Wanita buktikan kasih sayang mampu ubah pandangan anak “mak tiri jahat” hingga hubugan sangat rapat. Skeptikal mak tiri jahat sudah lama bermain di minda masyarakat khususnya generasi lama.

Bila anak hendak berkahwin lain selepas bercerai, ada nenek yang cuba menakut-nakutkan cucu bahawa mak tiri jahat dan akan memukul mereka. Bahkan cerita bawang putih bawang merah yang menceritakan kekejaman ibu tiri masih bermain di minda mereka yang lahir sekitar tahun 70-an ke atas.

Walau generasi baru mungkin tidak lagi menonton cerita begini tetapi andaian mak tiri jahat itu masih berlegar-legar di kalangan masyarakat.

Satu perkongsian dari Ezlinda Ismail di Tik Toknya nyata mengubah skeptikal ini kerana dengan kasih sayang yang ditunjukkannya sebaik mengahwini suaminya yang juga duda anak dua sebelum ini jauh berbeza. Bahkan sebak saat menontonnya.

@ezlindaismail Semua guna sound ni bila dapat Zuriat, tapi Mami takde Zuriat..Mami guna anak segera je lah..boleh kan..🤭 Perjalanan dari usia Ziad 7 tahun hingga 17 tahun dibesarkan oleh Mami..Semoga Ziad menjadi anak yang soleh..aamiin..#maktiripunbaik #lovemyfamily ♬ Bismillah Cinta – Reinhard Morgan & Berlian Maharani

 Menumpang kasih sayang anak tiri yang di awal usia kecil mereka dahulu mengatakan mak tiri jahat ditambah dirinya tidak dikurniakan zuriat, hubungan yang dahulunya dianggap “jauh dan mungkin renggang” berubah dengan penuh kasih sayang dan kemesraan.

IKLAN

Walau tidak dikurniakan zuriat dari rahimnya tetapi hubungannya dengan anak-anak tiri ini sangat baik. Bahkan anak-anak juga dilihat sangat menyantuninya dan hubungan itu sangat rapat, umpama anak yang lahir dari rahimnya sendiri.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Tiri Bukan Kejam, Ramai Juga Yang Lebih Baik Dari Mak Sendiri…

Mak Ayah Amalkan Ciuman & Sentuhan Ini, ANAK NAKAL Terus Jadi Lembut Hati!

IKLAN

Tukar Dugaan Jadi MOTIVASI, Wanita Ini Berjaya ‘Tundukkan’ Mak Tiri!

Dalam satu perkongsian di Tik Toknya yang ditonton hampir sejuta orang, Azlinda mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat anak sulungnya, Ziad yang ke 17 dan memaparkan perjalanan kehidupan remaja itu seawal usia 7 tahun hingga 17 tahun.

Menariknya, dirinya mencantumkan video kenangan ketika kecil di mana anaknya itu mengatakan tidak mahu ibu tiri kerana ibu tiri jahat. Tapi dengan kasih sayang, didikan yang baik, anak bujangnya itu yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Wa As Sunnah  (MTAQWAS) Sunway Kayangan, U9 Shah Alam tumbuh membesar sebagai anak yang baik dan hafiz Quran.

IKLAN

Lebih menyejukkan hati dengan didikan yang baik, anak hafiznya itu sering dijemput menjadi imam solat selain menjadi imam solat tarawih ketika bulan Ramadan.

Ternyata kasih sayang mampu mengubah pandangan seorang anak dan ia berjaya dilakukan dengan kelembutan dan sentuhan yang akhirnya mengubah pandangan anak terhadapnya. Ramai menzahirkan rasa kagum dengan dirinya yang berjaya mendidik anak-anak ini dengan baik dan tidak wujud istilah ibu tiri atau anak tiri.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI