Ads

Zizi Kirana Tak Suka Kongsi Hal Peribadi, Tak Perlu Tahu Puncanya Bercerai

Zizi Kirana
Zizi Kirana

Ada sesetengah orang, tak suka jaja kisah rumah tangganya pada umum. Begitu juga cara penyanyi dan aktivis kemanusian, Zizi Kirana. Malah dia meminta agar netizen berhenti membuat spekulasi tentang punca perceraiannya dengan pelakon, Yusuf Bahrin.

Zizi Kirana Tak Suka Kongsi Hal Peribadi

Zizi Kirana Tak Suka Kongsi Hal Peribadi, Tak Perlu Tahu Puncanya Bercerai

Sebelum ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga mereka runtuh gara-gara orang ketiga. Ada juga yang mendakwa penyertaan Zizi ke misi kemanusian Global Sumud Flotilla sebagai punca.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dia tidak gemar berkongsi soal peribadi kepada umum terutamanya kisah rumah tangganya.

“Orang akan sentiasa bercakap. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan halang cara orang berfikir.

“Ketika hari saya bercerai pun, saya dapat banyak mesej yang bertanya apa punca saya bercerai.

Ads

“Tetapi bagi saya, orang luar tidak perlu tahu. Cukup sekadar mereka tahu bahawa hubungan kami sampai di sini sahaja.

“Kepada orang di luar sana, demi menjaga kesihatan mental anda sendiri, tak perlulah buat spekulasi dan berteka teki punca pencarian saya,” katanya lagi.

Tak Perlu Tahu Puncanya Bercerai

Zizi Kirana Tak Suka Kongsi Hal Peribadi, Tak Perlu Tahu Puncanya Bercerai

Ads

Namun kata pelantun lagu Eh itu, dia terharu kerana terdapat ramai yang mendoakan kesejahteraannya sebaik sahaja mengetahui berita tentang perceraiannya.

“Saya sangat berterima kasih kerana ramai yang mendoakan saya ketika itu. Saya sampai terkejut. Comelnya mereka doa dan komen yang baik-baik untuk saya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media yang mesej saya ketika itu tetapi saya tak dapat nak balas satu per satu. Ketika itu saya belum bersedia untuk bertemu media dan dalam persiapan untuk ke misi kemanusian yang seterusnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Zizi Kirana Tak Suka Kongsi Hal Peribadi, Tak Perlu Tahu Puncanya Bercerai

“Pulang sahaja ke rumah dari mahkamah saya terus kemas barang untuk terbang ke Mesir keesokan harinya,” jelasnya.

Terdahulu Zizi dan Yusuf sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 2 April lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel KWSP: 5.5 Juta Ahli Keluarkan RM19.87 Bilion Setakat Mei...

Seramai 5.5 juta ahli mengeluarkan RM19.87 bilion daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 31 Mei lalu. Pengeluaran digunakan untuk keperluan harian manakala sebahagian ahli tidak dapat membuat pengeluaran kerana baki simpanan terlalu rendah.