Duit KWSP akaun 2 RM65K licin disapu, wanita diperdaya rayuan haji. Modus operandi scammer nampaknya lebih advance. Jika dahulu sekadar membuat panggilan telefon tetapi kini beralih ke arah mempedaya dengan menunjukkan muka pula.
Lebih membuat mangsa takut, scammer memakai baju seragam polis, seolah membuktikan mereka adalah pihak berkuasa yang menjalankan tugas.
Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Baru minggu lepas my bff kena scam. Hilang RM65k.
Kronologi dari cerita bff Sue. Dia dapat call dari Tabung Haji yang bagi tahu rayuannya untuk buat ibadah haji telah diluluskan. Bff sis cakap dia tak mohon pun tapi si scammer ni beriya-iya meyakinkan dan tetiba bagi tahu yang nama bff sis telah diguna pakai oleh orang lain.
So beliau sarankan untuk buka akaun Bank Islam lain dengan menggunakan nombor telefon yang diberi dan bff sis pun ikut. Bff sis disarankan buat laporan polis dengan menggunakan online through phone.
Bff sis pun ikut laa. Talian phone yang disambungkan tertera tertulis IPD Ampang. Dalam soal jawab, tiba-tiba pegawai polis tu bagi tahu yang nama bff sis ni dah ada waran tangkap terlibat dengan wang haram dan perlu membayar jaminan RM15k.
Bff sis ni pun ikut sebab dia rasa takut. Lagi-lagi polis tu buat video call siap dengan pakai uniform polis dan tunjuk surat waran tangkap tu.
Wanita Diperdaya Rayuan Haji
Beliau juga dipesan jangan bagi tahu orang lain sebab ini Akta Dalam Negeri. Akibat panik bff sis ni menurut je. Akibatnya wang dalam akaun Bank Islam hilang RM50K dan RM15K lagi bff sis transfer konon-kononnya untuk wang jaminan waran tangkap tu.
Lepas tu polis tu minta lagi RM48K. Waktu ni bff sis baru macam tersedar dan terus check bank duit dah lesap dan buat laporan polis. Polis pun cakap benda dah jadi. Akak pun kerja bank tapi benda ni jadi jugak.
Bff sis ni kerja bank sebelum ni. Baru je retired at age 50. Yang sadisnya kawan bff sis ni pun kena. Lagi banyak RM100,000 lebih. Dia tak cerita sebab rasa malu.
Please jangan malu untuk bercerita sekurang-kurangnya boleh jadi pedoman untuk orang laib. Buat my bff, tetap tabah & kuat ya. Dan lebih berhati-hati lagi.
Tak lama lagi, umur nak 55 tahun. Lagi banyak duit sebab pengeluaran KWSP. Sebab yang hilang RM65K ni duit KWSP umur 50.Akhir cerita tolong alert ya kawan-kawan. Sumber :- FB Sue Rosayu Ahmad. Gambar:-Sekadar hiasan dari Google.
Lebih sebulan kehilangan suami, ibu muda segera bangkit fokus teruskan kehidupan dengan anak! Bukan mudah untuk bangkit meneruskan kehidupan dan membesarkan anak selepas kehilangan suami. Apatah lagi suami ‘pergi’ secara tiba-tiba, meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang pesan. Namun ketabahan ibu muda anak satu ini wajar dicontohi.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kehilangannya dan fokus meneruskan kehidupan bersama anak,” kata bekas pekerja kilang elektronik, Nadzirah Kamaruzzaman, 29, yang kematian suami lebih sebulan lalu.
Nadzirah mengambil keputusan berhenti kerja di Shah Alam, Selangor dan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kubang Kuar di sini untuk menjual kasut terpakai selepas suaminya, Allahyarham Mohamad Hafiz Sohani meninggal dunia akibat mati mengejut.
Berkongsi kisahnya, Nadzirah memberitahu, pada malam 31 November, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan Mohamad Hafiz mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun katanya, ada rakan yang membantu dan suaminya boleh bercakap seperti biasa sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Saya berada di rumah bersama anak kami, Mohd Faeq Mikael Mohd Hafiz, yang ketika itu berusia tiga bulan kerana bekerja shif pagi.
“Kira-kira jam 1 pagi, adik lelaki saya datang ke rumah dan memaklumkan suami saya meninggal dunia. Luruh jantung mendengarnya kerana dia tiada penyakit selama kami saling mengenali,” katanya.
Nadzirah tidak mengambil masa panjang kerana memikirkan anak yang masih kecil dengan terus berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Alhamdulillah, ALLAH SWT permudahkan kehidupan kami dua beranak selepas adik saya, Mohd Baharizi Kamaruzzaman mencadangkan menjual kasut berjenama terpakai,” katanya ketika lawatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumah keluarganya pada Rabu.
Lebih mengharukan katanya, modal untuk membeli kasut hasil daripada sedekah rakan-rakan dan keluarga yang tidak pernah putus.
Nadzirah yang berpengalaman menjual beberapa produk lain sebelum ini memberitahu, jualannya kini sudah dikenali penduduk setempat dan ada yang singgah untuk membeli dan mencadangkan supaya menambah jenis kasut.
Dia juga berhasrat menjualnya melalui dalam talian dibantu adik.
Ibu muda itu juga memberitahu, tiada yang dimahukan dalam hidup selain membesarkan anaknya dengan sokongan dan kasih sayang keluarga.
Sementara itu Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Wan Izani Wan Isa berkata, Nadzirah layak menerima pencen penakat sebanyak RM1,746 sebulan seumur hidup.
“Anak Nadzirah turut layak menerima syer pencen itu sehingga berusia 21 tahun.
Menurut beliau, sebelum itu Skuad Perkeso Prihatin mengunjungi Nadzirah selepas menerima maklumat daripada orang awam dan memaklumkan layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.
Mingguan Wanita: Memang bukan mudah untuk membesarkan anak yang masih kecil dan meneruskan kehidupan selepas kematian suami secara tiba-tiba. Namun ketabahan ibu muda ini segera bangkit dari kesedihan dan fokus dalam kehidupan wajar dicontohi.
Sarah berhak bahagia, pengorbanannya tak dihargai & dirampas dengan kejam, Datin Patimah beri sokongan. Kemelut rumahtangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana menuju ke puncaknya.
Jika sekitar tengahari tadi Syamsul berkongsi agar kedua-dua isterinya kekal tenang dan banyakkan bersabar tetapi nampaknya perkongsiannya di instagramnya itu “dibalas” oleh Sarah dengan tindakan lebih hebat.
Di instagramnya yang menerima banyak sokongan dari rakan artis dan ramai wanita, Sarah minta dirinya dilepaskan kerana tidak sangggup bermadu sama sekali dengan Ira Kazar yang juga isteri kedua Syamsul.
Berkongsi luahan hati di instagramnya, Sarah menulis :- Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak masih block saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.
Jika sebelum itu di insta storinya dirinya menulis malu Syaikhul dan Sumayyah ada ayah macam ini selain menulis orang jahil akan serlahkan kejahilannya walau pun dia disangka berilmu.
Di sebalik sokongan dari orang ramai diterima yang memahami penderitaaan dialaminya itu kerana 4 tahun menanggung derita, dilihat ibu mentuanya, Datin Patimah kekal bersama menantu kesayangannya itu.
Sebaik Sarah memuat naik mahu menuntut cerai kerana tak mahu bermadu, di bahagian komen Datin Patimah menulis :- Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia. Sebagai isteri dan ibu yang telah melahirkan Syaikul dan Summayah langsung tidak dihargai segala pengorbanan! Kebahagiaanya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini? Tulisnya yang dilihat langsung tidak menyebelahi Syamsul anaknya sendiri.
Ya, inilah ibu mentua yang baik yang sentiasa memastikan hati menantu dijaga. Jika benar anak salah, sudah dinasihati dan pasti dirinya mahu melihat Sarah bahagia walau tindakan Sarah meminta cerai itu menggegarkan tiang arash. Moga apa jua keputusan semoga segalanya terbaik buat mereka yang sedang diuji.