Setiap mak ayah pastinya ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Setiap kesalahan yang dilakukan, jika telah dinasihati sebaiknya, namun masih kerap dilakukan sewajarkan dikenakan hukuman atau denda sebagai pengajaran.

Sepasang suami isteri di China mencetuskan kontroversi selepas bertindak menghukum anak mereka yang terlalu banyak menonton televisyen dengan memaksa kanak-kanak itu berjaga sepanjang malam untuk menonton rancangan kegemarannya.

Siapkan Kerja Sekolah

Memetik laporan Oddity Central, pasangan dari wilayah Hunan, tengah China menyuruh anak mereka berusia lapan tahun itu menyiapkan kerja sekolahnya dan tidur pada pukul 8.30 malam, sebelum mereka keluar.

Namun, apabila pulang ke rumah, pasangan itu menemukan anak lelakinya masih lagi menonton televisyen walaupun sudah melepasi waktu tidurnya.

Malah, pasangan itu turut mendapati anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah sehingga menyebabkan mereka marah dan memutuskan untuk menghukumnya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah itu yang tular dalam media sosial di China, kejadian tersebut berlaku pada malam 11 November lalu.

IKLAN

Mak Ayah DENDA Anak 8 Tahun Tengok TV Sepanjang Malam, Tak Benarkan Tidur

Bergilir Awasi Anak Tonton Televisyen

Pasangan itu menghukum anaknya dengan menyuruh kanak-kanak itu menonton rancangan kegemarannya di televisyen sepanjang malam dan bergilir-gilir mengawasinya supaya mereka boleh memaksanya untuk berjaga.

Kanak-kanak itu pada mulanya kelihatan tenang menonton televisyen tetapi selepas beberapa jam, dia mula menjadi letih dan semakin mengantuk.

Rakaman video menunjukkan budak lelaki itu juga cuba memasuki biliknya untuk tidur namun dipaksa oleh ibunya menonton televisyen lagi.

IKLAN

Pada pukul 2 pagi, kanak-kanak itu mula menangis dan merayu pada ibunya untuk dibenarkan tidur namun tidak berjaya.

Mak Ayah DENDA Anak 8 Tahun Tengok TV Sepanjang Malam, Tak Benarkan Tidur

Budak lelaki itu juga terlelap di sofa beberapa kali namun ibu atau bapanya akan mengejutkannya untuk terus menonton televisyen.

Berdasarkan rakaman CCTV, kanak-kanak itu hanya dibenarkan tidur kira-kira pukul 5 pagi.

IKLAN

Mesti Baca:Profesor Di Jepun Cipta Prototaip Jilat Skrin TV, Boleh Rasa Makanan Sebenar!
Artikel Menarik:Sebelum Anak Lelaki Jadi Remaja, PENTING Ajar 5 Perkara Ini

Mingguan Wanita:Setiap mak ayah pastinya inginkan yang terbaik dan ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.Semoga ia menjadi pengajaran berguna buat mereka.

Sumber:Utusan, South China Morning Post

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI