“Sampai 5 Minit Sebelum Pukul 6 Petang” Yana Samsudin Lega Sempat Mengundi. 19 November baru-baru ini, merupakan tarikh mengundi, rakyat memilih pemimpin sekaligus kerajaan yang akan dibentuk untuk tempoh penggal 5 tahun.Kesempatan dan peluang mengundi bagi menunaikan kewajipan pada negara ini pastinya meninggalkan pelbagai momen untuk dikenang.
Bagi pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,38 turut tidak terkecuali menunaikan kewajipan ini. Ibu kepada 2 cahayamata ini cuba sedaya upaya untuk sampai ke Pusat Mengundi di Yong Peng sebelum ia ditutup jam 6 petang, pada sabtu lalu.Ia berikutan kesesakan luarbiasa dijalanraya yang perlu ditempuhi dari Shah Alam menuju ke Yong Peng.
Yana Samsudin kongsikan momen tersebut di Instagramnya baru-baru ini;
Yeayy! Sempat!
Terima kasih pada semua yang bagi semangat tadi! Fuhhh macam pelesit gak ah tadi.. 5 minit sebelum pukul 6 petang yana sampai ke Yong Peng dari Shah Alam.
Tahniah jugak korang yang mengundi hari ni menjalankan tanggungjawab kita. Best kan mengundi? Panjang umur 5 tahun lagi kita keluar mengundi lagi ya!
Sila jalan kan tugas dengan sebaik mungkin YB YB yang sudah di pilih ya
Mingguan Wanita: Alhamdulillah. Walaupun hanya satu undi, namun ia memberi makna yang besar, menunaikan kewajipan pada negara. Terbaik buat Yana Samsudin berusaha sedaya upaya untuk sampai ke tempat mengundi pada waktunya.
“Perempuan Melayu ni, kasih sayangnya sejati. Sekali sayang, ikhlas & setia hujung nyawa” begitulah coretan perasaan penuh ikhlas dari seorang lelaki Cina mualaf yang mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu.
Menerusi luahan di akaun Facebooknya, Adam Kelvin menyatakan beberapa sebab dia memilih wanita Melayu sebagai pasangan hidup.
Paling penting dia memuji gadis Melayu ni bila dah sayang seseorang kebanyakannya ikhlas dan setia hujung nyawa.
Adam Kelvin juga akui dirinya suka mempelajari perbezaan budaya dan cuba meraikan kegemaran isteri tercintanya.
Selain kasih sayang penuh perasan, jiwa wanita Melayu juga kental selain memiliki bentuk mata sangat cantik dan menjadi idaman lelaki Cina.
Antara sebab kenapa saya pilih perempuan Melayu sebagai isteri:
Sebagai lelaki chinese, saya memang tahu sebenarnya mengahwini perempuan cina bukan option utama. Haha.. maintenance tinggi woo..
Kemudian, kebanyakan saya jumpa, kalau ada duit banyak, sayanglah suami dan anak. Tapi kalau suami tak ada duit, sayang tu akan defisit sama dengan nilai duit. Atau mungkin lagi kurang. Haha..
Tapi tak semua ya. Tapi kami selalu dididik macam tu. Money is everything. Cash is a king. Dah terbiasa dengan mindset macam tu.
Tak dinafikan mostly mereka datang dari family yang kaya. Takkanlah ayah mereka nak kahwinkan anak perempuan mereka untuk susah bersama suami? Pasti cari yang sama taraf.
Perempuan melayu ni, kasih sayangnya sejati. Sekali sayang, kebanyakannya ikhlas dan setia hujung nyawa. Til jannah orang kata.
Kalau tak sayang suami pun, kasih sayang mereka terhadap anak tak pernah luntur.
Tahu tak sebenarnya raaammmaaai lelaki cina diluar sana lebih sukakan perempuan melayu. Sebab bermata cantik. Bulat dan besar. Nampak lebih berseri.
Itu antara sebab kenapa ramai wanita cina sanggup pakai contact lens yang besar-besar untuk nampak comel.
Sedangkan perempuan Melayu tak perlu semua tu.
Dari sudut raut wajah pun, perempuan Melayu memang lebih cantik berbanding perempuan Cina. Perempuan Melayu cantiknya, fuhhh.. memang masyaallah! Masa saya bawa balik wife saya jumpa family, mereka semua cakap wife saya cantik. Haha.. tapi wife saya tak percaya. Dia selalu rasa dirinya tak cantik. Haih.
Tapi mereka takut nak berkahwin sebab kekangan agama dan budaya. Huhu..
Tapi saya dengar, lelaki melayu suka amoi jugak ya?
Perempuan melayu ni mempunyai pegangan agama yang kuat. Mereka pandai menjaga diri dan mendidik anak.
Itu antara sebab kenapa saya pilih wife saya dari kampung. Sebab dia pandai jaga diri dan banyak ilmu agama yang dapat saya belajar bersamanya.
Perempuan bandar ketika tu, saya takut nak dekati. Saya takut high maintenance jugak.
Masa merisik wife saya dulu, saya beritahu yang saya tak mampu nak sewa rumah. Saya kata hanya ada bilik dan sebuah motor saja.
Actually saya nak uji tahap mana bakal wife saya dapat terima keadaan saya.
Surprisingly, mak mertua saya totally okay!
Beliau kata, asalkan saya berusaha untuk majukan diri dan cuba usaha bagi yang terbaik buat keluarga, tak ada masalah. Semua orang bermula dari bawah.
Masyaallah. Tabarakallah. Alhamdulillah.
Wow!
Tapi sebenarnya masa tu saya dah beli rumah dan kereta sebelum berkahwin. Saya saja sembunyikan perkara tersebut sampailah lepas berkahwin, baru saya reveal.
Memang itu matlamat saya. Cuba memiliki rumah diusia muda dan ayah saya sering tanamkan mindset kepada saya, sebelum kahwin wajib beli sebuah rumah untuk bina family.
Saya tak nafikan, jiwa wanita melayu ni memang kental. Susah macam mana sekali pun, jangan harap nak tinggalkan suami. Sanggup bergadai emas untuk bantu suami.
Akhir sekali..
Ramai tau kawan-kawan chinese saya nak berkahwin dengan perempuan melayu. Cuma mereka masih tak nampak keindahan Islam tu macam mana.
Doakan mereka agar dapat hidayah ya suatu hari nanti?
Sekarang ini, ramai anak muda berhijrah, janji kerja yang mereka dapat itu tawarkan gaji yang lumayan. Tak kisahlah kerja hanya tukang sapu, kutip buah dan sebagainya.
Boleh dikatakan kerja di luar negara agak lumayan gajinya. Contohnya, di Australia, Jepun, United Kingdom, Arab Saudi dan sebagainya dengan menawarkan pendapatan lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding gaji di negara ini.
Tak hairanlah, anak muda sanggup cari ejen pekerjaan yang mampu tawarkan peluang pekerjaan di luar negara. Kerja biasa pun tak apa, janji kerja berikan income yang banyak.
Namun, jangan ingat mendapat kerja di luar negara sangat mudah waima dengan bantuan kawan sekalipun. Ada yang pernah tertipu bukan setakat dengan ejen pekerjaan, mungkin juga dengan kawan sendiri.
Inilah yang dikongsikan oleh Michelle Henry yang berada di Kota London, apabila terserempak dengan dua anak muda yang ditipu kawan untuk dapatkan kerja di situ.
“4 hari terkandas di London dengan tidur tepi mall. Ambil makanan di gereja dengan tak mandi dan telefon tak ada internet, bateri nak mati…
Ya Allah, tergamak kawan sendiri tipu macam ini. Katanya, dia ejen pekerjaan kat London. Pemuda ini dah bayar sebanyak RM10K untuk belikan tiket ke London dari KL-Singapura-London. Lepas itu tiket balik, si kawan ni buatkan yang dummy punya. Sampai saja di airport Singapura nombor kena block, duit poket pun tak ada.
.
Konon-kononnya, nanti bila smpai di London, ada orang akan tunggu di airport dan bagi duit belanja sedikit untuk permulaan kerja dan tempat tinggal. Semua ini atas dasar percayakan kawan sendiri.
Mich masa itu balik kerja dan terjumpa depan tempat kerja. Dua-dua lelaki melayu ini menangis minta tolong. Sebak dada.
Seorang itu terfikir nak murtd sebab orang gereja itu cakap, kalau tukar agama mereka boleh tolong buatkan visa, bagi makan minum dan tempat tinggal. Seorang lagi terfikir nak bunuh diri. Keadaan mereka sejuk, tidut tak berselimut dan makan sisi orang buang.
Mich peluk dan minta merka bersabar, jangan menangis. Semua ini ujian dari Allah, kalau kita niat dan ingat nak berhijrah untuk cari kerja, insya Allah pasti ada jalan.
Saya bawa mereka pergi makan, belikan simcard phone dan sambil jalan balik, singgah kedai belikan barang-barang mandi. Balik rumah minta mereka mandi bersih-bersih sambil buarkan kopi. Mich suruh mereka buang baju yang dipakai dah 4 hari tak tukar. Ada kawan Mich berikan baju yang mana muat.
Mich minta mereka telefon keluarga mereka dan beritahu keadaan mereka di sini. Dapat berbual seketika dengan mak mereka. Makcik itu menangis dan ucap terima kasih. Mich hanya cakap kat mak mereka supaya doakan perjalanan anak makcik di permudahkan dan selamat.
Ada part yang buat hati Mich tersentuh, bila masuk saja dalam rumah, terus budak-budak ni buat sujud syukur. Memang mereka minta pertolongan dari Allah. Harap-harap dapat jumpa orang yang boleh tolong, Allah makbulkan doa-doa orang teraniaya.
Dah siap makan, Mich ajak mereka jalan-jalan sekejap. Balik rumah, Mich bagi ceramah sikit tentang perjalanan hidup..hihihhi
.
.
Mich minta jugak mereka doakan Mich, doa-doa orang bermusafir nie mustajab kan…than mich suruh mereka tidur. Insya Allah, Mich tenfok apa pertolongan yang boleh diikhtiarkan.
Pesanan Mich, jangan percaya pada ejen-ejen yang tawarkan pekerjaan kat London, London paling susah nak bagi visa bekerja.
Mereka ada tanya, kat sini ada tak kerja ladang buah? Kat London tak ada ladang buah dik.
Mingguan Wanita : Hati-hatilah dan panduan buat anak-anak muda. Jangan mudah terpedaya dan percaya pada janji-janji bulan bintang. Niat dah baik untuk cari kerja dan bantu keluarga tapi itulah tersalah pilih kawan.
“Bila mak 62 tahun lebih teror main roller skate dari kau”, ramai kagum makcik memang hebat. Tidak ramai mak-mak kita yang mahu menikmati usia tua mereka melakukan hobi yang pernah mereka lakukan ketika muda dahulu.
Alasan mak-mak, cukuplah pernah merasainya suatu ketika dahulu atau barangkali segan dengan persekitaran sekeliling. Mereka merasakan tidak sesuai terutama kepada faktor usia.
Bagaimana pun satu perkongsian seorang anak, Hanan Abdul Rahman yang juga pengacara tv Al-Hijrah kebolehan emaknya, Hanim Mohamed Alias, bermain roller skate pada usianya 62 tahun membuatkan ramai kagum pada emaknya.
Dapat dilihat emaknya bebas meluncur dengan roller skatenya dan masa yang sama pakaian dikenakan sangat menutup aurat. Kelihatan emaknya enjoy melakukan aktiviti berkenaan yang diketahui banyak dilakukan golongan remaja dan orang muda kerana ia memerlukan keseimbangan untuk mengawal pergerakan tubuh agar tidak terjatuh.
Mungkin sekadar berlucu, Hanan memaklumkan dia tidak sehebat itu dan siap membuat muka lucu dan terpegun saat melihat emaknya bebas meluncur di gelanggang roller skate berkenaan.
Perkongsiannya mendapat respon positif di mana kata mereka golongan wanita sekitar tahun 80-an memang top dengan permainan ini. Tambah Hanan, emaknya sering memasuki pertandingan Roller Skate di Teluk Intan suatu masa dahulu. Bahkan antara lokasi bermain roller skate di Teluk Intan ialah di Coliseum.
Bermain roller skate ini barangkali boleh menjadi satu aktiviti menarik bagi mak-mak untuk mengeluarkan peluh dan hidup sihat di usia mereka. Jadi tidaklah hanya berkebun sekitar rumah atau bersama kawan-kawan ke masjid kerana masih banyak aktiviti sesuai dan sihat boleh dilakukan pada usia 60 ke atas. Bahkan kesanggupan anak membawa mak secara tak langsung turut mengeratkan bonding antara satu sama lain.
Tindakan seorang lelaki melakukan aksi wheelie sambil membonceng isteri dan anak perempuan berusia empat tahun mengundang padah apabila dia ditahan polis selepas video kejadian itu tular di media sosial.