Sungguh malang tidak berbau. Siapa sangka ular yang disangka telah mati dan cedera teruk setelah dipotong kepalanya, rupanya masih hidup, mempunyai bisa dan pergerakan reflektif serta mampu mematuk sehingga menyebabkan kematian.

Seorang chef maut dipatuk seekor ular tedung ketika menyediakan hidangan sup ular tersebut di sebuah restoran di China, lapor akhbar Daily Star.

Ketika kejadian, Peng Fan dari bandar Foshan telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan juadahnya dan memotong kepala ular tedung berbisa tersebut.Ketika mencapai kepala haiwan itu untuk dibuang ke dalam tong sampah, ia secara tiba-tiba mematuk lelaki itu.

Chef Sediakan Hidangan Sup Ular, Maut Dipatuk Reptilia Tersebut!

Suasana Menjadi Kecoh

Menurut seorang pelanggan, Lin Sun, 44, dia sedang makan di restoran tersebut bersempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya apabila suasana tiba-tiba menjadi kecoh.

“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun mendengar jeritan dari arah dapur.

“Pekerja restoran kemudiannya menghubungi doktor namun sebaik sahaja bantuan perubatan tiba, lelaki itu dilaporkan sudah mati. Selepas mendengar berita itu, kami terus berhenti makan,” katanya.

Bisa daripada ular tedung itu mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.

IKLAN

Terdapat penawar bagi bisa tersebut, namun ia perlu diberikan kepada mangsa secepat mungkin.

Chef Sediakan Hidangan Sup Ular, Maut Dipatuk Reptilia Tersebut!

Pergerakan Reflektif

Sementara itu, menurut seorang pakar, ular dan beberapa reptilia lain masih boleh bergerak sehingga satu jam selepas dibunuh.

“Tidak mustahil haiwan itu masih hidup dan menggigit tangan Peng Fan. Selepas kepalanya dipotong, ia dianggap telah mati namun masih terdapat pergerakan reflektif.

“Ini bermakna ular masih boleh mematuk meskipun selepas kepalanya cedera teruk,” kata pakar tersebut.

IKLAN

 Baca Lagi Di Sini:
Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!

Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung, Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan

Campuran RAMUAN Berkesan Halau Ular & Tikus, Letak Dekat Penjuru Rumah!

IKLAN

Mingguan Wanita: Seramnya. Sungguh malang tidak berbau. Jadi lebih berhati-hatilah iya apabila berhadapan dengan situasi dan binatang berbisa seperti ular ini.

Sumber: Kosmo, dailystar

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI