“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi” begitulah luahan Farhatul. Farhatul penerima termuda pengiktirafan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor.
Tahniah diucapkan kepada Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS).
Farhatul antara penerima termuda yang menerima pengiktirafan sempena Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor.
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi”
Farhatul menerima pingat di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat itu dilaksanakan di Istana Alam Shah, Klang, baru-baru ini.
“Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi atas Pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Sempena Menyambut Ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
“Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj diatas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)
“Semoga Tuanku Dan Permaisuri dipanjangkan Usia, Sentiasa diRahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” kongsi Farhatul Fairuzah menerusi akaun Instagramnya.
Semoga pengurniaan yang diberikan diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.
Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.
Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.
Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.
Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.
Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.
Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.
Sempena ulang tahun harijadi pelakon Ayu Raudah,38 pada 7 Disember hari ini, Zaquan Adha Abdul Radzak,36 ada menitipkan ucapan istimewa buat isteri tersayang.
Ucapan manis tersebut dikongsikan disamping video gambar-gambar isteri tersayang di laman Instagram Zaquan Adha sendiri.
“Selamat Hari Jadi Sayangku”
“I doakan Allah makbulkan segala doa you. You seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you..I love you till jannah sayangku.” jelasnya.
Namun perkara yang paling mencuri tumpuan apabila Ketua pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) ini turut berkongsi keputusan ujian kehamilan (UPT Test) positif. Sekaligus, memberi bayangan Ayu Raudah kini hamil anak ke-6 mereka.
“Pic last tu hadiah I yang tak seberapa untuk you,”
Murah rezeki pasangan ini dikurniakan anak-anak yang ramai. Memang meriah. Ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan tumpang gembira, akan berita yang dikongsikan tersebut.
Pasangan bahagia ini berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel,2.
Puteri Sarah mahu kebenaran sebelum buat keputusan tentang hati, bakal buat keputusan lepas bercuti. Kemelut rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Shamsul Yusof masih menjadi tanda tanya kerana sikap berdiam diri suaminya itu.
Kahwin atau tak, itu saja yang mahu diketahuinya dari suami tentang status hubungan dengan Ira Kazar yang disebut orang ketiga dalam perhubungan mereka.
Memetik sumber Berita Harian, barangkali, hati pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 37, sudah sekeras kerikil selepas empat tahun berdepan konflik rumah tangga bersama suami yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 38.
Seakan meleret dan tiada kesudahan, malah satu demi satu kisah mula terbongkar, namun Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hanya tenang, tidak setitis pun air mata tumpah mendengar cerita merobek hati.
Kisah cinta dikhianati, hidup dipersia-siakan, malah status rumah tangga masih kekal tergantung bukan lagi menjadi topik utama selepas tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, sejak awal tahun lalu. Hingga hari ini, Puteri Sarah mahupun Syamsul belum membuat keputusan muktamad untuk berpisah secara rasmi.
Kini, gelora rumah tangga mereka memasuki episod baharu apabila Syamsul dilaporkan sudah berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga, Ira Kazar.
Sukar meluahkan apa yang terbuku di hati, namun keadaan memaksa Puteri Sarah lantang bersuara, apatah lagi, masih bergelar isteri kepada pengarah filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Bagi Puteri Sarah, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang, begitu juga pendedahan suaminya didakwa berkahwin dua yang topik hangat bualan ramai, sejak beberapa bulan lalu.
“Sebenarnya, saya sudah lama mendapat mesej langsung mendakwa Syamsul sudah berkahwin dengan Ira.
“Kebanyakan maklumat diterima daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana. Saya tak kuasa ambil peduli disebabkan dulu cerita kahwin hanya desas-desus.
“Apabila makin hangat diperkatakan, saya juga semakin banyak mendapat mesej langsung. Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami.
“Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua,” katanya kepada BH Online.
Mengulas perasaannya apabila suami didakwa memadukannya, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Radhi Rudy Bin Dadu itu berkata, dia sudah tidak kisah dengan tindakan Syamsul.
“Jujurnya, saya tidak peduli dengan apa yang nak berlaku.
“Saya sudah lama ‘move on’, cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran.
“Kepada Syamsul, mengaku sahajalah. Benda baik jangan disorok boleh menimbulkan fitnah.
“Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci,” ujarnya.
Bagi Puteri Sarah, dia tidak akan menghalang sekiranya Syamsul mahu berkahwin lagi.
“Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa.
“Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka.
“Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’,” katanya.
Tambah Puteri Sarah, dia berharap Syamsul dapat menjelaskan situasi sebenar, bukan mengelak daripada masalah yang ditimbulkan.
“Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu?
“Kalau dahulu, saya selidik sampai lubang cacing sebab nak tahu kebenaran, tetapi sekarang, semua maklumat datang tanpa diminta.
“Jujurnya, saya sudah lama reda dan berserah kepada Allah sebaik menunaikan umrah pada Ramadan lalu. Saya terima dengan berlapang dada apa pun yang Allah nak tunjuk,” katanya.
Namun, katanya, dia kasihan melihat ibu bapa mentua apabila kisah Syamsul berkahwin dua tular.
“Ibu bapa mentua memang kecewa, malah menangis mendengar cerita ini. Mereka ada bertanya kepada Syamsul sendiri berhubung gosip yang hangat diperkatakan.
“Tetapi, biasalah Syamsul takkan mengaku. Bagi saya, berani buat, berani tanggung,” katanya sebelum terbang ke Tokyo, Jepun, semalam.
Wanita kelahiran London, England itu berkata, dia akan menyelesaikan segala urusan perkahwinannya sebaik pulang ke Malaysia, tahun depan.
“Saya akan uruskan apa yang sepatutnya diselesaikan. Tengoklah apa keputusan saya.
“Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman.
“Sekarang, berilah saya masa bertenang, sambil bercuti dengan anak ke Tokyo dulu,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah sempat menyindir kenyataan Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berikutan maklumat peribadi disifatkan fitnah menjadi tular.
Dipercayai maklumat berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang turut mengheret Ira sebagai isteri kedua.
Menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Story, Puteri Sarah mempersoalkan kebenaran gosip itu.
“Jadi, betullah gosip itu? Okay mengaku sajalah. Tiba masanya untuk awak mengakui semuanya,” katanya ringkas.
Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah berkata, “Benda macam ini tiberrr (tiba-tiba) muncul.
“Tiberrrr (tiba-tiba) nak saman. For what? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” tulisnya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Bermula sekadar gurauan meminta ‘budak pink’, Kae Rahman tidak menyangka suaminya benar-benar menghadiahkan e.MAS 5 selepas netizen memberikan lebih 98,000 tanda suka.