Bayar RM500 konsert Billie Eilish yang nampak bilis. Ramai anak muda meroyan di media sosial. Semalam berlangsungnya konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walau menerima kecaman kerana ada yang sanggup beratur seawal jam 5 pagi sedangkan konsert bermula jam 8.30 malam namun seramai 25,000 penonton tidak kisah kerana teruja dengan kehadiran superstar ini.

Walau ia menerima bantahan dari pelbagai pihak termasuk pendakwah-pendakwah namun ianya tetap berlangsung malam tadi.

Billie Eilish yang menjadi fenomena seluruh dunia mempertaruhkan genre muzik elektro pop indie dan penyanyi berusia 20 tahun ini pernah menang besar di Anugerah Grammy 2020 dengan membolot empat trofi utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baru Terbaik. Tak hairanlah pelantun lagu Bad Guy ini digilai ramai seluruh dunia termasuk di kalangan anak muda dalam negara kita.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Solat TAPI Masih Lakukan Maksiat, Tandanya Kita Belum SOLAT Dengan SEMPURNA Jadi Perbaiki

IKLAN

Anggota Badan Amanah Allah, Jaga Sebaiknya Jangan Guna Buat Maksiat!

Dua Kali Diserbu Pegawai Pencegah Maksiat, Gaya Macam Nak Pecah Pintu Punya Rempuh!

Jika ramai merasakan membazirnya membayar tiket mahal tapi tidak bagi segelintir peminat Billie Eilish, mereka sanggup mengeluarkan wang paling mahal di antara RM598 dan termurah RM398 untuk menonton konsert penyanyi ini malam tadi.

IKLAN

Tapi nampaknya di media sosial, rata-rata anak muda yang menonton meluahkan meroyan mereka. Ini kerana jarak pentas utama dengan kedudukan penonton terlalu jauh di mana terdapat ruang kosong yang besar dibiarkan di bahagian tengah.

Seperti satu perkongsian dari @emilya yang berkata, wang RM500 yang dibayarnya untuk melihat Billie Eilish sebaliknya hanya nampak “bilis” saja. Sound sistem juga agak teruk. Tak hanya dirinya, rata-rata menzahirkan rasa kecewa kerana masalah ini. Sudahnya bayar RM500 tu hanya sia-sia saja kerana lebih sedap dengar di YouTube atau Spotify.

IKLAN

Untuk mak-mak, kalau dapat RM500 tu, pasti penuh peti aiskan dengan lauk pauk anak-anak. Apa pun, hidup adalah pilihan. Kita doalah yang baik-baik untuk semua orang. Moga mereka rajin ke majlis ilmu pula selepas ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI