Faktor usia bukanlah penentu tahap kematangan seorang wanita. Baik usia muda mahupun tua, cara berfikir dan menangani sesuatu perkara yang dihadapi dapat menentukan ciri kematangan seseorang. Sebenarnya ada 10 cara untuk menjadi wanita yang matang.

Baca perkongsian daripada Puan Dzuriasikim Dzulkefli ini sebagai panduan;

10 CARA MENJADI WANITA MATANG

1. Kurang Bercakap Dan Lebih Mendengar

Wanita matang lebih banyak mendengar dari bercakap.Secara semulajadinya kita dilahirkan dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut dan lidah sahaja…

“A silent voice” kadang lebih kuat dari ketika kita bersuara.

Dan anda mungkin tak perasan, namun orang yang paling diam di dalam sebuah bilik adalah orang yang paling “loud” and could be the most “powerful” person too!

2. Tidak Berborak Kosong

Wanita matang tidak berborak kosong. Tetapi lebih suka untuk membicarakan perkara yang mendatangkan faedah. Berbincang tentang tajuk yang intelektual. Tidak punya waktu untuk berbahas dengan orang yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

3. Belajar Dari kesilapan

Wanita matang akan sentiasa belajar dari kesilapan. Mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup.Tidak takut untuk mengakui kesilapan diri. Malah mudah untuk meminta maaf.

Untuk menjadi saya hari ini, saya juga telah melakukan banyak kesilapan dalam hidup. Namun kita perlu memaafkan diri kita. Meninggalkan hal yang tidak perlu. Berdamai dengan masa silam. Dan move on ok!

Usah kata…
“Aku tak sepatutnya kahwin pada usia muda..” (contohnya). Kerana setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

Kita bukanlah diri kita hari ini tanpa melalui segala kesilapan dalam hidup! Ucapkan terima kasih kepada masa silam kita.

IKLAN

4. Lebih Mudah Untuk Memaafkan

Wanita matang adalah orang yang lebih tenang dan mudah memaafkan. Nothing really matter in this world. Menyimpan dendam adalah sangat meletihkan minda. Ianya sungguh tidak perlu. Anda akan jadi lebih bahagia apabila dapat memaafkan dengan mudah.

Jadi wanita yang tidak mudah untuk disakiti ok!

5. Tidak Memaksa Cinta

Owh yes! Wanita matang tidak akan memaksa cinta. Tidak mengejar cinta yang tidak berbalas. Tidak membuang masa untuk berharap kepada orang yang tidak membalas cinta mereka.Anda akan tahu bagaimana rasa cinta yang sebenar bila orang yang benar-benar cintakan anda hadir dalam hidup.

6. Anda Terima Takdir Dengan Hati Terbuka

Samada ujian yang datang itu kecil… Sekecil-kecil seperti sakit kepala ataupun berat seperti terpaksa berdepan dengan perpisahan yang amat menyakitkan dalam hidup.

Anda sekarang lebih menerima takdir yang sedang anda lalui dan mengendalikannya dengan rahmat serta pengertian dan ketenangan berbanding dahulu.

Yakin bahawa setiap apa yang berlaku dengan izin Allah adalah yang paling baik sekali. Walaupun kita mungkin berasa ianya sangat sukar hinggakan terpaksa menangis begitu lama!

Sedih dan sakit itu biasa. Namun dengan kematangan kita akan dapat membersihkan “luka” itu sendiri. Bangkit semula tanpa menyalahkan sesiapa.

IKLAN

Not easy, but just keep going….

7. Tidak Mudah Menghakimi

Tidak judgemental apa lagi buruk sangka terhadap orang lain dengan mudah. Sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang.

Wanita yang matang sangat merendah diri. Hebat mana pun kita, usah sesekali pandang hina terhadap orang lain. Kerana segala apa yang kita miliki adalah berupa pinjaman sahaja.

8. Lebih Suka Berdiam Dari Bertengkar Yang Tidak Membawa Kepada Kebaikan

Wanita yang matang akan tahu bahawa bertengkar untuk perkara yang tidak perlu adalah sia-sia. Jika tidak ada kata-kata yang baik, diam itu adalah lebih baik.

Jangan dengar yang tak perlu di dengar.
Jangan lihat yang tak perlu dilihat.
Jangan bicara yang tak perlu dibicara.

Do not react to negativity.

IKLAN

9. Tahu Bahawa Bahagia Itu Tidak Di tangan Orang Lain

Wanita matang tidak akan berharap kepada orang lain untuk menjadi bahagia. Cukup hanya Allah. Berharap kepada manusia akan membawa kecewa.

La Tahzan
Jangan bersedih.

Wanita matang yang kuat adalah yang sering tersenyum ketika dalam ujian. Sentiasa redha dan berlapang dada.

10. Bersolat 5 Waktu

Kerana wanita yang matang tahu, solat itu kunci bahagia. Menangis tidak kepada manusia lagi. Tetapi hanya kepada Allah yang Esa. Wanita matang tidak meminta kepada manusia. Tetapi bersujud dan memohon kepada Allah sahaja.

Dzuriasikim Dzulkefli
InsyaAllah esok saya tulis lagi.

Baca Lagi Di Sini:
Bila Kita MATANG Tak Cari Kesalahan Orang, FOKUS Kehidupan Sendiri Sahaja!

Berbahagialah.. Wanita Benar-Benar Telah Matang Dalam Kehidupan Bila Ada Ciri-Ciri Ini

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat para wanita. Berusalah kita menjadi wanita matang, penuh positif dan tidak mengikut emosi apabila menghadapi sesuatu ujian.

Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI