Ads

Konvoi Motosikal RXZ Menuju Kemaman Bertukar Jadi Tragedi, Empat Penunggang Maut

Motosikal RXZ
Motosikal RXZ

Hari ini media sosial dipenuhi dengan berita sedih penunggang motosikal RXZ dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Jabor.

Konvoi Motosikal RXZ Menuju Kemaman Bertukar Jadi Tragedi

Konvoi Motosikal RXZ Menuju Kemaman Bertukar Jadi Tragedi, Empat Penunggang Maut

Menurut laporan Bernama, nahas itu dipercayai melibatkan lebih 12 buah kenderaan, termasuk beberapa motosikal dan kenderaan lain.

Insiden berkenaan dilaporkan mengorbankan empat individu, manakala 10 lagi mengalami kecederaan. Namun, jumlah sebenar mangsa serta punca kejadian masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa.

Konvoi Motosikal RXZ Menuju Kemaman Bertukar Jadi Tragedi, Empat Penunggang Maut

Ads

Kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal merempuh belakang sebuah kereta Vios yang sedang bergerak. Motosikal ditunggang Che Mohd Sufian dipercayai terlanggar belakang kereta itu.

Akibatnya mangsa terjatuh di lorong kanan dan menyebabkan beberapa penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan.

Ads

Empat Penunggang Maut

Konvoi Motosikal RXZ Menuju Kemaman Bertukar Jadi Tragedi, Empat Penunggang Maut

Kemalangan turut menyebabkan seorang penumpang kereta iaitu seorang kanak-kanak berusia 13 tahun cedera pada tengkuk, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan.

Ads

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di saat-saat akhir sebelum kemalangan itu.

Anda mungkin berminat dengan

Cuma sebaiknya jaga jarak. Elakkan mengekori terlalu rapat, dan kurangkan kelajuan. Dalam konvoi besar, satu kesilapan kecil boleh mencetuskan kemalangan berantai dalam beberapa saat. Jarak terlalu rapat, kelajuan tinggi, keadaan gelap dan masa tindak balas yang singkat boleh membawa akibat yang tidak boleh dipulihkan.

Apa yang patut dipelajari, berhati-hatilah apabila membawa kenderaan. Kelajuan mungkin memberi kepuasan untuk beberapa saat, tetapi penyesalan mampu menghantui sebuah keluarga sepanjang hayat.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa mereka yang telah pergi, mengurniakan kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan, serta memelihara kita semua ketika berada di atas jalan raya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel KWSP: 5.5 Juta Ahli Keluarkan RM19.87 Bilion Setakat Mei...

Seramai 5.5 juta ahli mengeluarkan RM19.87 bilion daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 31 Mei lalu. Pengeluaran digunakan untuk keperluan harian manakala sebahagian ahli tidak dapat membuat pengeluaran kerana baki simpanan terlalu rendah.