Besar pengorbanan buat wanita apabila memilih untuk menjadi suri rumah. Berkorban demi suami, anak-anak dalam memastikan keluarga diurus sempurna. Seharian ‘bekerja’ dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tiada pendapatan tetap mahupun ‘cuti’ bulanan. Namun segala pengorbanan dilakukan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Sebenarnya, tiada yang lebih bermakna buat isteri apabila dirinya dihargai sepenuh hati dan segala pengorbanannya mendapat ucapan terima kasih daripada suami tersayang.

Sebagai suami prihatin dan bertanggungjawab dalam rumahtangga ada beberapa cara yang boleh lakukan dalam menghargai isteri supaya perkahwinan kekal bahagia.

  1. Menjadi Pendengar Yang Baik

Seharian sibuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga, pelbagai kisah dan cerita yang isteri ingin dikongsikan. Suami merupakan orang terdekat boleh ‘pinjamkan’ telinga untuk menjadi pendengar yang baik, cukup sekadar mendengar segala luahan isteri.

  1. Beri ‘Me Time’

Jadi suami yang prihatin dan empati dengan keadaan isteri. Apabila lihat keadaan isteri yang ‘letih’ dan ‘burn out’, sesekali berilah isteri masa untuk melakukan perkara yang disukainya. Sebagai contoh beri isteri masa buat rawatan wajah, pergi ke spa, berjumpa kawan-kawan, membeli belah dan sebagainya.

IKLAN
  1. Ringankan Tulang

Walaupun isteri seorang suri rumah, dia juga perlukan masa rehat dan perlu dibantu. Ringankan tulang, jadilah suami yang rajin menolong isteri dalam menguruskan kerja rumah dan anak-anak. Percayalah, walaupun hanya bantuan yang sedikit namun ia cukup memberi makna yang besar buat isteri.

  1. Caruman i-Sayang

Ini cara yang paling penting suami boleh hargai isteri sebagai jaminan simpanan kewangan jangka masa panjang. Memandangkan isteri suri rumah, tidak bekerja dan tiada pendapatan namun tetap berpeluang untuk menabung dan mempunyai simpanan kewangan sendiri. Malah turut mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP.

Buat makluman, kemudahan i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

IKLAN

Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Lebih menarik, pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

IKLAN

Inisiatif ini juga adalah selaras dengan komitmen Kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Permohonan i-Sayang

Berita baik, permohonan i-Sayang boleh dilakukan dengan cukup mudah menerusi dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli) atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI