Jodoh masih kuat Datuk Ras Adiba berkahwin semula dengan bekas suami. Tahniah diucapkan buat bekas personaliti televisyen, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kini kembali bergelar isteri orang.
Ras Adiba, 54 menerusi portal berita Mstar mengakui berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua.
Jodoh Masih Kuat
Untuk pengetahun Ras Adiba pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan kali kedua telah berlangsung pada 2 Jun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.
Wanita cekal yang juga Pengerusi Bernama mengenali suami sejak tahun 1986 ketika dirinya masih bertugas di stesen TV3 dan mengakui jodoh mereka masih kuat.
Ads
Menerusi perkongsian di Facebook, Ras Adiba Radzi ada memuatnaik beberapa foto bersama jejaka di Instagramnya dengan menulis kapsyen;
Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Ada betulnya kata-kata ini, ‘berapa banyak gaji pun susah nak cukup, kalau harga barang naik setiap bulan.” Bak kata mak-mak sampai dah tak tahu nak berjimat cara mana lagi.
Macam-macam tip kewangan dah cuba diaplikasikan demi untuk mencukupkan perbelanjaan.
Apa yang dirasai Firdaus Shakirin ini turut dirasai orang lain sebenarnya. Sekarang ini, memasak untuk lauk tengahari pun terpaksa dijimatkan untuk dimakan pada sebelah malam.
Perbelanjaan membeli barang basah untuk sebulan saja mencecah RM1000.
Belum masuk lagi belanja anak sekolah, tiba-tiba ada kecemasan anak sakit dah kena keluar belanja lain pula di situ. Sungguh perbelanjaan bulanan sekarang begitu menduga kehidupan.
Hadamkan kisah beliau ini.
“Kalau anak makan lauk tak habis, tinggal untuk abang”
Saya cakap kat wife, suruh wife simpan lauk lebih tengahari untuk saya makan malam. Nanti balik kerja, saya makan, takyah masak dah… jimat sikit sebab,
RM100 sekarang, dapat la ayam, ikan dengan sayur untuk makan 3, 4 hari.
Pastu kena beli pulak, RM100 lagi… udang dengan sotong, tak berani pegang terus dah, sekilo RM35-RM40.. fokus ayam dengan ikan ja untuk barang mentah.
Mingguan Wanita :Terbaru, bermula Julai nanti subsidi minyak masak tulen botol untuk 2 hingga 5kg dimansuhkan. kecuali minyak masak peket 1kg yang masih ada subsidinya.
Itupun nak mendapatkannya bukan mudah dan terhad.
Tak boleh bayangkan akan datang, sebab kenaikan harga minyak akan mempengaruhi harga bermacam lagi produk jualan berasaskan makanan.
Ibu ini, Liyana Diabu berkongsi pengalaman membawa anak-anak kecilnya jalan-jalan dekat Selangor. Melawat ladang farm fresh, dapatlah anak menikmati naik kuda, naik traktor, tengok haiwan ternakan dan bermacam aktiviti menarik yang lain.
Cuti sekolah pun dah bermulakan. Inilah masanya untuk mak ayah ambil peluang gembirakan hati anak-anak. Perkongsian ibu ini, bantu mak ayah yang buntu nak cari lokasi menarik untuk anak-anak nikmati pemandangan sambil belajar.
Sehari saja pun dah memadai, anak-anak seronok. Bak kata ibu ini, sampai anak-anaknya tak nak balik. Punya seronoklah tu.
Jom tengok destinasi jalan-jalan ibu anak-anak kecil ini.
Cuti sekolah hujung minggu.
Jalan jalan with family
Tak pergi jauh pun Dekat selangor je
Tapi anak anak punya seronok tak nak balik.
Sampai lewat petang dekat sana.
Nak pergi sana waze ke The Acre by Farm Fresh nak tengok pages dia pun boleh.
Pagi tu hujan takde tanda-tanda nak berhenti.
Tapi bersiap jugalah.
Sepanjang jalan ke sana nak sejam lebih dari rumah memang hujan
Sampai sana,hujan baru berhenti.
Jalan lecak sikit sebab tanah merah
Mujur dorg pakai kasut.
Next time mungkin boleh ditambahbaikkan dengan tar kan tempat parking dan jalan kaki area situ.
Aktiviti kata sana. Naik traktor melawat ladang farm fresh. Best lagi kalau driver tu cerita sepanjang perjalanan. Takdelah krik krik krik. Percuma Naik kuda sorang-sorang. Seorang dewasa/kanak-kanak RM10. Bagi kak oli masih lagi murah. Tapi kalau jauh sikit pusing lagi best.
Naik kereta kuda. Dewasa RM10 Kanak-kanak RM5
Naik kereta panjang apa tah nama untuk kanak-kanak. Percuma.
Tengok macam-macam binatang Tengok lembu dari baby sampai dewasa.
Siap ada tour guide lagi. Percuma.
Lepas tu puas minum susu lembu pelbagai perisa.
Kena beli, susu kotak farm fresh macam kat pasaran tu.
Cari susu FAM FRESH di sini : https://invle.co/clb48v4
Makan aiskrim susu lagi.
RM3/satu
Ada jual pizza pelbagai topping. Ada jual burger daging lembu RM10. Berbaloi dan sedap.
Kentang goreng with cheese RM10. Nasi lemak RM10 (mahal sangat sebab biasa je)
Mmm…puaslah dorang terokai satu kawasan ladang tu dengan pelbagai tanaman dan bunga bunga.
Berlari-lari di kawasan rumput yang luas.
Jaga-jaga jangan sampai terpijak tahi kuda.
Best ke tak pergi sana? Kak oli bagi 10 bintang.
Memang best
Tiket masuk, Dewasa RM10 Kanak 7-12 tahun RM5
Mingguan Wanita :Seronok pula baca perkongsian jalan-jalan ibu ini. Mana mak-mak yang ada anak kecil bolehlah set date bawa anak-anak jenjalan buat lawatan kenal haiwan sambil belajar.
Pelajar cemerlang, sudah tentu menjadi idaman untuk setiap pelajar. Sanggup berusaha bersungguh untuk mencapai cita-cita dan tak semestinya untuk membanggakan orang tua.
Namun, tak semua dianugerahkan untuk jadi pelajar cemerlang. Usaha macam mana pun kalau itu bukan rezekinya, setakat itulah yang mampu dapat. Bahagianya, bila kejayaan dirai dan pelajar ke depan untuk diberi penghargaan.
Bangganya. Tapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang. Mereka yang tidak berjaya atau gagal bukan malas tapi bukan rezeki untuk dapat pelajar cemerlang.
Inilah yang dikupaskan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dalam perkongsian tentang ada sesetengah pihak tidak mahu meraikan kejayaan pelajar cemerlang. Sedangkan pendapatnya berbeza.
Ada sesetengah pihak tak setuju pelajar cemerlang diraikan, diberi penghargaan atas pentas, bahkan ada yang tak setuju mereka pegang kad tertera bilangan A yang mereka perolehi.
Maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan majlis kecemerlangan kurang disambut. Atau disambut dalam majlis tertutup.
Katanya untuk menjaga perasaan pelajar yang gagal dan dapat keputusan yang rendah.
Aku berbeza pendapat mengenai hal ini. Aku lebih suka pelajar cemerlang diraikan.
Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Pada aku, murid cemerlang harus diraikan.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Pelajar ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Pelajar lain di waktu hujung minggu berseronok bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri dan memilih untuk belajar dan belajar.
Pengorbanan Dibalas
Bukan pelajar cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan dan mereka berjaya, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka untuk dapat kejayaan tidak boleh diraikan pula. Hanya kerana nak jaga hati pelajar yang tidak banyak berusaha seperti mereka.
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Pelajar Gagal Kurang Berusaha
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius dan pintar. Tak pernah dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
“Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik
pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat.
Patutnya bila keputusan sebenar keluar, yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Akan kecewa. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka. Menunjukkan laluan untuk sambung belajar yang sesuai dengan keputusan mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi disebabkan gagal bakal mengubah cara belajar mereka. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Kecemerlangan Bukan Mudah DIcapai
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan pelajar yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
Mingguan Wanita : Raikan mereka sebab itu adalah hasil usaha mereka. Bagi semangat dan sokongan buat yang gagal dan kurang berjaya.