Sumber / Sumber Foto : Instagram Sasha Saidin

Sasha Saidin terima 4 dos vaksin, enggan merisikokan diri terhadap wabak dan rindukan keluarga di Malaysia. Sememangnya cukup rindu pada kaum keluarga di Malaysia, Sasha Saidin begitu teruja kaum keluarga dan sahabat handai untuk datang melawat dirinya yang berada di perantauan dalam masa terdekat jika tiada halangan sekatan.

Sasha Saidin Terima 4 Dos Vaksin

Penyanyi Sasha Saidin yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami telah berkongsi kini lengkap menerima empat dos vaksin Covid-19.

Malah Sasha dan suami, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara itu.

Walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan Sasha dan suami enggan merisikokan diri.

“Pada minggu lalu, saya mendapat khabar berita seorang kenalan rapat disahkan positif Covid-19 dan beliau hilang segala deria rasa dan bau.

“Walau bagaimanapun beliau tetap bersyukur yang beliau telah divaksin terlebih dahulu kerana kalau tidak mungkin lebih padah simptom-simptomnya seperti sesak nafas dan seterusnya.

Perlindungan Maksimal Menentang Varian Baru Yang Lebih Agresif

“Kalau di UAE walaupun immuniti kelompok telah dicapai sekitar pertengahan tahun ini dan kadar jangkitan purata mingguan telah turun kepada angka yang kurang membimbangkan namun kerajaan UAE masih menyarankan mereka yang sudah divaksinasi untuk mengambil ‘booster’ sebagai perlindungan maksimal menentang variant-variant baru yang lebih agresif.

“Contohnya siapa yang telah mengambil vaksin Sinopharm (yang telah mula diberikan kepada penduduk UAE seawal pertengahan 2020) boleh mengambil booster shot Pfizer sebanyak 2 dos juga.

SOP Tetap Dijaga

“Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia.

IKLAN

“Walau bagaimanapun SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain dari menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai.

Hampir Kembali Seperti Biasa Seperti Sebelum Pandemik

“Saya yang telah menetap di UAE selama 2 tahun sudah mula nampak keadaan keseluruhannya hampir kembali seperti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk kaum keluarga serta sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawat kami di sini dalam masa terdekat inshallah.

“Sesungguhnya الله senantiasa meminta hamba-hambaNya untuk senantiasa mencari ikhtiar bagi melawan apa-apa penyakit serta melindungi diri kita sendiri sebaik mana kita mampu hendakNya.

“Terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana tiada siapa yang lebih bertanggungjawab ke atas tubuh badan kita daripada diri kita sendiri.

IKLAN

‎الله أعلم

“dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,” (26:80).

“Stay safe everyone,” tulis Sasha.

Bersama keluarga tersayang.

Baca Disini Juga : 

IKLAN

Selepas Dos Kedua Vaksin Covid-19, Sasha & Suami Alami Letih, Mengantuk & Sakit Kepala

Tak Sengaja, Seorang Wanita DiSuntik Enam Dos Vaksin Covid-19 Sekaligus

Berketurunan Minang, Sasha Saidin Teruskan Tradisi Memasak Bersama Keluarga Di Malam Raya

Sasha berkongsi kisahnya yang sudah lengkap menerima empat dos vaksin menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin)

Sumber / Sumber Foto : Instagram Sasha Saidin