Syurga sudah pasti menjadi dambaan setiap wanita dan isteri. Hanya dengan empat syarat, wanita yang beriman mendapat peluang ke syurga. Berbeza dengan golongan lelaki, mereka melalui banyak halangan dan dugaan. Namun dalam empat syarat tersebut, syarat yang paling payah untuk wanita lakukan, iaitu taat kepada perintah suami.

Nampak mudah tetapi, syarat terakhirlah yang membuatkan seseorang wanita atau isteri layak ke syurga atau tidak. Segalanya bergantung kepada suaminya. Adakah suami kita memudahkan atau menyukarkan kita untuk ke syurga?

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin :

Perjalanan mencari syurga buat seorang isteri…
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
– Hadis Riwayat Ahmad.

4 syarat utama buat seorang isteri utk masuk ke syurga pilihannya ialah :
1 – Solat Lima Waktu…
2 – Puasa Di Bulan Ramadan…
3 – Menjaga Harga Diri…
4 – Taat Perintah Suami…

Tiga syarat utama untuk melayakkan isteri masuk syurga itu tak susah untuk dipenuhi, tetapi syarat ke-empat… Ianya bergantung kepada siapa yang menjadi suaminya.
Adakah si suami memudahkan urusan si isteri untuk taat? Atau menyukarkan isteri untuk taat?

IKLAN

Suami tidak solat, isteri kena taat… Suami tak puasa, isteri kena taat… Suami culas bab nafkah serta tanggungjawab, isteri kena taat… Suami pemalas, isteri kena taat…

Selagi suami tak suruh berbuat jahat, tak suruh melakukan perkara yang dilarang agama, tak suruh menyekutukan Allah SWT…

Tetapi, isteri susah hendak taat dan hormat pada suami yang tak memenuhi hak-hak seorang isteri dan tidak menjalankan perintah-perintah Allah SWT…

IKLAN

Terpaksa Taat

Ketaatan itu adakalanya dibuat dalam keterpaksaan disebabkan,
Rasa tidak puas hati dan tidak senang hati untuk menurut perintah suami kerana suami tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagai seorang ketua keluarga…

Selagi masih bergelar isteri, walaupun dikurniakan dengan pasangan yang berbentuk ujian, ketaatan itu perlu ada dalam hubungan berkenaan selagi anda memegang status isteri dan dia suami…

IKLAN

Ini untuk melengkapkan syarat ke-empat yang membolehkan anda memasuki syurga pilihan anda sendiri… Bersabar dan bertabahlah duhai si isteri yang di uji…

Syurga tempat rehat untuk kalian semua…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Biarlah sesukar mana pun halangan tetapi insyallah syurga balasannya buat isteri di luar sana. Makin besar ujian dari Allah SWT, makin besar ganjaran yang Dia janjikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Insyallah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI