Akibat Selalu Dibandingkan Dengan Bekas Isteri, Wanita Tikam & Bakar Kereta Suami! Setiap orang memiliki kelebihan yang tersendiri dan tiada siapa suka bila diri dibandingkan dengan orang lain.

Dalam rumahtangga tak perlulah bandingkan kelebihan mahupun kebaikan bekas pasangan. Boleh mengundang suasana tidak harmoni dalam rumahtangga.

Sering Dibandingkan

Seorang wanita di wilayah Chon Buri, Thailand menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.

Tikam & Bakar Kereta Suamki

Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36, dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.

IKLAN

Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.

Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.

Tak Dapat Tandingi Bekas Isteri

Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.

IKLAN

“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.

“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.

Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang.

Mesti Baca:Akibat Selalu Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk & Nenek
Baca Lagi Di Sini:Mak Ayah Jangan Beza-Bezakan Anak, Kesannya Berbekas Sampai Ke Tua
Artikel Menarik:Selalu Dibandingkan Sejak Kecil, Pasangan KEMBAR ‘Berhabis’ RM1.2 Juta Untuk Lebih Jelita!

IKLAN

Mingguan Wanita: Itulah bukan kata jadi isteri je tak suka dibanding-bandingkan, sesiapa pun tak suka dibandingkan dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sumber: Kosmo, Thaiger

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI