35 tahun hidup sendirian, jodoh Salamiah Hassan hanya dua bulan. Suami meninggal mengejut. Ajal maut di tangan Allah taala. Ia sudah ditentukan sejak di luh mahfuz lagi. Pasti, setiap dari kita ingin berada di sisi pasangan andai takdirnya mendahului kita. Namun manusia itu hanya mampu merancang dan Allah menentukan.

Berita pemergian suami tercinta yang baru dinikahi dua bulan lalu yang pergi secara mengejut ketika dirinya berada di Malaysia bagi memenuhi undangan nyanyian pasti memberikan kesan mendalam pada artis terkenal Salamiah Hassan. Suaminya, Gerry Hughes, 68, yang menetap di Tasmania, Australia dilaporkan meninggal dunia pagi semalam di saat dirinya di sini.

Memetik dari Harian Metro, berita sedih itu disahkan anaknya yang juga penyanyi Atilia Haron, hari ini.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya kepada Harian Metro.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Usia 71 Tahun, Selepas 35 Tahun Hidup Sendiri

Menurut Atilia, dia tidak dapat berkongsi punca kematian Allahyarham kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya.

“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya.

IKLAN

35 Tahun Hidup Sendirian, Jodoh Salamiah Hassan Hanya Dua Bulan. Suami Meninggal MengejutTerdahulu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gelombang dan Menghitung Hari itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.

Salamiah dan Hughes yang juga kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.

IKLAN

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.

Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.

SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI DALAM PERKAHWINAN

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI