Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!Tak dapat membayang trauma dan kesakitan ditanggung oleh bakal pengantin ini apabila disambar api hingga menyebabkan hampir 70 peratus luka melecur ditubuhnya. Besar dugaan yang dihadapi menjelang majlis pernikahan yang sepatutnya dijadualkan pada bulan hadapan.

Terkini dilaporkan, bakal pengantin berusia 26 tahun yang melecur hampir keseluruhan badan akibat letupan tong gas petroleum memasak (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, di sini, semalam kini ditidurkan.

Luka Melecur Agak Kritikal

Menurut adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, kakaknya terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.

Bagaimanapun, menurut Muhammad Azib, kakaknya, Siti Hajar Hanis dilaporkan stabil dan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bertemu pakar kulit.

“Buat masa ini kakak akan dirawat di Hospital Seberang Jaya dulu sebab tiada kekosongan katil di HPP. Nanti bila ada kekosongan katil, kakak akan terus dibawa ke HPP untuk menemui pakar kulit di sana.

“Keadaan kakak buat masa ini stabil selain organ dalamannya juga berada dalam keadaan baik selepas doktor melakukan pemeriksaan,” jelas Muhammad Azib ketika dihubungi hari ini.

Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!

IKLAN

Belum Buat Keputusan Majlis Pernikahan

Sementara itu, Muhammad Azib memberitahu, pihak keluarga masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau menunda majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

“Kami akan tunggu kakak sedar dahulu, tengok keadaannya macam mana dan baru akan buat keputusan berhubung perkara itu. Malah kami juga ada berbincang dengan tunang kakak berhubung perkara itu,” katanya lagi.

Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!

IKLAN

Melecur Hampir 70 Peratus

Dalam kejadian sekitar pukul 7.30 pagi semalam, Siti Hajar Hanis melecur hampir 70 peratus di bahagian badan akibat disambar api selepas tong gas memasak meletup ketika hendak menggoreng ikan.

Kejadian itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.

Luka Melecur Agak Kritikal Hampir 70 Peratus Terbakar, Bakal Pengantin Terpaksa Ditidurkan!

IKLAN

Menurut Muhammad Azib, dia dan isterinya kini tinggal di rumah ibu bapanya di Lubuk Meriam sementara kediaman mereka dibaik pulih.

Mesti Baca: Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”
Artikel Menarik:Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Cedera Parah Melecur Hampir Seluruh Badan!

Mingguan Wanita:Dugaan bakal bergelar raja sehari. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini dan diberi kesembuhan secepat mungkin.

Sumber: Astro Awani

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI