Sumber Foto: Instagram vicha_barbie

Awalnya risau hilang tawaran kerja, kini Vicha selesa penampilan berhijab. Begitulah luahan hati pelawak dan pelakon yang berasal dari negara seberang, Vicha Saywho, 33 yang kini semakin selesa dengan penampilannya yang menutup aurat.

Malah Vicha juga menerangkan dia tidak melihat penghijrahannya itu sebagai sesuatu yang mengganggu kerjaya seninya.

Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja, Kini Vicha Selesa Penampilan Berhijab “Kuatkan Hati, Yakin Niat Baik”

Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja

Namun sebenarnya pada awal berhijrah, Vicha akui dirinya berasa risau dengan  penerimaan peminat dan bimbang jika tawaran kerja berkurangan. Namun terbukti rezeki Allah itu luas dan sebaliknya yang berlaku.

“Ketika mula-mula mengambil keputusan berhijab, saya risau jika hilang tawaran kerja. Maklumkan sebagai pelawak, mungkin aksi saya akan jadi berbeza dengan penampilan baharu ini.

“Bagaimanapun saya kuatkan hati dan teruskan hasrat itu kerana yakin niat yang baik selalunya akan memberi hasil yang baik juga.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya dalam segala hal, termasuk kerjaya seni,” katanya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.

Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja, Kini Vicha Selesa Penampilan Berhijab “Kuatkan Hati, Yakin Niat Baik”

IKLAN

Syukur Rezeki Semakin Murah

Mengorak langkah dengan mengenakan hijab sejak Ogos lalu, Vicha juga akui rezekinya semakin luas.

“Saya bersyukur apabila rezeki dalam bidang seni semakin murah. Kalau sebelum ini tidak pernah bekerja dengan TV AlHijrah atau Naura, sekarang saya mendapat peluang itu.

“Begitu juga dengan beberapa projek baharu yang kini masih lagi dalam perbincangan.

“Apa pun, saya masih individu sama sebagaimana sebelum ini. Tugas saya masih di sini untuk menghiburkan orang ramai,” luah Vicha.

IKLAN

Baca Disini Juga:

Vicha Mohon Doa “Tiada Kata Terlambat Hambanya Yang Ingin Belajar dan Memperbaiki Diri”

Penghijrahan Anzalna Nasir Di Hari Lahir Suami, Cantik & Manis Berhijab, “Semoga Terus Istiqomah”

Hijrah Farah Nabilah, Tampak Ayu Berhijab “Terima Kasih Peminat Yang Sentiasa Mendoakan Saya”

IKLAN

Tidak Letakkan Sebarang Syarat Di Pentas

Ibu kepada tiga anak itu juga menegaskan walaupun tampil berhijab namun dia tidak meletakkan syarat di pentas. Kini tampil bergabung menerusi kumpulan Puteh dalam Musim Baru Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Vicha akan berikan yang terbaik dalam setiap watak yang dipertanggungjawabkan.

“Walaupun sudah berhijab, saya tidak meletakkan sebarang syarat atau halangan dalam aksi di pentas. Apa sahaja watak diberikan, saya akan cuba yang terbaik,” luahnya.

Awalnya Risau Hilang Tawaran Kerja, Kini Vicha Selesa Penampilan Berhijab “Kuatkan Hati, Yakin Niat Baik”

Sumber: SinarPlus

Sumber Foto: Instagram vicha_barbie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI