Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA. Sungguh istimewa upacara pembukaan Piala Dunia yang pertama kali diadakan di Qatar ini.
Piala Dunia Fifa Qatar edisi ke-22 ini berjaya menarik perhatian dunia apabila mengalu-alukan para peminat bola sepak seluruh dunia dengan alunan merdu ayat al-Quran. Ia disampaikan oleh Qari remaja OKU berusia 20 tahun, Ghanim Al Muftah, yang juga duta Piala Dunia Fifa.
Lebih istimewa Ghanim, merupakan remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kaki iaitu mengalami kecacatan perkembangan tulang belakang (Caudal Regression Syndrome) , muncul bersama pelakon pemenang Oscar Morgan Freeman.
Segmen ‘The Calling’
Segmen pembukaan bertajuk ‘The Calling’, pelakon Morgan Freeman yang juga pemenang Oscar bertanyakan soalan;
“Kita semua berkumpul di sini dalam satu suku besar”.
“Bagaimana banyak negara, bahasa dan budaya boleh bersatu jika hanya satu cara diterima?”
Surah Al Hujurat Ayat ke-13
Lantas sambil tersenyum, Qari Ghanim Al Muftah mengalunkan petikan dari Surah Al Hujurat Ayat ke-13 berserta terjemahannya.
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
“Bola sepak menyatukan pelbagai dengan ‘permainan yang cantik’. Apa yang menyatukan negara-negara juga membawa bersama menyatukan masyarakat.” tambah Freeman.
Pertama Kali Diadakan Di Timur Tengah
Budaya masyarakat Badwi Qatar telah dipamerkan pada hari Ahad semasa upacara pembukaan Piala Dunia Fifa baru-baru ini.
Raja Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani merasmikan upacara pembukaan dengan mencium tangan ayahnya dan mengalu-alukan dunia ke acara terbesar bola sepak itu, yang juga kali pertama diadakan di negara Timur Tengah.
“Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan semua orang ke Piala Dunia 2022,” kata Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Ads
“Betapa indahnya orang boleh mengetepikan apa yang memisahkan mereka untuk meraikan kepelbagaian mereka dan apa yang menyatukan mereka.” Kemudian, bunga api meletup dari bumbung stadium Al Bayt.
Piala Dunia 2022 bermula dengan rekod tercipta apabila Qatar muncul tuan rumah pertama tumpas dalam aksi pembukaan selepas tunduk 0-2 kepada Ecuador di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi. Pertembungan Qatar-Ecuador secara rasmi membuka edisi ke-22 Piala Dunia.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah.Indahnya apabila alunan petikan bacaan alquran berserta terjemahannya diperdengarkan buat pertama kali nya di upacara pembukaan, bertaraf dunia ini. Semoga menjadi ikutan buat negara dunia lain.
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung 40 minggu meninggal di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke hospital untuk bersalin.
Nur Azida Fazhani Hassim, 35 tahun telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dikejarkan ke hospital kerana sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Difahamkan dirinya kemudian tidak sedarkan diri akibat penat dan sesak nafas sebelum pengsan.
Ibu Sarat Mengandung Meninggal Akibat Kepenatan
Namun ketika ambulan bergerak dari rumahnya di Taman Universiti, Semeling petang semalam, Nur Azida disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Anak Dalam Kandungan Gagal Diselamatkan
Dalam pada itu, usaha doktor untuk menyelamatkan kandungannya juga tidak berjaya kerana anak dalam kandungan dikatakan telah meninggal lebih dari tempoh 24 jam. Difahamkan kandungan ibu ini sudah mencapai 40 minggu dan tarikh bersalinnya adalah pada 6 April lalu. Namun Allah lebih menyayanginya. Arwah difahamkan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil.
Dalam pada itu, jenazah wanita ini dan anaknya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam, Batu Kurau Perak. Perjalanan arwah ke kampung abadi ini telah dibantu oleh unit van jenazah percuma oleh team Madad.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Amelia Henderson berjaya dalam rayuan. Terbaru pelakon dan pengacara jelita yang kini popular dengan rancangan audio siar (podcast) kendaliannya, Studio Sembang telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Rayuan tersebut bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Amelia Henderson Berjaya Dalam Rayuan
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon selain meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Fail Rayuan Berhubung Keputusan Mahkamah Sesyen
Untuk rekod sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.