“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.

Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.

“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.

“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu

“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”

Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.

IKLAN

“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.

Terharu Terima Banyak Kata Sokongan

Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.

“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.

“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.

IKLAN

Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.

“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu “Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu “Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu

“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu “Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama” Irma Hasmie Kehilangan Ibu Tercinta 6 Syawal Lalu

Baca Disini : Dr. Fauziah Hassan Dan Irma Hasmie ‘Iron Lady’ Misi Kemanusiaan

IKLAN

Jangan Tunggu Sampai Ada Simptom, Irma Hasmie Lakukan Pemeriksaan Ultrasound Pelvik

Mingguan Wanita: Semoga Irma tabah ya dan didoakan agar Allahyarham ibu Irma ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Instagram Irma Hasmie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI