Cantik, manis & ayu bila isteri Usop berhijab. Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.
Sememangnya tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.
Pada hari ini, kedengaran semakin banyak artis perempuan kini berubah dengan berhijab. Bukan sekadar itu isteri kepada artis lelaki juga ramai yang sudah mengenakan tudung.
Terbaru penyanyi, Usop tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengenakan hijab.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau Usop yang sudah bergelar suami pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.
Ads
Comelnya Fatihah Pakai Tudung
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu telah memuat naik sebuah video.
Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian warga maya apabila Fatihah dilihat manis berhijab penuh.
Malah Usop memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.
“Kan tomey (comel) pakai tudung.
“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulisnya.
Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah, Juara Pencak Silat Dunia. Menerusi sebuah video yang kini tular di aplikasi Tik Tok sememangnya meremang melihat aksi seorang pesilat wanita yang mewakili negara.
Memang padu gerakan atlet Malaysia ini! Menerusi video yang tular itu dari permulaan hinggalah habis membuatkan mereka yang menonton teruja. Malah netizen juga memuji aksi pesilat wanita itu.
Perkongsian rakaman Silat Tari Sembah oleh atlet Malaysia ini telah meraih jutaan tontonan. Malah netizen juga turut memuji gerak gaya atlet wanita ini dalam pertandingan 19th WORLD PENCAK SILAT WORLDCHAMPIONSHIP 2022 MALAYSIA.
Malah Pesilat yang berasal dari Keningau, Sabah yang bernama Merrywati Manuil ini juga mengucapkan syukur kepada rakyat Malaysia yang menyokong dirinya dan Pasukan Silat Kebangsaan.
“Terima kasih semua …Mohon selitkan nama sy dalam doa korang utk game game akn dtg..terima kasih sokong saya Demi Malaysia!!”
Jiwa Wincci tenang melangkah ke masjid, itulah luahan pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci. Seperti yang diketahui umum, Soo Wincci pada bulan Ramadan sering berkongsi pengalaman dan ragam dirinya yang turut berpuasa.
Malah apa yang dilakukan oleh Wincci sentiasa mendapat sokongan dan pujian netizen.
Terbaru Bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut bersyukur tentang dirinya yang menimba banyak ilmu berkenaan Islam menerusi program yang di hadiri bertempat di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis.
Akui sebelum ini dirinya berasa takut untuk ke masjid namun setelah menjejakkan kaki buat kali pertama hatinya cukup tersentuh.
“Selama ini saya sering takut untuk ke masjid kerana selalu orang cakap bukan Islam dilarang masuk.
“Di Kuala Lumpur sendiri pun saya tak pernah masuk mana-mana masjid,” kongsi Wincci seperti mana diluahkan menerusi Harian Metro.
Bukan itu saja malah Wincci turut meluahkan hatinya cukup tenang dapat berkumpul dengan ramai hadirin berbeza agama dalam majlis ceramah berhubung topik keharmonian itu.
“Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu.
“Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 hadir dari pelbagai latar belakang agama.
“Sesi selama lebih tiga jam itu begitu intim.
“Ia sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid sebelum ini kerana kehadiran saya dan penceramah berbangsa India ke sana sangat dialu-alukan.
“Saya gembira apabila ustaz yang terbabit pun berfikiran terbuka dan moden.
“Mereka memberi kami jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan kami ingin tahu.
“Program itu sememangnya satu perbincangan yang cukup bagus dan membuka mata. Ia pengalaman pertama yang sangat berharga untuk saya,” katanya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Mungkin ini satu keputusan yang cukup berat bagi seorang anak. Apatah lagi kerjaya yang cukup hebat dengan gaji yang lumayan.
Namun, apalah sangat untuk dinilai dengan pengorbanan seorang ibu. Berhenti kerja dan fokus dalam menjaga ibu yang sakit, tidak seskali akan membuatkan diri rasa menyesal kerana sudah lakukan yang terbaik untuk orang tua.
Mungkin inilah yang dilalui oleh Rashidah Razali yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Inilah peluang yang dia ada selagi hayat ibu dikandung badan.
Bagi Rashidah Razali, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit (bedridden).
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia dan iparnya bertanggungjawab dalam membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.
Kata anak kelapan ini, ibunya mengalami strok sejak Jun tahun lepas dan lumpuh sebelah kanan badan.
“Sejak itu urusan berkaitan diri ibu dijalankan oleh adik beradik. Sama ada mengangkat ke tandas, mandikan dan membantu ibu solat.
Gambar sebelum ibunya jatuh sakit.
“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.
“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.
“Mereka sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan,” katanya.
Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.
Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.
.
Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.
Tidak Rasa Terbeban
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.
“Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.
“Cuma bezanya teknik urus bedridden, tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat hospital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.
“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang s4k1t.
“Cuma satu saja saya pasak dalam hati, pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
.
Mingguan Wanita : Besar rahmatnya anak menjaga ibu. Moga Rashidah dan kelaurga dipermudah segala urusan. Aamiin.
Dr Jihan Alya antara rakyat Malaysia yang ditahan ketika misi bantuan ke Palestin. Kenali latar belakang doktor kecemasan ini dan penglibatannya dalam Global Sumud Flotilla.