Sumber Foto : Instagram Fizo Omar

Fizo Omar tamat zaman duda, tahniah! Sah bergelar suami gadis cantik Fazeera Nazri Azrai.

Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri

 

Sejak malam tadi, berlegar persoalan adakah benar pelakon yang juga bergelar duda Fizo Omar telah mendirikan rumahtangga sekali lagi apabila dirinya memuat naik sekeping gambar berbusana baju Melayu rona putih.

Menerusi hantaran tersebut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36 atau Fizo Omar turut bersama anaknya, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

“Ok Abe Joe (panggilannya) keluar group ‘terpakai’ dulu,” tulisnya sambil memetik tiga nama kenalan artis iaitu Nazim Othman, Sharnaaz Ahmad dan Azlee Khairi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo Omar Tamat Zaman Duda

Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo! Online, Pengurus Fizo yang bernama Mimi telah mengesahkan pelakon itu sudah sah bergelar suami kepada Fazeera Nazri Azrai dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup sekitar pukul 10 pagi, semalam.

IKLAN

Fizo dan gadis kelahiran Kuching, Sarawak telah melangsungkan majlis pernikahan mereka di Bidaidari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Benar, Fizo telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya sekitar pukul 10 pagi semalam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Dalam majlis tersebut, Fizo telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Fazeera” kata Mimi.

Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri

Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri

IKLAN

Baca Disini Juga : 

‘Mak Saya Tak Campur Tangan’ Fizo Omar Jawab Isu Anak Emak, Mentua Menantu Serumah

Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!   

Sejuk Perut Ibu Mengandung, Fizo Omar Hadiahkan Ibu Basikal Elektrik Mudah Ke Surau

IKLAN

Buat Pengumum Kepada Media Dalam Masa Terdekat

Menurut Mimi lagi, majlis resepsi berkemungkinan akan diadakan kemudian dan Fizo bakal membuat satu pengumuman kepada media dalam masa terdekat.

Untuk makluman Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah pada Julai 2019.

Mingguan Wanita : Tahniah diucapkan buat Fizo dan isteri. Semoga pernikahan mereka berkekalan hingga ke jannah!

Sumber : Kosmo! Online

Sumber Foto : Instagram Fizo Omar & Instagram Grandamarahalls

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI