marah-anak-dalam-bas

Di sebalik tindakan seorang ibu yang marah anak dalam bas malah memukul anaknya itu, rupanya ada kisah sedih yang berlaku dalam hidupnya.

Alangkah tertekannya hidup isteri ini apabila diuji dengan rumah tangga berantakan. Lebih pilu, dirinya juga tidak mendapat sokongan ibu mentua. Malah, dihalau dari rumah kerana anak-anak dengan suami sebelumnya tidak disukai mentua.

Wanita ini, Shira Ira antara individu yang membantu ibu yang tertekan ini. Berdepan dengan situasi sebegitu, Shira sedayanya cuba memberikan yang terbaik kepada ibu yang mahu dibantu itu.

Ini cerita sebenar yang jadi sebalik kejadian ibu memukul anak di dalam bas sebagaimana yang dikongsikan Shira.

Ibu Marah Anak Dalam Bas Alami Tekanan

“Baru baru ni viral kisah perempuan pukul dan maki anak dalam bas. Macam-macam orang kecam dia di comment.

Hakikat nya dia sedang tekanan & stress.

Dia jumpa kami mungkin Allah dah atur untuk bantu dia. Dia tido di bilik bajet depan hoshas. Malam tu kebetulan ada jamuan di pizza Temerloh. Adik-adik kat situ bagi dia makanan. Keadaan dia dan anak-anak sangat sedih.

Isnin pagi,
seawal 8 pagi, ummi jumpa dia. Rupanya dia dihalau mak mentua, suami masuk lokap sebab ambil barang (d4dah). Anak dua orang dia bawak tu, anak dia dengan suami lama. Katanya mak mentua tak suka anak-anak dia.

Baca sini : Ramai Salahkan Isteri Bila Dia Beremosi, Sedangkan Segalanya Berpunca Daripada Sikap Suami

IKLAN

Kenapa datang Temerloh?

Dah singgah Kuantan cari kerja di Kuantan. Tapi tak jumpa cari bilik. Sementara tu, dia dan anak-anak hanya tido di masjid.

Katanya nak singgah je Temerloh dan nak ke kuala lumpur di tempat lama dia kerja sebelum ni. Tapi kalau dapat kerja di Temerloh. Dia nak stay Temerloh je. Dengan keadaan anak-anak dia agak susah. Sebab masalah jugak dengan transport.

Umi hantar dia ke homestay kami untuk sementara. Dan Umi bagi dia telekung suruh solat, mandi dan umi nasihat dia.

Masa ni kami tak tahu lagi kisah dia dah viral. Sedih tengok keadaan anak dia.

Tengahari kami dapat tengok video viral tu.. tapi tetap kena tolong umi kata. Umi nasihat dia, jangan pukul anak, umi peluk anak-anak dia. Dia kata Allah uji dia sebab dia lama tak solat.

Masa umi nak balik, anak dia peluk umi. Tak bagi balik. Nak ikut umi. Kesian macam kurang kasih sayang.

IKLAN

Baca sini : Jangan Buat Isteri Tertekan Sampai Tahap No.7, Kalau Tak Suami Kena Cepat Bertindak

Tak Tahu Video Marah Anak Dalam Bas Sudah Viral

Isnin petang saya bawak dia gi JKM. Alhamdullilah dapatlah sedikit bantuan. Bawa gi makan mcD, bawa beli baju.

Dalam kereta tu, saya nasihat lagi kat dia. Jangan mencarut kat anak-anak. Jangan pukul anak. Dia tanya saya macam mana tahu saya pukul anak? Saya bagitau dia kisah akak pukul anak dalam bas dah viral.

Terkejut dia.

Dia kata boleh tak nak tengok. Saya tunjuk kat dia. Dia kata dia malu. Malu lah sy kak.. saya sayang anak saya, tapi saya tekanan kak keadaan macam ni.

IKLAN

Doakan Ibu Ini, Akhirnya Sudah Dapat Kerja

Hari selasa pagi, dia call mintak hantar ke terminal. Nak pergi Kuala Lumpur. Dia pun dah sampai KL.

Jom sama-sama kita doakn kesejahteraan & keselamatan akak tu dan ank-anak dia. Moga Allah permudahkan urusan dia.

Buat semua netizen cukuplah kecam dia. Kita tak rasa dan tak alami apa yang dirasa sekarang. Dan kita doa yang baik-baik untuk dia.

Terbaru, maklum Shira wanita yang dibantunya sudahpun mendapat pekerjaan di kedai makan di Chow Kit.

Anak dia ada orang jaga. Alhamdulillah.”

Mingguan Wanita : Kadangkala kita tak tahu apa yang ibu itu sedang lalui, jika tak mampu hulurkan bantuan, berdoa untuknya juga sudah memadai. Janganlah cepat menjatuhkan hukum pada perkara yang kita sendiri pun tidak pasti.

Sumber/Foto : Shira Ira