Lelaki kongsi pengalaman hati gementar jumpa ulama sohor paksu mid. Jumaat lalu, seorang lagi ulama pergi meninggalkan kita semua. Banyak amalan baik ditinggalkannya termasuk pesanan agar jangan sesekali meninggalkan solat lima waktu dan sentiasa membaca dan berpegang kepada Al-Quran sebagai pedoman kehidupan kita.

Bahkan semasa pengebumiannya pagi semalam, dapat dilihat lautan manusia hadir memberi penghormatan terakhir buat ulama ini. Dapat dilihat anak muridnya berebut-rebut membawa pengusung jenazahnya bahkan solat turut diadakan beberapa kali kerana jumlah bilangan cukup ramai.

@matnizam76 pengebumian jenazah paksu mid #fyp #fypmalaysia🇲🇾tiktok ♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq

 Dikatakan lebih 3000 orang menghadiri pengebumian ini Bahkan bumi seakan bersedih kerana kelihatan awam mendung dan burung lelayang terbang mengelilingi kubur ulama ini ketika diturunkan ke liang lahat.

@raraaa_yazd89_._ Pengebumian Almarhum Pak Su Mid,, Awan mendung dan byak burung² berterbangan..subhanallah.. pengakhiran kita,kita tak tau lg mcm mna 🥺🥺😢 #al_fatihah #waliallah❤️ #paksumid #paksumidkualanerang #seo #seotiktok #fypシ #fypviralシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fyp #foryoupage #GenshinImpact32 ♬ سبحان الله – Ali Dawud

 Dalam pada itu, di saat ramai yang teringin bertemu arwah semasa hidup, namun tidak semua direzekikan bertemu kerana asbab pertemuan adalah atas izin dariNya.
Namun satu perkongsian seorang lelaki, Tengku Daeng Mawelle yang berkesempatan bertemu ulama ini ketika masih ada berkongsi perasaan gementarnya bertemu ulama ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pak Su Mid Kuala Nerang Meninggal Dunia, Pesan Ulama Ini Jangan Tinggalkan Al-Quran

Bacalah perkongsian darinya. Moga Allah memelihara negara kita dan golongan beragama yang jumlahnya semakin berkurangan ini.

IKLAN

Bila berjumpa dan duduk di hadapan Pak Su Mid ni, hati secara tak langsung rasa gementar. Timbul segala perasaan hormat, segan, malu dan rasa hina. Padahal Pak Su Mid bukan orang besar.

Bukan Menteri, bukan orang gagah, bukan gangster, bukan kaki pukul, bukan orang berpengaruh. Tapi kenapa semua perasaan tu muncul. Tak payah tunggu duk berhadapan, On the way nak pergi rumah pun dah rasa gementar dah.

Paksu Mid ni tak pernah mengaku sebagai ulama besar. Tak pernah mengaku sebagai seorang Wali Allah. Tak pernah mengaku sebagai orang alim, orang terkenal, orang itu dan ini.

Dia hanya mengaku dirinya sebagai seorang yang tua dan uzur. Tapi mengapa kebanyakan orang segan pada beliau? Saya yakin bukan saya saja, mesti kalian juga rasa segan dan malu bila berhadapan dengan beliau. Betulkan? salah satu sebabnya sudah tentu hati kita kotor dan banyak dosa.

IKLAN

Kita rasa malu sebab kita sedang berhadapan dengan orang yang soleh, orang yang dari zaman mudanya khatam Al-Quran setiap 3 hari. Bila dah tua khatam dalam 5 hari. Kita rasa segan sebab tak mampu kalahkan orang yang tua ini dalam ibadah puasa.

Beliau berpuasa dah 40 tahun tanpa henti setiap hari kecuali hari aidiladha, aidilfitri, dan 3 hari tasyrik.

Kita malu tak dapat tundukkan nafsu kita seperti orang tua ini yang hanya sahur dan berbuka dengan secawan nasi dan sebijik telur. Kita rasa malu, hormat, segan, gementar sebab kita sedang berhadapan dengan hamba-Nya yang soleh lagilah pula bersih hatinya.

Bayangkan, kita baru berhadapan dengan para Hamba-Nya yang soleh dah jadi malu segan dan sebagainya. Bagaimana pula bila kita berhadapan dengan DIA (ALLAH) di akhirat kelak.

IKLAN

Mengapa kita tak rasa malu berbuat dosa dan maksiat ketika hidup sedangkan kita tahu Allah itu Maha Melihat, Mendengar dan Maha Tahu segala apa yang kita lakukan. Pasal ni kita pandai-pandailah fikir masing-masing.

Yang saya nak sampaikan kat sini. Perbanyakkanlah teman dengan sahabat-sahabat yang membawa kita mengingati Allah dan Rasul-Nya. Bersahabatlah dan dampingilah Ahli² ibadah, Ahli² Zikir, Ahli² Selawat dan segala Ahli yang istiqamah melakukan amal soleh.

Ingat, HATI kita ni adalah tempat di mana Allah memandang dan menilai kita. Berusahalah membersihkan hati, perbanyakkan selawat, zikir dan membaca Al-Quran. Moga kita semua di akhirat kelak dapat berkumpul dengan Rasulullah S.A.W dan para Hamba-Nya yang soleh².

Pesan Paksu Mid, “Kita ni manusia sebenarnya semacam pokok, pada pokok akarlah paling penting..segala apa yang terjadi hujan taufan ribut kemarau panas apapun akar lah penentu keadaan pokok..” Kredit : Tulisan Tengku Daeng Mawelle

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI