Kuatnya Doa Isteri, Selepas 2 Tahun Ini Yang Saharul Ridzwan Alami

Bila baca perkongsian pelakon Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan ini tentang kuatnya kuasa doa isteri, terus terbayangkan kisah arwah isteri Datuk Jalaluddin Hassan. Yang mana allahyarham memohon keampunan Allah untuk suaminya.

Itulah kekuatan doa seorang isteri yang sentiasa meminta yang baik-baik untuk suami. Dan Allah akan makbulkan walaupun ianya mengambil masa yang lama. Walau bertahun-tahun lamanya.

Begitu jugalah dengan doa isteri Prof Muhd Kamil yang mendoakan agar suaminya itu mendekati Al Quran. Dan selepas bertahun juga, akhirnya Allah makbulkan.

Maksudnya di sini apa? Interpretasinya, seorang isteri yang baik itu sebenarnya tidak boleh putus berdoa untuk suaminya. Walau bukan sekarang tertunainya, suatu hari nanti apabila sampai masanya yang tepat akan Allah makbulkan juga.

Dan ini yang jadi dekat Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim apabila Allah makbulkan doa isterinya, Qaabila Deena Emir selepas hampir 2 tahun.

IKLAN

 

Kuatnya Doa Isteri, Selepas 2 Tahun Ini Yang Saharul Ridzwan Alami

Ini Doa Isteri Saharul Ridzwan Waktu Awal-awal Kahwin

Awal-awal kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya, ‘Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama’.”

IKLAN

Dan pada 13 Ogos ini, Saharul akhirnya dapat tunaikan hasrat hati isterinya itu.

Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.”

Kata Saharul, “Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain. Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah untuk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah.”

IKLAN

Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.”

Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.”

Mingguan Wanita mendoakan agar titipan doa yang dibuat oleh suami prihatin lagi bertanggungjawab ini akan dipermudahkanNya dan dimakbulkanNya.

Sumber/Foto : Saharul Ridzwan, Deena Emir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI