shopping-raya

Lagi beberapa hari, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tentunya mak-mak lah tak menang tangan shopping raya, persiapkan mana yang patut untuk suami dan anak-anak.

Hati-hati bila ke pusat membeli belah tu ya. Lagi-lagi mak-mak yang pakai gelang emas. Tak kisahlah, pulut dakap ke emas pandora ke.. tetap kena jaga-jaga.

Berdebar baca pengalaman Khairunnisa Hamzah ini. Dalam shopping mall macam-macam boleh jadi, sambil duduk-duduk pun boleh ada yang datang mendekat, berbual, tiba-tiba tak sedar. Gelang di tangan hampir diserah pada orang yang mendekat tadi.

Mak-mak yang bawa anak-anak pun jaga-jaga. Jangan sampai anak tak sedar, tengok-tengok anak dah terikut orang lain. Kena cepat-cepat tepuk bahu bagi sedar semula.

Kalau Pergi Shopping Raya, Hati-hati Dengan Pergelangan Tangan Kita

Saya ingat lagi masa suami dan keluarga yang lain hendak solat maghrib di sebuah shopping mall. Masa itu saya jaga anak-anak terlebih dahulu di kaki lima mall. Kami duduk di lantai menghadap pemandangan tingkat bawah.

Ada seorang wanita di sebelah saya. Asyik senyum-senyum.

Kemudian, yang saya ingat, dia kata design gelang saya cantik. Dia tak pernah tengok. Padahal tu design biasa yang ramai orang pakai. Suami dia pun sandar pada dia dan sama melihat gelang tersebut.

Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana gelang tu ternampak. Mungkin masa nak angkat anak duduk diriba, pergelangan baju tertarik lalu ternampak gelang tersebut.

Seterusnya saya tak ingat apa.

Tak Sedar Apa, Sedar-sedar Anak Tepuk Bahu

Tahu-tahu anak tepuk bahu kata, “Dah, Mommy pula solat”

IKLAN

Masa ni saya terpandang tangan sendiri sedang buka cangkuk gelang.
Allahuakbar.

Sedangkan selama pakai gelang, tak pernah saya buka buka. Dah kenapa depan stranger saya nak buka seolah nak serah kepada mereka.

Astaghfirullah..

Terus Wanita tersebut dan ‘suami’ nya bangun dan gerak meninggalkan kami begitu sahaja sebaik anak menepuk bahu.

Baca : Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat Pendinding Diri

Terdorong Ikut Wanita Berbaju Hitam, Berfurdah

Begitu juga beberapa tahun sebelumnya,
Dalam bulan puasa juga.

IKLAN

Kami bergesa-gesa nak keluar semula dari mall untuk menuju ke kereta kerana hanya saya dan kakak Aisyah sahaja yang keluar kereta untuk mencari barang.

Sambil jalan saya bercakap dengan kakak Aisyah. Sekali, tiada balasan suara kakak Aisyah yang terkebelakang sedikit.

Saya Toleh, kakak Aisyah tak ada.

Segera saya Toleh balik ke kiri kanan dan ke depan.

Nampak kakak Aisyah sedang laju jalan mengikut Wanita berbaju hitam dan berfurdah.

IKLAN

Panggil Aisyah, Tepuk Bahu Dia

Padahal, saya bukan berpakaian begitu. Kakak Aisyah pun budak sekolah rendah sudah masa tu. Tak silap saya dalam darjah 4. Tak kan tak tahu mana satu Mommy untuk dia laju mengikuti?

Saya kejar kakak Aisyah.

Saya tepuk panggil “Aisyah” dan tepuk bahu dia.
Aisyah macam terkejut dan hanya sebut, “Mommy”
Allahuakbar.

Saya rasa saya patut ceritakan sebab takut ramai yang keluar pergi shopping dan terlepas pandang hal begini.

Dan saya tulis ini untuk ingatkan saya sendiri juga. Allahuakbar. Hati-hati.

#HatiHatiShoppingRaya
#mommydaddydecorstories

Mingguan Wanita : Lagi-lagi sekarang ini memang bersesak-sesak orang nak shopping raya. Eloklah berjaga-jaga, amalkan baca ayat kursi dan doa pelindung diri.

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah

https://www.youtube.com/watch?v=8XGEq6h6DGE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI