Bilionair Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disney World!Memang bertuah apabila dapat majikan yang tahu menghargai penat lelat dan usaha keringat para pekerja.

Tampung Semua Perbelanjaan

Seorang bilionair di Amerika Syarikat (AS) membiayai percutian selama tiga hari ke taman tema Disneyland untuk 10,000 pekerjanya secara percuma, lapor akhbar India Times semalam.

Ken Griffin, 54 menampung semua perbelanjaan beribu-ribu kakitangan syarikat Citadel dan Citadel Securities untuk bercuti di taman tema Disneyland yang terletak di Florida pada hujung minggu lalu.

Griffin turut membayar tiket penerbangan pekerjanya dari New York, Houston, Paris, Zurich dan bandar-bandar lain. Beliau juga menampung kos hotel, tiket taman dan makanan.

Bilionair Ken Griffin, Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disneyland!

Konsert Kumpulan Rock Britain, Coldplay

Sebagai tambahan kepada pakej percutian itu, Griffin turut menyediakan hiburan kepada pekerjanya dengan mengadakan konsert oleh kumpulan rock Britain, Coldplay.

IKLAN

Percutian itu menandakan ulang tahun ke-20 Citadel Securities dan ulang tahun ke-32 syarikat dana lindung nilai, Citadel.

Manusia ke 40 Paling Kaya

Griffin merupakan manusia ke-40 paling kaya di dunia dengan nilai harta mencecah AS$31.7 billion (RM139 bilion). Justeru, beliau mampu mengeluarkan wang untuk menyediakan hiburan kepada pekerja-pekerjanya.

Bilionair Ken Griffin, Belanja 10,000 Kakitangan Bercuti 3 Hari Ke Disneyland!

IKLAN

Percutian itu menjadi tanda ucapan terima kasih kepada kakitangannya atas kerja keras mereka selama setahun dan pulangan yang tinggi.

“Kita telah membina pasukan luar biasa bukan sahaja dalam sejarah syarikat, tetapi juga dalam sejarah kewangan. Kita mempunyai masa hadapan yang luar biasa dan saya menantikannya,” kata Griffin kepada pekerjanya.

Menurut jurucakap syarikat itu, Zia Ahmed, tahun ini akan menjadi rekod untuk Citadel dan Citadel Securities.

Firma dana lindung nilai itu menguruskan aset bernilai AS$59 bilion (RM258.9 bilion) yang merupakan angka yang lebih tinggi daripada nilai bersih Griffin.

IKLAN

Citadel Global Fixed Income Fund juga meningkat 28.1 peratus untuk tahun ini dan Citadel Tactical Trading Fund meningkat 22.4 peratus.

Mesti Baca:“Cuti Tak Diganggu, Ibu Bersalin Dapat Duit Poket RM45K Setahun”, Bestnya Kehidupan Di Norway
Baca Lagi Di Sini:Hargai Keikhlasan Jaga Anak-Anak, Pelakon Niena Baharun Hadiahkan ‘Babysitter’ Gelang Emas!
Artikel Menarik:Fazura Berhabis Puluhan Ribu, Belanja Beg Tangan Mewah Coach “Best Majikan Macam Ni, Hargai Staff”

Mingguan Wanita:Beruntung sungguh dapat majikan yang menghargai penat lelah dan keringat pekerja sebegini. Terasa penat bekerja sungguh berbaloi.

Sumber:Kosmo, India Today

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI