Harga tiketĀ RM113,801, lelaki kongsi rasa teruja bakal saksi final Piala Dunia 2022 Qatar. Sesekali bila lelaki berbelanja memang luar biasa. Malam esok akan berlangsung pertarungan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Dua pasukan bekas juara Piala Dunia iaitu Perancis dan Argentina akan berentap menentukan juara pada jam 11 malam waktu Malaysia.
Puluhan ribu penyokong kedua pasukan sudah berada di Qatar, negara Islam pertama yang diberi peluang dan ternyata Qatar dilihat begitu cemerlang menganjurkan sukan bertaraf dunia yang diadakan empat tahun sekali ini.
Dikatakan Qatar menerima 2.45 juta pengunjung di peringat awal perlawanan yang mana ia satu angka sangat luar biasa kerana Qatar hanya menyasarkan sekitar sejuta pengunjung sahaja. Pastinya masing-masing teruja dalam debar menanti siapakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.
Dalam pada itu, pasti ramai yang ingin tahu berapakah nilai harga tiket Piala Dunia 2022 yang bakal berlansung di Stadium Lusail, Qatar yang bermula jam 6 petang waktu Qatar . Bukan kaleng-kaleng harga ya kerana harga tiket pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dijual pada harga yang berbeza.
Ads
Untuk makluman para isteri, minat luar biasa orang lelaki bukan murah sebaliknya mencecah RM113,801 untuk tempat duduk biasa. Dan tiket hanya dijual sebanyak 80,000 ribu tempat duduk sahaja. Dan demandnya sangat tinggi. Siapa cepat dia dapat.
Tiket ini dibeli oleh seorang individu yang sudah pun terbang ke Qatar untuk saksikan akhir Piala Dunia 2022
Harga tiket akhir ini berharga RM86,963 dan selepas dicampur cukai sebanyak RM26,811, kos keseluruhan perlu dibayar ialah RM113,801. Jika dibayar dalam euro 24,156. Namun harga tiket ini mengikut kedudukan tempat duduk dan ada mencecah sehingga RM309,304,51 untuk pearl lounge seat atau 57,000 pound sterling. Dan tiket di atas dibeli oleh seorang individu bertuah yang bakal menyaksikan akhir Piala Dunia 2022 dan beli melalui sistem online.
Ads
Rezeki bagi yang minat dan punya banyak duit untuk terbang ke Qatar menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 malam esok.
Jika orang perempuan membelanjakan puluhan atau ratusan ribu membeli beg tangan berjenama dan sesekali bila suami berbelanja mahal sebegini untuk tempoh empat tahun sekali, jangan marah-marah ya. Sebaliknya sokonglah. Baru dikatakan saling hormat menghormati.
Wanita kongsi pengalaman di scam beli ikan semasa live, scammer sailing akaun bank penjual sekelip mata. Ramai di antara kita pasti pernah membeli pelbagai produk semasa jualan secara langsung sedang berlaku.
Biasa harga dijual agak murah kerana seller mahu melariskan jualan. Minat tinggi bagi pembelian online kerana dianggap mudah oleh ramai orang Ā sebenarnya meletakkan diri dalam jerat kerana scammer licik memerhati untuk memerangkap pengguna.
Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live
Perkongsian seorang pengguna fb, Aisyah Ali Redza yang mengakui discam ketika membeli ikan ketika jualan secara langsung dilakukan. Ini kerana Ā scammer telah mensailang akaun penjual hingga pembeli kerugian begitu sahaja. Walau total hanya RM160 sahaja tetapi itu baru seorang pelanggan, ianya akan terus berlaku seolah-olah makan duit haram adalah biasa di akhir zaman ini.
Baca perkongsian Aisyah di mana pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pembelian ketika siaran langsung.
Bulan puasa ni scammer lagi cerdik ya. Laju buat kerja. Hari ini saya buat posting ini supaya orang lain tak terkena seperti saya.
Kebelakangan ini, saya sangat sibuk. Belum sempat lagi ke pasar untuk beli lauk pauk bulan puasa. Harini saya tertengok live orang jual ikan. Bagi saya wah ini sangat mudah dan jimatkan masa dan kerja saya.
Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata
Jadi, sewaktu live itu saya inform saya nak beli set ikan seperti yang tertera. Saya lock. Selepas itu seller inform terus whatsApp ke dia.
Belum sempat saya whatsapp, terus ada whatsaapp masuk. Inform boleh buat bayaran ke no sini (rujuk di bawah).
Saya terus buat bayaran tanpa selidik lagi. Selepas saya share bukti bayaran, scammer reply seperti tidak puas hati! Dia kata jangan tulis reference ikan. Selepas itu dia suruh saya buat transfer semula.
Saya trigger dah di situ. Kenapa perlu buat bayaran semula. Saya minta refund dulu tapi dia bertegas untuk saya buat transfer semula. Jadi saya kata saya takkan buat transfer selagi dia tak refund.
Tidak lama selepas itu seller yang betul whatsaapp saya. Saya inform kepada seller bahawa saya dah kena scam. Dipendekkan cerita, saya tak dapat meneruskan belian dengan beliau. Sedihnya.
Pengajaran di sini :-
Semasa live, kita perlu hati-hati kerana kita tak tahu viewer kita kemungkinan ada scammer sedang memerhati.
Tunggu seller whatsaapp kita. Jangan buat apa-apa transaksi sehingga seller whatsaap kita untuk elak penyamaran.
Jangan share any data sewaktu live. Saya tiada kongsi data tetapi sebab kita communicate dalam live tu. Dia tekan link di fb saya.
Buat laporan polis baik di pihak mangsa atau seller supaya kita dapat bantu orang lain daripada terjebak.
Mungkin ini bukan rezeki saya. Dugaan nak berpuasa. Moga posting ini bermanfaat buat semua.
Silakan share supaya lebih ramai tahu modus operandi SCAMMER.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjakĀ usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.
Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;
“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”
Bahan-Bahan:
Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.
2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;
Cara 1
Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.
Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.
4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.
Umum telah mengetahui mengenai kisah Siti Elizad, Pengacara Mingguan Wanita Talkshow Musim Baharu telah membuat pembedahan membuang cyst sebanyak dua kali. Pembedahan kali pertama telah dilakukan 4 tahun lepas dan yang terbaharu pada tahun 2018.
Demi mahu membantu memberi kesedaran terhadap wanita mengenai cyst juga telah menyebabkan Siti Elizad sekali lagi berkongsi pengalamannya itu dalam rancangan Tanya Dr Imelda pada hari Khamis 1 Ogos 2019 di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima hd 121. Topik yang dibincangkan kali ini bertajuk Fibroid Berbeza Dari Cysts.
Dalam pengakuan tersebut Siti Elizad menjelaskan pada mulanya dia tidak tahu dirinya memiliki cyst.
ā Sebenarnya saya tidak tahu ada cysts, Saya ingatkan perut saya bloatedĀ atau buncit. Jadi saya tidak ambil tahu. Rasa bloated itu saya alami selama lebih kurang 2 bulan sebabnya cyst saya itu jenis aktif dan mengembang dengan cepat.
” Cyst yang dibuang pada pembedahan pertama seberat 4 kg. Manakala cyst yang dibuang pada pembedahan kedua sebesar 7cm.
” Pertama kali cystĀ itu dibuang saya tidak rasa apa-apa kerana hidup dalam keluarga yang sering melakukan pembedahan. Tetapi masa cyst sebesar bola itu dikeluarkan, mereka (doktor) mengatakan sebelah ovari saya sudah tidak ada kerana ia tertarik sekali semasa pembedahan dilakukan.”
‘Down’Ā Selama 6 Bulan
Pembedahan membuang cyst dan kehilangan satu ovari itu membuatkan dirinya berasa down selama 6 bulan.
ā Saya takut. Sedangkan wanita ada dua ovari pun sukar dapat anak. Inikan saya yang tinggal hanya satu ovari. Jadi sehingga sekarang saya masih lagi buat pemeriksaan susulan. Saya sebagai wanita dalam fikiran saya tidak ada apa-apa melainkan mahu mendapatkan anak.
” Oleh itu sehingga kini saya masih lagi buat check-up untuk melihat sama ada cyst saya itu tumbuh dengan cepat atau aktif.ā
Nasihat Siti Elizad kepada semua wanita adalah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri bebas daripada sebarang penyakit.
ā Sekarang ini ada macam-macam penyakit. Setiap tahun saya nasihatkan wanita agar jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jangan takut untuk melakukannya.
” Jika ada cyst dan ia masih kecil, kita (wanita) tidak perlu melakukan pembedahan besar. Doktor mungkin akan tembak sahaja untuk buatkan cecair atau gumpalan darah itu pecah. Jangan tunggu sampai besar.
” Pada wanita di luar sana, jangan takut untuk berjumpa dengan doktor terutamanya Pakar Sakit Puan.ā
Ingin mendengar penjelasan dan kupasan selanjutnya mengenai Topik Fibroid Berbeza Dari Cysts,Ā jangan lupa saksikan program Tanya Dr Imelda pada hari Khamis 1 Ogos 2019 jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Prima hd 121.
Foto: IG Siti Elizad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diriā¦ā Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...