Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sempena hari jadi suaminya yang ke-30 mendoakan agar suaminya menjadi seorang insan yang baik.
Sebelum ini, Aliff Aziz dan Bella pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga bercerai pada 16 Mei dan kemudian mereka rujuk semula dalam tempoh edah.
Kini pasangan ini kelihatan begitu bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Bella Astillah Mendoakan Aliff Menjadi Anak, Suami & Ayah Yang Baik
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Bella mengirimkan beberapa foto sambutan hari lahir suaminya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.
“Selamat hari jadi b, semoga Allah SWT sentiasa merahmati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, ayah yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya.
Malah sambutan hari jadi yang sangat ringkas ini juga begitu bermakna buat mereka sekeluarga.
“Love You Sayang”
Menerusi ruangan komen pula, Aliff Aziz juga turut membalas ucapan isterinya;
“Thank you so much for everything you did today, yesterday, and all the days before this since i met you for the first time sayang. May Allah bless you and keep you in his Rahmah love. Thank you for the DIY deco you did for me today too. Love you sayang,” komen Aliff.
Baca Disini Juga:
Bella Astillah Hamil Anak Kedua, Sudah Rujuk Dengan Aliff Waktu Dalam Eddah
Selamat Bernikah, Syanie Akui Bukan Senang Buka Hati Selepas Dua Kali Perkahwinan Terlerai
Ramai Yang Doakan Pasangan Ini Terus Bahagia
Sumber/Sumber Foto: Instagram Bella Astillah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Pesan, Kat Mekah Jangan Salah Doa Sebab Makbul..
Enam tahun lalu, ketika belum bertemu jodoh dengan suaminya, Fahrin Ahmad, Elena Hani sering diingatkan agar berdoalah bertemu jodoh ketika melakukan ibadah umrah.
Bukan sekali dua orang tuanya berpesan, malah berkali-kali. Siap pesanan, “Kat Mekah jangan salah doa. Sebab doa makbul.”
Rupanya, doa yang dibaca di Jabal Rahmah dengan diaminkan arwah ayahnya betul-betul tuhan makbulkan.
Kongsinya,
.
Salam Jumaat everyone!
The first picture was taken exactly 6 years ago at Jabal Rahmah. Masa tu I was still single. Performed Umrah dengan arwah ayah, mama dan adik beradik. Tak jumpa lagi cinta hati @fahrinahmad_fa .
Gambar ni means alot sebab sebagai wanita single setiap orang yang tahu i nak pergi umrah akan pesan “jangan lupa doa minta jodoh” terutama maktok yang risau sangat cucu perempuan dia tak kahwin-kahwin lagi.
Mulanya i went up Jabal Rahmah alone sebab arwah ayah uzur and mama pun tak sihat. Tapi sebelum naik atas mama tak habis-habis pesan “doa minta jodoh tau. Jangan lupa“
Sampai atas I was stunt dengan kecantikan view. Tenangnya hati. I looked around leka tengok gelagat orang-orang and terus mengelamun sebab hati sungguh tenang. Sambil mengelamun terpikir “apa nak doa ni? Ramai orang pesan kat Mekah jangan salah doa. Sebab doa makbul” masa tu i realised i always asked Allah for macam-macam.
Tapi tak sedar diri i selalu lupa Dia. Tiba-tiba rasa malu nak berdoa. Allah nak dengar ke? Malunya dengan Allah. Sebab rasa seperti Allah sungguh dekat and He was looking at me.
Tengah bercakap-cakap dengan hati sendiri tiba-tiba arwah ayah berdiri slightly behind me sambil menadah tangan. I was shocked sebab arwah ayah sakit kaki and susah untuk naik tangga sendiri. “Alamak why is here?” I talked to myself.
Ayah Dah Aminkan Doa Kakak..
Arwah ayah sangat strict dengan kami. So at first i thot dia datang nak marah sebab lambat sangat berdoa and bus kami dah nak bergerak. I pon tadah tangan dan berdoa minta yang terbaik dari Nya kerana Allah lebih Maha Mengetahui. And bila habis sapu muka dengar Arwah ayah cakap “Amin”.
I left Jabal Rahmah feeling so tenang sebab i serahkan semuanya to Allah dengan rasa gembira. Sampai dalam bus i heard arwah ayah said to mama “i dah amin kan doa kakak” Sedihnya hati.
Just months later, on Ramadhan i met my husband. Arwah ayah was very happy. I was happy too that he love my husband. Tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin dia tanya pulak bila nak dapat anak. And sabar tunggu nak dapat cucu.
Alhamdulillah Arwah Ayah dapat merasa pegang cucu. Setiap hari mesti datang ke rumah nak tengok. About 100 days lepas @khalifafahrel lahir Ayah left us(18.1.2017)*last pic taken a day before ayah pergi. AlFatihah. I miss u.
MW : Al Fatihah.. semoga roh arwah ayah Elena Hani ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber/Foto : Elena Hani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berharap Sangat & Berdoa Agar Masih Ada Yang Terselamat,” Adik Mangsa Tragedi Kepala Air
Umpama mimpi apabila tragedi kepala air melibatkan ahli keluarga sendiri. Adik kepada mangsa tragedi ini akui masih terkejut dengan kejadian yang melibatkan keluarga kakaknya dan berharap semoga masih ada mangsa yang terselamat.
“Saya masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku ini.”
Demikian kata Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya, Allahyarham Azizah Eiyi, 40, dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Ahad.
Syawalluddin Eiyi bagaimanapun berharap ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.
Mengulas lanjut, dia memberitahu mengetahui kejadian tersebut setelah tular di media sosial selain usaha pihak polis mengesan keluarga mangsa.
“Saya diberitahu polis datang ke rumah ibu dan ayah saya di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan untuk mengesan ahli keluarga.
“Kebetulan juga saya ternampak berita tular di Facebook berserta nombor plat kereta yang dinaiki kakak saya sekeluarga,” katanya.
7 Anak Saudara Terlibat Dalam Tragedi
Menurut Syawalluddin, tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi itu.
“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,” ujarnya.
Syawalluddin yang kini berada di Melaka berkata, kali terakhir dia bertemu kakak dan abang iparnya pada Jumaat lalu.
“Sebelum ini mereka memang pernah bermalam di kawasan itu memandangkan abang ipar saya bekerja di sana (Terengganu).
“Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat,” luahnya.
Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat kini giat dijalankan pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
8 Identiti Mangsa Dikenal Pasti
Sementara itu, identiti 8 individu termasuk tujuh sekeluarga yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dekat sini pada Ahad, dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, tujuh sekeluarga itu ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat tragedi itu iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah hari.
“Identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, pada Ahad malam.
“Keluarga berkenaan berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam tadi.
Mayat Ditemui Orang Ramai
Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.
“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.
Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang Ahad atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi ini.
“Setakat pukul 10 malam ini (Ahad), tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.
“Esok (Isnin) kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.
“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.
Beliau berkata, operasi SAR pada Isnin akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.
Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pada Isnin dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.
Dalam pada itu, katanya mayat Azizah dan Muhammad Zulqarnain Haikal akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Isnin untuk bedah siasat. – Bernama
Mesti Baca:RISAU ‘Camping’ Kawasan Air Terjun, Panduan Kenalpasti 3 Jenis ‘Kepala Air’!
Baca Lagi Di Sini:Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kepala air ini. Semoga semua mangsa dapat ditemui dengan selamat.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Dangdut AMELINA Luah Rasa Syukur, Anak Sulung Berjaya Raih Diploma!
Penyanyi Dangdut AMELINA Luah Rasa Syukur, Anak Sulung Berjaya Raih Diploma!Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran walau apa juga bidang yang diceburi.
Penyanyi yang sinonim dengan irama Dangdut Norazlina Amir Sharipuddin,48 atau lebih dikenali sebagai Amelina meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Puteri Nur ‘Athirah, 22 yang baru sahaja berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Puteri Nur ‘Athirah merupakan anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood disamping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
Harapan & Pesanan Buat Athirah
Ibu tunggal kepada 6 cahaya mata ini cukup terkenal dengan lagu seperti “Rindu”, “Yang Tersayang” dan “Memori Daun Pisang” juga berkongsi harapan dan pesanan kepada anak tersayang sempena hari graduasinya.
“Congratulations on ur graduation day. U did it girl..dalam setiap chapter hidup mu Allah akan mempermudahkan urusan mu. Mommy always menyertakan doa untuk mu. Dont worry…walau pun u selalu sakat i & buat mommmy gerammmmmmm!
“Ingat…kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah.
Amin ya rabb… Love u dotter.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan berjaya dalam kehidupan.
Mesti Baca:Arni Nazira Syukur Anak Sulung Tamat Pengajian Cemerlang Raih ‘Anugerah Akademik’
Baca Lagi Di Sini:“Tahniah Anak Mama,” Sari Yanti Syukur Anak Raih Anugerah Kecemerlangan Akedemik
Artikel Menarik:“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..” Che Ta Syukur Anak Raih ‘Double Degree’
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Amelina atas kejayaan anak berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang yang diceburi.Semoga anak terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Amelina
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI