Warga Malaysia Syabira Yusoff dinobat juara the great british bake off uk, tuah kek orang utan. Kejayaan seorang anak Malaysia memenangi pertandingan rancangan realiti memasak terkenal The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom semalam cukup membanggakan bagi warga Malaysia.

Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu, anak kelahiran Malaysia Syabira Yusof berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti memasak The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom.

Dirinya yang juga seorang penyelidik kardiovaskular di London berentap dengan jurutera elektronik Abdul Rahman Sharif, 29 dan pengasuh Nelsandro ‘Sandro’ Farmhouse, 30 dan rezeki berpihak kepadanya apabila dinobatkan sebagai juara The Great British Bake Off Champion 2022.

Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.

Warga Malaysia Syabira Yusoff Dinobat Juara The Great British Bake Off UK, Tuah Kek Orang UtanPeserta perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri. Bagi tema ini, Syabira telah menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.

Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.

IKLAN

Katanya, inilah “pencapaian paling hebat dalam hidup saya” selepas mendengar namanya diumumkan oleh pengacara Matt Lucas sebagai pemenang The Great British Bake Off.
Penyelidik kardiovaskular itu berkata, dirinya mula terlibat dalam pembuatan kek dan roti kira-kira lima tahun lalu, sejak tiba di London pada 2013. Bahkan dengan kemenangan itu, Syabira merupakan wanita pertama yang memenangi gelaran itu dalam tempoh lima tahun lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Vicha Sudah Bernikah Warga Nigeria & Dikurniakan Anak Lelaki “Bersyukur Doa Mendapat Jodoh Yang Baik Dimakbulkan”

Malaysia Terbaik Termasuk Dipenuhi Kaki “Complain”, Indahnya Coretan Chong Wei Sempena Hari Malaysia

IKLAN

Dalam pada itu, juri rancangan Paul Hollywood dan Prue Leith tertarik dengan kemahiran dan cita rasa kek buatan Syabira.

Kata juri, kek bersumberkan ilham haiwan terancam Orang Utan itu rasa sangat sedap.

Sebelum perlawanan akhir berlangsung, penyelidik kardiovaskular ini telah merangkul gelaran “Star Baker” (pemenang keseluruhan minggu) sebanyak tiga kali.

IKLAN

Pemenang Great British Bake Off sebelum ini seperti Nadiya Hussain dan John Whaite dari UK telah menjadi hos rancangan masakan mereka sendiri. Juara lain, seperti Frances Quinn, Nancy Birtwhistle dan pemenang tahun lepas, Guiseppe Dell’Anno juga meraih pengikut yang ramai di media sosial.

Tahniah buat wanita hebat ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI