Memang terbaik tindakan pantas dan berani yang dilakukan oleh pemandu grab dan orang ramai dalam menggagalkan cubaan ragut di depan Menara Felda FGV,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi video Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh pengguna FB Ronel Rekk, kejadian cubaan ragut tersebut dilaporkan berlaku pada Ahad lepas sekitar jam 8.23malam.
Dalam video berdurasi selama 1.13 minit tersebut memaparkan seorang wanita muda berbaju kelawar kuning sedang berjalan di ruang jalan kaki, sebelum berlaku pergelutan dengan dua orang peragut yang sedang menunggang motor.
Orang Ramai Bantu Mangsa Ragut
Namun demikian, tindakan pantas dan berani pemandu grab dengan melanggar motor peragut, disusuli dengan bantuan beberapa orang ramai yang turut membantu mengepung dan menangkap peragut daripada terlepas.Peragut juga berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sikap murni ‘abang grab’ tanpa berfikir panjang akan kerosakan motor yang akan dialami demi membantu mangsa ragut menarik perhatian ramai. Ramai yang bersedia menghulurkan bantuan kewangan untuk menampung kos membaiki kerosakan pada motor tersebut.
Ads
Ads
Tindakan pantas, berani dan prihatin orang ramai ini wajar dijadikan contoh apabila berhadapan dengan kes jenayah sebegini. Peragut juga diserahkan kepada pihak polis, dalam keadaan sempurna tanpa berlaku pergelutan pertumpahan darah.Biar polis sahaja yang menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka.
Berikut antara reaksi orang ramai atas kejadian ini;
Hati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan di media sosial, ini kerana trend terbaru ‘scammer’ akan berikan link website sebiji seperti bank sebenar.
Jika dahulu ‘scammer’ akan menghubungi, menyamar sebagai pegawai bank, pegawai polis dan pegawai LHDN untuk menakut-nakutkan pemilik akaun. Namun kini, modus operandi berubah dengan menawarkan servis yang berpotensi untuk orang ramai menggunakannya di media sosial. Seperti agensi pembersihan, pembantu rumah dan sebagainya.
Hati-hati dengan scam yang mampu mencuri duit anda dalam bank.Scammer akan iklankan perkhidmatan pembantu rumah dan lain-lain di Facebook & social media lain.
1. Scammer akan hantar link untuk download aplikasi android yang akan sentiasa curi sms TAC anda.
2. Scammer akan bagi link website sebijik macam bank, contohnya Maybank2u, tapi website tu tipu ja(bukan website sebenar), just untuk curi username dan password.
3. Bila dah dapat username, password & TAC dia boleh transfer duit anda tanpa halangan.
-Jangan download app selain dari Google Play Store.
-Pastikan URL bank adalah betul contoh : https://www.maybank2u.com.my
-Pastikan phrase & gambar anda adalah betul bila masukkan username, sebelum masukkan password. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.
Anak sekolah asrama atau sekolah biasa. Mana satu yang mak ayah inginkan. Mungkin ada sesetengah mak ayah, nak lihat anak depan mata dan tak perlu jauh-jauh pun.
Tapi ada juga mak ayah yang lebih suka anak sekolah asrama dan dapat fokus pada pelajaran. Ada masa untuk belajar dan sekolah asrama penuh mestilah bersama dengan pelajar-pelajar yang pandai-pandai dan hebat.
Namun, jangan cepat menilai anak sekolah asrama dengan sekolah harian mempunyai intelektual yang berbeza. Sebenarnya dua-dua sekolah boleh berjaya, asalkan anak ada motivasi untuk terus berjaya.
Ikuti perkongsian Sri A’jilah tentang sekolah asrama dengan harian. Usha terlalu memaksa anak untuk belajar sekolah asrama. Tengok pada tahap kewibawaan anak itu sendiri.
Beberapa bulan lepas, adik bongsu saya yang kini tingkatan 4 di MRSM ada minta nak pindah sekolah menengah harian.
Biasanya orang akan pujuk supaya jangan keluar sekolah sebab bukan senang nak masuk MRSM.
Tapi, keluarga saya tidak.
Nak keluar, boleh. Tapi fikir masak-masak, jangan menyesal di kemudian hari.
Saya pula, lagi ekstrem. Siap tanya
Hala tuju lepas habis sekolah. Kalau sekolah harian, boleh disiplin ke bangun pagi tanpa mak kejut? Solat tanpa disuruh? Kalau sekolah asrama ada prep petang dan malam, kalau duduk rumah dia nak buat apa?
Kalau adik saya jawab, dia nak belajar skil kemahiran contohnya belajar main piano, belajar buat kek atau belajar buat coding. Lepas itu, boleh disiplin seperti di sekolah asrama. Pasti saya cakap,
“Ok, baguslah keluar”.
Tapi kalau waktu cuti balik rumah, tidur lambat, bangun pun mak kena kejut, bilik pun mak yang kemas atau kerja rumah pun tak buat. Masa terluang banyak main game, lebih baik duduk asrama sahaja.
Saya minta adik saya fikir masak-masak. Yang sekolahnya dia, bukan kami. Tiba-tiba adik saya kata tak jadi keluar asrama.
Rupa-rupanya, adik saya stress dengan exam IGCSE risau tak sempat ulang kaji. Yuran mahal, kalau tak dapat cemerlang macam buang masa ambil exam itu. Lebih baik fokus subjek SPM terus.
Mak ayah saya turutkan sahaja kehendak adik saya, sebab dia lebih tahu kemampuannya sendiri.
Saya juga ada 2 orang adik lelaki lain yang Sekolah Rendah Kebangsaan Cina sejak tadika, dengan harapan mereka pandai berbahasa cina.
Ketika seorang adik saya darjah 6, dia beritahu mak ayah nak pindah sekolah kebangsaan biasa. Katanya risau tak dapat 7A UPSR, lagipun kadang-kadang cikgu ajar subjek sains dan matematik dalam bahasa cina. Mungkin susah untuk adik saya faham di dalam kelas. Saya pula memang batu api sikit suka cabar adik saya kalahkan keputusan UPSR saya 4A (je pun).
Mak saya turutkan permintaan adik saya, tapi adik saya kena janji kena belajar sungguh-sungguh. Semangat betul mak saya naik turun PPD nak uruskan sekolah anak-anak. Padahal 6 bulan sahaja lagi UPSR. Daripada nombor corot, terus jadi pelajar terbaik sekolah. Akhirnya, dapat juga 5A UPSR, tingkatan 1 hingga 5 belajar di MRSM.
Pilihan sekolah di MRSM juga adalah pilihan adik saya sendiri.
Cuba bayangkan kalau mak ayah saya tak bertegas tak beri adik saya pindah sekolah. Pasti sampai kesudah adik saya cakap,
“Itulah, dulu Aman nak pindah sekolah biasa tak bagi”
Pendapat saya, sekolah hanyalah sekolah iaitu tempat belajar. Mana-mana pun sama, yang penting individu itu sendiri. Tidak perlu terlalu taksub dengan label sekolah. Terpulang pada anak itu sendiri.
Setiap mak ayah mahukan yang terbaik untuk anaknya, tetapi dalam masa yang sama kita perlu juga mendengar keluhan anak. Ajar juga anak fikir secara rasional kebaikan keburukan sesuatu perkara.
Kena Ada Motivasi
Baru-baru ini viral tentang adik Akmal Hazim, software engineer berumur 17 tahun. Sebelum ini pernah belajar di MRSM Bentong pada Feb 2018 hingga Mac 2019. 1 tahun sahaja belajar di MRSM, mungkin kerana mahu fokus kerjaya beliau juga.
Saya pasti kalau beliau kekal sekolah berasrama, terikat dengan prep pagi dan petang dan larangan bawa telefon bimbit dan komputer, pasti susah untuk beliau capai ke tahap ini.
Sekolah mana-mana pun boleh berjaya, yang penting anak ada “intrinsic motivation” (motivasi dalaman) untuk belajar dalam apa-apa bidang yang dia mahu.
Saya juga ada pengalaman keluar asrama semasa 3 bulan sebelum SPM sebab ada masalah elergi makanan, entahlah waktu itu tiba-tiba elergi makan ayam.
Penyudahnya menyesal keluar asrama sebab susah nak disiplin belajar di rumah. Belajar sekejap, tengok TV, pantang mak ayah keluar mesti saya nak ikut. Sudahnya keputusan SPM saya tak capai target yang saya mahu.
Nasib ada peluang lagi nak tebus kesilapan masa SPM, saya belajar “gila-gila” masa matrik. Alhamdulillah dapat ambil bidang yang saya mahu, terapi cara kerja.
Sebab itu, sekolah berasrama atau sekolah harian memang sangat bergantung kepada anak itu sendiri.
Kalau anak jenis susah nak disiplin diri untuk belajar macam saya, baiklah masuk asrama.
Kalau anak jenis cemerlang walaupun di sekolah harian, boleh disiplin dan dalam masa yang sama ada target lain yang dia mahu capai, contohnya minat buat kek, jahitan, muzik, melukis atau coding macam adik Akmal Hazim. Eloklah ikut kehendak anak.
Lepas itu kena juga lihat kesediaan anak untuk berjauhan dengan keluarga. Kalau tingkatan 1 anak tak bersedia, eloklah tunggu tingkatan 4 nanti baru masuk asrama.
Sekadar pendapat tentang sekolah asrama dan sekolah harian.
Apa pendapat mak ayah lain?
Mingguan Wanita : Bila fikirkan, kalau anak sekolah biasa, balik sekolah dengan gajetnya…takut pelajaran entah ke mana. Tapi kalau sekolah asrama bolehlah lupa gajet-gajet ni, dapat pun time cuti sekolah.
Mak Wan Latah akur kontroversi dilalui ujian & dugaan. Sebagai insan kerdil sememangnya akan hadir ujian dari Allah SWT. Apatah lagi bila bergelar selebriti. Semua yang dilakukan akan menjadi perhatian.
Begitu juga yang dihadapi oleh pelakon senior Mak Wan Julia atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mak Wan Latah.
Bagi diri pelakon wanita yang berusia 61 tahun ini, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Malah dirinya sendiri tidak menduga akan hadir ujian dan kontroversi hadir sejak kebelakangan ini membabitan namanya hingga menuntut kesabaran besar.
“Apa yang berlaku sekarang ini adalah ujian yang Allah bagikan pada Mak Wan.
“Sekurang-kurangnya Mak Wan bersyukur kerana Allah masih bagi ujian kepada Mak Wan. Dia masih memilih Mak Wan untuk ujian-ujian dan dugaanNya,” begitulah yang diluahkan oleh Mak Wan seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro.