Benar bagaikan satu mimpi, si adik tidak percaya melihat apa yang berlaku dalam tragedi tong gas meletup yang menyebabkan bakal pengantin cedera parah melecur satu badan.

“Saya seolah-olah bermimpi melihat kejadian ini… terkejut lihat keadaan kakak,” kata Muhammad Azib Muhamad, 25.

Muhammad Azib adalah adik kepada Siti Hajar Hanis, 26, yang melecur hampir seluruh badan selepas tong gas memasak meletup di rumah mereka di Taman Sena Permai, Pokok Sena 8 pagi tadi.

Bernikah Jumaat Lalu

Dia yang bernikah Jumaat lalu, pulang dari Raub, Pahang malam tadi kerana majlis perkahwinan sebelah isterinya dan tidak menyangka kejadian itu menimpa mereka sehingga kakaknya terpaksa dirawat di Hospital Kepala Batas.

Muhammad Azib berkata, mengikut perancangan dia tidak pulang malam tadi kerana mahu membawa isterinya, Marsitah Md Zaki, 25, bercuti di Cameron Highlands, namun rancangan itu tidak diteruskan kerana penat dan perlu berehat sebelum bekerja esok

“Saya mendirikan rumah tangga Jumaat lalu dan baru selesai majlis perkahwinan di sebelah isteri dan kebetulan sudah dekat dengan Cameron Highlands, kami rancang untuk ke sana tetapi membatalkannya serta pulang malam tadi.

“Akibat keletihan, saya tertidur selepas Subuh dan terkejut apabila bumbung dan siling rumah menghempap badan saya, sebelum terdengar jeritan kakak yang meminta tolong di tingkat bawah.

“Isteri kemudian memaklumkan bahawa api menyambar badan kakak. Saya bergegas mendapatkannya namun terkejut melihat keadaan kakak yang teruk melecur di seluruh badan.

“Kami segera mendapatkan pertolongan jiran dan menghubungi bomba,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”

IKLAN

Tinggal Bersama Kakak

Jelasnya, dia dan kakaknya tinggal bersama di rumah itu yang diberikan ibu bapa mereka sejak dua tahun lalu.

“Kakak akan mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Semasa kejadian, difahamkan kakak ingin menyediakan sarapan dan dia menggoreng ikan. Ia rutinnya (memasak pagi) sejak dia bekerja dari rumah.

“Insiden ini betul-betul mengejutkan saya, apatah lagi rumah kami rosak teruk dengan bumbung dan siling tercabut, tingkap pecah, semua perkasasan rumah termasuk perabot habis terpelanting keluar.

“Kenderaan yang terletak di luar rumah juga rosak kesan daripada letupan gas memasak terbabit,” katanya.

IKLAN

Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”

 

Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”

Dentuman Kuat

Dalam pada itu, jiran, Nur Farina Sukri, 26, berkata, dia dan keluarga mendengar dentuman kuat di sebelah rumah dan segera keluar untuk melihat kejadian.

IKLAN

“Memang terkejut lihat keadaan dia yang melecur hampir keseluruhan badan tetapi semangatnya kuat kerana ketika kejadian, dia masih boleh berjalan walaupun keadaannya amat kritikal,” katanya.

Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”

 

Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”

Mesti Baca:Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Cedera Parah Melecur Hampir Seluruh Badan!
Baca Lagi Di Sini:Ayah Dera Anak 9 Tahun Sampai Maut, Selamba Tanam Mayat Tepi Jalan!
Artikel Menarik:Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!

Mingguan Wanita: Dugaan bakal bergelar raja sehari. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini dan diberi kesembuhan secepat mungkin.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI