Vicha sudah bernikah warga Nigeria & dikurniakan anak lelaki. Begitu mengejutkan apabila pelawak Vicha mendedahkan dia sebenarnya telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang lelaki yang difahamkan seorang warga Nigeria sejak tiga tahun lalu.
Seperti mana hantaran sebuah video di saluran Youtube, Vicha menerangkan dirinya langsung tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan tersebut, sebaliknya hanya mahu peminat memberi tumpuan kepada kerjaya seninya sahaja berbanding cerita peribadi.
Vicha Sudah Bernikah Warga Nigeria
Namun sempena kehadiran tahun baharu 2022, Vicha mengambil pendekatan untuk berkongsi berita tersebut dengan orang ramai, sekali gus bagi mengelakkan fitnah pada masa akan datang.
“Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya sudah berkahwin kali kedua dan bukan lagi berstatus solo.
Anak Lelaki Sudah Berusia Dua Tahun
“Saya berkahwin sejak tiga tahun lalu dan kini hidup bahagia bersama suami dan seorang anak lelaki, Micheal Trevor Ayomide yang kini sudah berusia dua tahun.
Ads
“Sebelum ini saya tak kongsikan kepada umum kerana rasa tidak perlu bercerita tentang kehidupan peribadi. Bagaimanapun sampai satu masa saya fikir, sampai bila saya mahu berahsia kerana nanti orang akan tahu juga.
“Jadi saya putuskan untuk kongsi tentang perkara ini kepada semua yang masih terus menyokong kerjaya saya sehingga hari ini.
Suami Seorang Mualaf
“Saya mengenali suami sejak tahun 2015, sebelum Johnson memeluk Islam ketika menghadiri satu majlis yang dianjurkan seorang rakan. Sikapnya yang pendiam, matang dan bertantanggungjawab membuatkan saya tertarik untuk berkawan, seterusnya menjalinkan hubungan serius dan berkahwin.
“Saya bersyukur doa untuk mendapat jodoh yang baik dimakbulkan Tuhan. Sepanjang tujuh tahun mengenalinya, dia sangat baik dan suka memberi nasihat. Banyak benda yang saja belajar daripadanya.
“Yakinlah jodoh, rezeki dan ajal maut itu di tangan Tuhan. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang luar, yang bukan dari Indonesia dan bukan juga dari Malaysia.
Ads
“Alhamdulillah kami melalui susah senang hidup bersama dan menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Allah kurniakan rezeki yang sangat murah selepas berumah tangga dan melahirkan cahaya mata kami,” luah Vicha.
Turut mengakui sedang hamil ketika bergelar juara Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan J-Born pada 2019, Vicha juga hingga kini tidak pernah putus asa membawa dua anaknya daripada perkahwinan terdahulu ke Malaysia dan membina kehidupan baharu mereka di sini.
Ads
“Sehingga kini saya masih berusaha untuk membawa anak-anak saya daripada perkahwinan pertama untuk tinggal bersama di Malaysia.
“Saya tidak akan berputus ada dan akan terus mencuba sampai bila-bila. Saya mahu mereka bersekolah dan tinggal bersama-sama saya dan suami. Itu harapan dan target saya tahun ini.
“Dalam masa sama, saya juga berharap agar rezeki semakin murah untuk tahun 2022 ini dan perniagaan yang saya usahakan bersama suami terus berkembang,” sambungnya.
Mingguan Wanita : Tahniah Vicha semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Rezeki si Pengutip Sampah, siapa sangka ‘batu’ wangi yang dikutip tepi pantai, rupanya bernilai tinggi dan sekaligus menjadikan lelaki ini seorang jutawan serta kaya sekelip mata.
Tuah bagi seorang pengutip sampah di Thailand apabila menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta).Bastille Post melaporkan, lelaki dikenali sebagai Surachit itu tidak menyangka batu ditemui adalah ambergris yang amat bernilai tinggi.
Bahan Buangan Ikan Paus
Pada awalnya, dia menemui batu berwarna kelabu itu yang dihanyutkan air di pinggir pantai ketika mengutip sampah.Lelaki terbabit kemudian membawa pulang batu itu ke rumahnya sebelum mendapati ia mengeluarkan bau aneh seperti lilin.
Lelaki itu kemudian memaklumkan rakan dan saudaranya dan ramai menyangka batu itu adalah bahan buangan ikan paus yang dipanggil ambergris. Surachit dan rakannya kemudian memeriksa batu itu dan membakarnya sehingga ia mengeluarkan bau yang harum.
Kini, dia sedang menunggu pakar kerajaan yang relevan untuk menilai batu berkenaan.
Bahan Sukar Diperolehi
Ambergris lazimnya didapati dalam usus ikan paus. Bahan ini terbentuk akibat tindak balas ketika proses penghadaman mamalia itu.Pakar berpendapat bahawa bahan ini keluar melalui usus ikan paus sebagai bahan buangan.
Tetapi ada juga yang mendakwa bahawa ia dimuntahkan oleh mamalia itu memandangkan saiznya yang terlalu besar.Selepas keluar dari badan mamalia itu, ia akan hanyut di laut dan boleh bertahan sehingga 100 tahun.
Keunikan ambergris adalah kerana bahan ini sukar diperolehi dan digunakan sebagai antara bahan dalam pembuatan minyak pewangi.
MW: Rezeki sungguh siapa sangka ingatkan kutip sampah, rupanya ‘batu’ wangi berharga yang boleh jadi jutawan.
Bukan senang nak bersihkan jubin yang sudah lama terbiar tak dicuci disebabkan kesibukan kerja rumah yang lain, jadi anda patut cuci sebelum rumah nampak teruk dan kotor. Tetapi apakah pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran sekelip mata?
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia, jadi tak pelik kalau ada sesetengah orang yang alah dan menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Ya, itulah tanda kulit anda sensitif!
Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sheila Rusly ada kongsikan video resipi sup tulang yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang.
Sempena Hari Raya Aidiladha ni, banyak dapat daging dan tulang lembu korban, sesuai sangat mak-mak boleh cuba resipi ini.
Berikut perkongsian oleh Shiela Rusly:
“Sup tulang siapa suka confirm dia “Geng Tok Sidang”.Nah sis belanja resipi sup tulang cara sis.”
Bahan-Bahan:
Tulang(rebus empuk)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
4 sahabat
Perencah sup/rempah sup pun boleh??
Minyak sapi(optional)
Lobak Merah
Celery
Batang daun sup
Kiub daging maggi
Cilipadi
Limau nipis
Bawang goreng
Daun sup
Cara Membuat:
1.Panaskan sedikit minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pula 4 sahabat, pati lembu dan perencah sup tulang.
3.Masukkan pula air rebusan tulang,batang daun sup, lobak merah, celery dan cili padi.Hiriskan dengan limau nipis.
4.Masukkan tulang dan biarkan sehingga mendidih.
Info Ekstra!
Sup tulang ini sedap dimakan bersama sambal belacan dan telur masin.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...