahawa tanah runtuh yang serius bakal berlaku.
Kejadian Kedua Disember Ini
Pada 8 Disember lalu, Adun ini turut berkongsi kejadian kali pertama banjir lumpur di Kampung Raja ini.
Banjir Lumpur berlaku di Kampung Baru, Kampung Raja semalam dan menyebabkan jalan dipenuhi lumpur. Saya telah meninjau Kawasan tersebut dan amat faham tentang kerisauan para penduduk.
Oleh sebah kerja pembukaan tanah di atas bukit yang amat berhampiran dengan Kampung Baru Kampung Raja, didapati lumpur dan pokok kayu telah dihanyut ke lereng bukit sejal bulan Ogos dan menimbulkan kerisauan penduduk.
Pada 17 November, hujan lebat menyebabkan 14 buah rumah dilanda banjir lumpur. Selain daripada kerugian kewangan, para penduduk khuatir bahawa banjir lumpur akan berlaku lagi dan mengancam keselamatan mereka.
Saya telah banyak kali memaklumkan isu ini kepada kerajaan negeri dan agensi kerajaan berkenaan dan memohon untuk melaksanakan pendekatan kecemasan agar banjir lumpur tidak berlaku lagi. Antara cadangan yang diberi termasuk memasang sistem amaran digital bencana bagi mengesan pergerakan tanah dan banjir lumpur.
Selain itu, saya juga menyeru kerajaan untuk memberi akses kepada para penduduk untuk membaca laporan penilaian keselamatan berdasarkan prinsip ketelusan agar penduduk mampu memahami tahap keselamatan sebenar dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga keselamatan diri.
Rumah milik Mek Mas Salleh, 66, yang dibina pada tahun 1973 lenyap dibawa arus deras bersama semua kelengkapan dan pakaian sekali gus menyebabkan wanita itu tinggal sehelai sepinggang.
“Memang sedih sebab ini satu-satunya tempat tinggal saya, dalam sehari saja semuanya hilang,” ceritanya kepada Sinar Ahad.
Menurut Mek Mas, struktur utama rumah kayu empat bilik itu musnah sama sekali dan hanya tinggal bahagian bilik air dan sedikit dapur kerana dibina dengan konkrit selain loteng tempat simpanan barang.
Bagaimanapun, dia terpaksa berpindah sekali lagi ke rumah jiran berhampiran iaitu pada jarak kira-kira 20 meter berikutan sekolah berkenaan turut dinaiki air.
Selepas air surut, saya balik dan terkejut mendapati rumah bersama semua barang dihanyutkan arus deras.
Walaupun Kampung La sering dilanda banjir setiap tahun, Mek Mas menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk sepanjang dia tinggal di sini dengan paras air mencecah 5 meter. Arus deras turut menyebabkan kemusnahan besar.
Dia kini berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantunya membina semula rumah yang menjadi tempat lima anak, menantu, cucu dan enam adik-beradiknya berkumpul setiap kali musim perayaan serta cuti umum.
Sementara itu anak keempat Mek Mas, Suraya Mokhtar, 36, berkata, dia tidak menyangka rumah hanyut dalam banjir besar di Besut tular dalam media sosial yang ditontonnya merupakan rumah milik keluarganya.
“Ketika itu saya terputus hubungan dengan ibu selama empat hari, tidak boleh hubungi kerana tiada bekalan elektrik.
“Tidak tahu bagaimana keadaan mak, hanya mengharapkan video-video daripada orang kampung dalam media sosial.
“Selepas laluan ke kampung yang terputus pulih, saya terus balik dan terkejut selain hanya mampu menangis melihat rumah tempat kami membesar hilang dibawa arus banjir,” katanya.
Bilionair Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disney World!Memang bertuah apabila dapat majikan yang tahu menghargai penat lelat dan usaha keringat para pekerja.
Seorang bilionair di Amerika Syarikat (AS) membiayai percutian selama tiga hari ke taman tema Disneyland untuk 10,000 pekerjanya secara percuma, lapor akhbar India Times semalam.
Ken Griffin, 54 menampung semua perbelanjaan beribu-ribu kakitangan syarikat Citadel dan Citadel Securities untuk bercuti di taman tema Disneyland yang terletak di Florida pada hujung minggu lalu.
Griffin turut membayar tiket penerbangan pekerjanya dari New York, Houston, Paris, Zurich dan bandar-bandar lain. Beliau juga menampung kos hotel, tiket taman dan makanan.
Sebagai tambahan kepada pakej percutian itu, Griffin turut menyediakan hiburan kepada pekerjanya dengan mengadakan konsert oleh kumpulan rock Britain, Coldplay.
Percutian itu menandakan ulang tahun ke-20 Citadel Securities dan ulang tahun ke-32 syarikat dana lindung nilai, Citadel.
Griffin merupakan manusia ke-40 paling kaya di dunia dengan nilai harta mencecah AS$31.7 billion (RM139 bilion). Justeru, beliau mampu mengeluarkan wang untuk menyediakan hiburan kepada pekerja-pekerjanya.
Percutian itu menjadi tanda ucapan terima kasih kepada kakitangannya atas kerja keras mereka selama setahun dan pulangan yang tinggi.
“Kita telah membina pasukan luar biasa bukan sahaja dalam sejarah syarikat, tetapi juga dalam sejarah kewangan. Kita mempunyai masa hadapan yang luar biasa dan saya menantikannya,” kata Griffin kepada pekerjanya.
Menurut jurucakap syarikat itu, Zia Ahmed, tahun ini akan menjadi rekod untuk Citadel dan Citadel Securities.
Firma dana lindung nilai itu menguruskan aset bernilai AS$59 bilion (RM258.9 bilion) yang merupakan angka yang lebih tinggi daripada nilai bersih Griffin.
Citadel Global Fixed Income Fund juga meningkat 28.1 peratus untuk tahun ini dan Citadel Tactical Trading Fund meningkat 22.4 peratus.
Rumah sewa, tak semua berkemampuan untuk mendapatkan rumah sendiri. Harga rumah sekarang pun boleh dikatakan agak tinggi dan belum lagi bayaran bulanan yang perlu dilunaskan di bank.
Kalau dikira dan dicongak balik, macam tak berbaloi pula bila beli rumah, harga mahal belum lagi termasuk ‘bunga’. Rasanya sampai tua pun belum habis hutang rumah.
Tidak hairanlah ada yang rasa lebih mudah dan untung dengan tinggal di rumah sewa. Tak perlu fikir pasal bunga, hanya bayaran bulanan saja. Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Ada orang yang tinggal di rumah sewa berpuluh tahun sampaikan ada yang cakap, ruginya sebab kalau rumah sendiri dah tentu habis bayar pinjaman di bank.
Jangan terus mengata, setiap orang ada pendapat tersendiri. Masing-masing punya pilihan. Menariknya perkongsian daripada Dzuriasikim Dzulkefli ini tentang kisah viral seorang pelakon yang sudah 32 tahun menyewa.
Saya ambil tangkap layar ini dari akaun Instagram milik seorang pelakon veteran yang memberitahu dengan jujur beliau akhirnya akan berpindah setelah 32 tahun menetap di rumah sewa.
Beliau juga ada menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikut bila dikatakan tempoh 32 tahun itu adalah lama dan jika rumah itu dibeli pasti sudah habis dibayar.
Kata aktor itu, “Kalau bank benarkan pelakon buat pinjaman”…
.
Saya bukanlah pakar penasihat ekonomi. Jauh sekali dari bijak dalam hal hartanah.
Namun sangat suka untuk berkongsi kata-kata dari salah seorang sepupu saya…
Katanya….
“Aku sangat cemburu tengok orang yang tinggal di rumah sewa. Setiap bulan mereka hanya perlu bayar sewa rumah tanpa meminjam dengan bank. Dan tanpa perlu membayar bunga. Tidak ada hutang. Aku ada rumah dan kereta. Tapi semua ini hutang. Aku sangat takut kalau aku mati dalam keadaan berhutang dan belum habis bayar hutang aku semua ni termasuk segala bunga. Sedangkan orang yang menyewa rumah, kalau dia mati hutangnya mungkin hanya satu dua bulan sewa sahaja…”.
Barangkali kita berasa sedih apabila melihat orang susah mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah, lalu mereka terpaksa menyewa rumah. Sedangkan apa yang menyedihkan adalah apabila ada orang yang terpaksa mengambil pinjaman yang besar untuk tinggal di rumah yang lebih besar.
Selalulah memandang dari sisi yang indah bagi setiap perkara. Segala ketentuan Allah adalah sangat sangat baik. Tidak ada satupun yang tidak baik.
Sebagai seorang wanita yang berusia, saya tidak hidup dengan mengumpul kekayaan dan harta. Ketenangan dan kesihatan adalah jauh lebih berharga buat saya.
Saya juga pernah menulis begini….
Segala harta yang kita ada ini hanyalah pinjaman yang tidak ubah seperti buku yang kita pinjam di perpustakaan sahaja. Apabila cukup masanya, kita perlu menghantar buku itu, nama kita akan dipadamkan. Kemudian akan dituliskan dengan nama peminjam baharu pula.
Begitu kita semua hidup di dunia dan menganggap segala yang kita ada adalah milik kita. Sedangkan semua hanyalah pinjaman semata.
Sungguh kita sangat mudah terleka dengan dunia. Sedangkan kehidupan yang satu lagi adalah lebih kekal.
Boleh jadi ada orang yang kelihatan miskin di dunia ini, akan lebih kaya di akhirat kelak.
Mingguan Wanita : Setiap orang ada pendapat tersendiri. Jangan mengutuk kalau belum diberikan rumah sendiri dan jangan rasa hebat dapat tinggal di rumah yang mewah. Sebab hidup ini sementara dan pinjaman. Nikmati kehidupan dengan tenang dan bahagia.