Kredit Foto : Kosmo Online

Satu keajaiban! Ibu hamil 28 minggu yang positif Covid-19 telah ditidurkan dan koma, akhirnya selamat lahirkan bayi secara pembedahan.

Bersyukur, kedua-duanya selamat dan ibu ini diberi peluang kedua untuk memeluk anaknya yang dikandung.

Ibu Hamil Positif Covid-19

Seorang wanita di London terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid-19 ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin Covid-19, dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi.

Baca Juga Di Sini :

Jatuh Bangunan Tinjau, Kanak-Kanak Ini Ditidurkan Elak Kecederaan Lebih Serius

“Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin.” Abang Siti Sarah DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat

IKLAN

Isteri Ditidurkan Hingga Stabil, Suami Ambil Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya

Jatuh Bangunan Tinjau, Kanak-Kanak Ini Ditidurkan Elak Kecederaan Lebih Serius

Aliff Syukri Mohon Doa Kesembuhan Nenek Sedang Kritikal “Tak Sanggup Lalui Detik Kehilangan”

Ditidurkan & Koma

Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih.

Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram.

IKLAN

Wanita itu yang hanya sedar selepas tujuh hari koma berkata, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.

Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan

“Saya berasa terkejut kerana sebaik sahaja tersedar daripada koma, bayi saya telah pun dilahirkan. Saya memahami bahawa doktor mahu menyelamatkan bayi ini dan saya masih terkejut dengan keadaan ini.

“Kami berasa amat gembira dan akan kembali sebagai sebuah keluarga bersama bayi ini. Ia bagaikan satu keajaiban,” ujarnya.

Bayi yang diberi nama Kobe itu perlu dipantau rapi oleh pihak hospital selama lebih 40 hari sebelum dia disahkan sihat untuk dibawa pulang.

IKLAN

“Kobe ialah seorang pejuang yang hebat dan dia akan terus membesar tanpa memandang ke belakang,” kata Routs. – AGENSI

Mingguan Wanita : Perkara yang paling ditakuti ibu mengandung sekarang adalah disahkan positif Covid-19 dan ditidurkan. Selain bimbang nyawa sendiri, ibu juga risau akan keselamatan anak dalam kandungan. Mujur kedua-duanya selamat. Syukur!

Sumber : Kosmo Online

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita