Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.

Dukung Suami Turun Dari Tingkat 4

Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.

@hamsatulhamzah Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

 Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian  sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Suami Lumpuh, Anak 16 Berderet, Hebatnya Mak Sekolahkan Semua Sampai Universiti

Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.

Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.

IKLAN

Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.

Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI