Sumber : Facebook Maryam Jamadi

Akur Berhenti Kerja Desakan Suami, Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah. “Tak semua wanita ‘sesuai’ jadi suri rumah” Sebagai seorang wanita dan ibu adakah anda bersetuju dengan penyataan ini. Sememangnya ikut selera masing-masing samaada selesa bekerja atau bergelar suri rumah.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi masing-masing punya personaliti, minat dan impian.

Akur Berhenti Kerja Desakan Suami

Ternyata isu yang ditulis oleh Maryam menarik minat ramai wanita. Sesungguhnya bergelar suri rumah bukannya mudah ya. Bukan calang-calang wanita mampu ini kerana kerja sebagai suri rumah berat apatah lagi bila sudah mempunyai anak.

“Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”.

Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri.

Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah.

– Duduk rumah goyang kaki.

– Anak ada depan mata.

– Nak apa-apa minta suami.

– Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja.

– Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.

Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah.

Kenapa saya guna perkataan “sesuai”?

Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza.

Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak.

Tiada hari cuti.

Hari-hari menghadap dinding yang sama,

Berjumpa orang yang sama,

Rutin yang sama,

Kepenatan yang sama,

Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyeksakan bagi seorang extrovert.

Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang.

Yang seronok berjumpa ramai orang.

Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari.

Yang perlukan pengalaman baru setiap hari.

Yang sukakan risiko.

Yang tidak suka berseorangan.

Sayalah tu. 🙋‍♀️

Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.

Saya mula,

– Mudah menangis tidak ada sebab.

– Overthinking.

– Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang.

– Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah.

– Restless, anxiety tiba-tiba.

– Mimpi perkara bukan-bukan.

Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun.

Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,

Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah.

Petang – Tidurkan anak.

Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi.

Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti.

Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.

Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.

Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami,

“Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?”

Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy  ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga.

Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.

Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah.

  1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah.
  2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah.
  3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah.
  4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja.

Ikut Masing-Masing Punya Personaliti, Minat Dan Impian.

Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”.

Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu.

Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula. Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak.

Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah.

Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal.

Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”:

  1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert.
  2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan.

– Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak?

– Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah?

Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula. 😅

  1. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca.
  2. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit?
  3. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza.
  4. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza.

Dapat jaga anak depan mata, rezeki.

Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki.

Dapat mertua yang baik, rezeki.

Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki.

❤️❤️❤️

Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang.

Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak.

Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula.

Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana,” kongsi Maryam Jamadi.

Baca Sini : “Layan Anak Elok, Cantiklah Rezeki Datang” Inilah Kunci ‘Ibu Duit’ Mak Ayah Paling Mujarab

Jangan Main-main Dengan Emosi Suri Rumah, ‘Singa’ Pun Takut – Dr Say

Akur Berhenti Kerja Desakan Suami, Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah Akur Berhenti Kerja Desakan Suami, Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah Akur Berhenti Kerja Desakan Suami, Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah Akur Berhenti Kerja Desakan Suami, Akhirnya Isteri Menyesal Tak Sudah

Mingguan Wanita : Memag salute pada suri rumah, tangkas membuat kerja rumah dan melayan karenah anak-anak.

Sumber : Facebook Maryam Jamadi

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI