Hijrah & istiqamah, Zizi jaga maruah suami serta keluarga. Sejak berhijrah dan kemudian mendirikan rumah tangga, penyanyi yang berasal dari Sabah, Zizi Kirana terus istiqamah.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk seorang wanita mengekalkan imej Islamik apatah lagi terdedah dalam dunia seni.
Paling membanggakan sewaktu bersua wajah dengannya di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura Zizi mengakui enggan menyanyikan lagu-lagu lama yang mempunyai lirik kurang bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.
Hijrah & Istiqamah, Zizi Jaga Maruah Suami Serta Keluarga
Bukan itu saja Zizi juga bertuah kerana penganjur tidak pernah memintanya menyanyi lagu-lagu lama yang dikatakan agak ‘daring’.
“Alhamdulillah mereka sendiri faham dan memudahkan kerja saya. Jadi saya tak perlu jelaskan kepada mereka kenapa saya tidak mahu menyanyi lagu-lagu lama.
Ads
“Dengan imej sebegini tak bersesuaian saya nak nyanyi lagu-lagu lama saya.
“Mesej-mesej di dalam lagu itu tidak sesuai dengan imej saya yang berhijab seperti nak ajak orang lepak mamak semua,” kongsi Zizi yang turut mengakui tidak selamanya dia akan menyanyikan lagu berentak Hip Hop dan bercadang untuk menghasilkan lagu-lagu dakwah serta lagu yang berentak ‘world music’.
Langkah Keluar Dari Rumah Bawa Maruah Suami & Keluarga
Mengusik tentang suaminya, Yusuf Bahrin, Zizi menerangkan sejak berkahwin dia perlu menjaga maruah suami dan keluarga.
“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga.
“Itu yang saya kena jaga. Usia juga semakin meningkat.
Ads
“Jadi saya kena pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya lagi.
Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April. Penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah memberitahu isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin akan melahirkan anak keempat mereka pada 14 April ini secara pembedahan.
Malah pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali ini turut memberitahu mereka sekeluarga teruja dek kerana sambutan Aidilfitri ini akan diserikan dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
Jamal dan isteri telah menimang tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17
Isteri Bakal Lahirkan Anak Bongsu 14 April
Menurut Jamal lagi isterinya bakal melahirkan bayi perempuan.
“Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya.
“Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.
“Kalau saya dan isteri merancang untuk bayi kami dilahirkan pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan.
“Tapi, doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya dengan nada teruja.
Memberitahu lanjut seperti mana dilaporkan mStar, Jamal turut menyatakan doktor menasihati isterinya supaya tidak hamil lagi kerana sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.
“Alhamdulillah, dah ada empat orang anak cukuplah.
“Doktor pun nasihatkan dan tidak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apa-apa pun, saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik,” sambungnya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Trip makan-makan di Hatyai, paling best KlongHae Pasar Terapung. Hotel pun murah 3H2M cuma RM278. Nak cari orang Malaysia, cari di Hatyai. Boleh selisih-selisih bahu kerana ramai mengambil kesempatan bercuti ke selatan Thailand kala ini. Menariknya ramai memilih ke sini bukan saja kerana makannya sedap, harga murah, harga hotel pun masih mampu dibayar. Taklah sampai atas RM500 untuk semalam. Paling penting, pasport yang dah lama tak dicop itu sudah ada lambang imigresen Thailand.
Bagi yang tercari-cari trip perjalanan ke Thailand terutama bagi pasangan baru kahwin, bolehlah cuba ikut trip dicadangkan oleh Nabila Abdul di fbnya ini. Dirinya pergi bersama suami dan boleh dijadikan panduan buat yang pertama kali pergi ke sini.
Ini perkongsiannya :-
Hatyai,Thailand
Kali ni pilihan yang agak santai, sebab nak makan makan & beristirehat. Selama 3 hari 2 malam ni aktiviti aku bersama suami hanya membesarkan perut, hahaha.
First day Hotel – Casa 33 Hatyai (RM200/night )
Serius aku cakap, aku puas hati betul dengan hotel ni, cantik & staff baik gila. Ko sampai-sampai je dia serve air kiwi gais. Nikmat. Then depan hotel ni ada café. If korang menginap dekat casa ni ada diskaun 10% untuk coffee or cake depa.
Lepas berehat, kemudian kita orang gerak ke Kaitoddecha.
Nie paling viral sebab makanan depa sedap, teh ais dia padu. Nie aku sarankan jangan la p weekend, ramai gila. Aku dok sini 2 hours even hari Jumaat. Banyak kali aku mkn sini sebab nak minum teh ais.
KlongHae Pasar terapung
Ni tarikan utama la, aku bawa suami aku sebab dia tak pernah datag, sini tak yah cakap. Makan la puas-puas, murah gilaaaa. Semua sedap.
Asean Night Market (5pm – 10pm)
Ini pilihan, nak pergi ke tak nk pergi ok je. Sini jual pakaian kasut-kasut. Bagi Bell tak best sangat pun sini sebab kat Hatyai banyak je market malam-malam. Greenway night pun not bad. Aku datang sini sebab sambung makan lagi udang besaq-besaq.
Nak tau kenapa aku pindah hotel lain. Sebab Hotel Casa penuh. Aku dapat Jumaat ,Sabtu je. Ramai rakyat Malaysia menginap situ. Aku pilih hotel ni sebab boleh berjalan kaki dekat Night Market area Lee Garden & macam-macamlah.
Ni antara cafe yang viral & serius cantik, bingsu siyes sedap. Tak tipu.
Lee Garden Night Market (5pm – 11pm)
Yang ni tak yah cakap, hahaha makan la puas-puas. Nak beli cenderahati pun murah gak sini. Kebetulan ada “Moon Festival 2022 Hatyai” so singgah la sat.
3rd day
Amazon Cafe
– Coffee sedap weh, tempat pun lawa. Coffee amazon ni mana2-mana ceruk pun ada
Kimyong Market & Santisuk Market
Ni dekat-dekat ja, dekat dengan hotel. That’s why pilih hotel dekat dekat je kalau nak shopping market.
Dimsum Chabura
Last pergi 2020, kali ni pergi tempat luas sikit. Banyak pembaharuan, sini memang agak puas hati. Kalau penuh dekat sini, Zaina Dimsum pun okay je .
7E Hatyai
Korang try teh ais 7E siyes sedap & jangan lupa borong makanan dalam 7e .. terbaik wehh.
Ada 2 cara nak pergi Hatyai. Dua- dua Bell dah rasai. Masa tahun 03,16,20 & 2022. Flight je belum kalau ke Hatyai. Train korang kena naik dekat Padang Besar.
1. By train – train harga 50bath je (RM7) , dalam less than 1 hour je dah sampai Stesen Hatyai. 2. By van – van 60bath (RM8) kalau dari Thailand ke Padang Besar.
3. By van – dari Padang Besar ke Hatyai RM30 sampai hotel, tambah RM2 untuk cop dekat imigresen, by the way dekat sini yang malasnya , time nak cop dekat Imigresen kena turun kan bag sebab nak scan.
Noted :-
Bukit tengah – Hatyai (KTM) Biket beli on the spot kat stesen / app KTM (rm10.90)
Kaunter tiket Thai (Gate : pagi 9am & petang 4pm kot .
Sebelum tu, korang kena dapatkan borang putih biru tu dulu untuk isi details korang. Benda tu penting menandakan tiket masuk korang ke Thailand la senang nak koba. Siaapa pilih naik van, depa akan bagi la korang borang tu, kalau pilih naik train imigresen sendiri bagi
Transport kat sana aku pilih “grab” sebab mudah dan murah. Boleh je naik tuk tuk kalau korang bawa geng ramai okay la boleh tong-tong. Tapi kalau sorang je berdua ke. Better grab.
So gais, apa tunggu lagi. Lepak la Hatyai. Aku malas nak cover tempat-tempat menarik contohnya Songkla. Dekat Hatyai pun ada je tmpat best-best untuk bergambar tapi aku nak kejar masa seabb edisi kali ni adalah “Makan Makan”. By the way aku dah pernah gak sampai cuma tempat baru tak explore lagi. Last aku pergi masa darjah 4, entah la rasanya macam 2003 kot.
Sapa nak share silakan. follow ig : bella_gojes
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya, Allahuakbar” abang Uyaina meninggal dunia. Salam takziah diucapkan buat pengacara dan pelakon Uyaina Arsha sekeluarga atas pemergiaan abang kandung tercinta.
Pemergian Allahyarham abang sulung Uyaina, Mohd Attaful Uzair bin Arshad meninggalkan sebak di hati keluarga.
Apatah lagi menerusi perkongsian di akaun Instagram, Uyaina mencoretkan pemergian abangnya itu sama dengan tarikh lahir ibu.
“Hari Lahir Ummi Diiringi Pemergian Anak Sulungnya”
“Inallillahiwainnailaihirojiun,
“Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi. Bertemu Sang Pencipta.
“Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi.. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi.. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.. Allahuakbar..
“Abangku Uzair,
“Semoga syurga menantimu,” tulis Uyaina yang akui terlalu perit dan sakit kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu disayangi.
Risau Adiknya Nak Bersalin
Menurut Uyaina lagi, dia baru saja berjumpa dengan arwah abangnya semalam.
“Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama-sama. Bersembang macam-macam.
“Gelak sama-sama. Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin.
“Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.
“Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak-anaknya,” luah Uyaina.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...