Punyalah payah nak cuci shawl yang dah melekat dengan minyak sebab pakai bedak asas atau krim muka. Tambah kalau perempuan suka mekap tebal dan akhirnya mekap cair dan melekat di shawl dan tudung.
Ok, tak nak cerita lebih-lebih, kalau ada wanita yang berdepan degan masalah ini anda jangan buang shawl atau tudung itu dulu ya. Ada petua berkesan nak cuci sampai minyak yang melekat pada tudung itu hilang.
Bukan senang nak menghilangkan kesan minyak dari alat solek yang terkena pada shawl tetapi tip yang dikongsikan oleh puan Tyma Saidini ini sangat bermanfaat untuk anda. Jom semak…
Cuci Shawl
Assalammualaikum girls semua.. kat sini Tyma nk share tip cuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka. Perempuan memang suka makeup tapi bila cuaca panas makeup pada muka kita mula pecah minyak kemudian minyak krim faundation pun menepek pada shawl, punyalah susah nak hilang bila lepas mencuci.
Ads
Dulu pernah try buat cara yang viral tu letak baby powder sebelum rendam dengan pencuci.
Ads
Tapi gagal tak jadi apa jadi tyma buat je camni, bilas dengan air pencuci pastu letak powder sekali. Kalau nak tahu hasil silakan mencuba tapi tyma pkai Carrie Junior punya powder.
Tragedi syawal berdarah.Baru semalam dikejutkan dengan dengan kejadian kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun mati dikelar ibu sendiri. Terbaru, malam tadi kanak-kanak perempuan pula maut akibat ditikam sebanyak 30 kali oleh saudara sendiri.
Budak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam saudaranya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
Difahamkan, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, di sini, mempunyai kira-kira 30 kesan tikaman di badan.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian jam 9.45 malam tadi.
“Suspek yang berusia 21 tahun tidak tinggal bersama mangsa dan keluarganya. Dia datang ke rumah berkenaan dan ketika itu hanya emak, nenek dan adik mangsa berada di rumah.
“Mangsa bermain dengan suspek di tingkat bawah manakala ibu mangsa tidur di tingkat atas bersama bayi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, nenek mangsa yang berada di tingkat bawah keluar sebelum pulang kira-kira 30 minit kemudian dan menemui mangsa di dalam stor dengan keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Keluarga berkenaan meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital swasta dan doktor yang memeriksa menemui kira-kira 30 kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga anak kecil ini. Syurgalah tempatmu wahai anak.Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini.
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang mengumpul barang-barang koleksi tertentu dan menyimpan barang-barang antik dan sebagainya. Tapi berlainan dengan Rosmaniza Mohammad yang suka menghias rumah sewanya dengan menggunakan tema Hello Kitty.
Walaupun kediaman yang diduduki bersama suaminya itu hanyalah rumah sewa tetapi dia tidak kisah untuk menghias dengan karakter kucing yang berwarna putih dan merah jambu ini.
Dari segi sentuhan dekorasi, dia menggunakan hiasan Hello Kitty pada langsir, meja makan dan bahagian ruang tamu. Malahan, kebanyakan barangan itu dibeli melalui online. Ada juga barang-barang hadiah daripada kawan-kawan yang sememangnya tahu minatnya pada ‘Hello Kitty’.
“Mungkin orang akan ingat, hiasan ini seperti budak-budak, tetapi bagi saya, ia memberi kepuasan dan rasanya semua orang mempunyai minat yang berbeza-beza.
“Saya juga tidak kisah untuk mencantikkan rumah, walaupun sekadar rumah sewa. Pemilik rumah pun tidak kisah macam mana kita dekorasi rumah, asalkan kita menjaga rumah itu dengan baik dan elok. Yang penting sewa bulanan tetap bayar,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Antara cabaran mak ayah bila memiliki anak- anak adalah untuk berlaku adil, tidak memilih kasih agar dapat memupuk ikatan kasih sayang diantara mereka. Meleraikan pergaduhan anak-anak juga satu tugas yang ‘mencabar’ bagi mak ayah, agar anak tidak berkecil hati dengan tindakan kita.Sebenarnya dalam mendidik anak-anak untuk erat berkasih sayang ada beberapa perkara yang mak ayah perlu ambil berat.
Dulu masa kecik saya selalu bergaduh dengan abang saya no 5.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abang saya.Mak selalu marah saya rotan saya.Pernah sekali saya pernah mencarut.Keluar perkataan bukan-bukan.
Semoga Allah maafkan saya.Abang-abang pun apa lagi tangkap saya dan mak ambil cili dan cilikan mulut saya.Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.Padahal tu salah abang saya.. Bukan salah saya. Saya rasalah.. Haha.
Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata
“Kalau anak kita bergaduh yang kecik dan besar.. Jangan marah yang besar.Sebab dia dah besar, malu dia depan adik dia, dia kena marah..Tapi marah yang adik..Nanti abang dia tengok adik dia kena marah si abang akan rasa kesian pada adiknya.”
Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atuk-atuk nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya.Tapi rupanya mereka ni orang tua-tua masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi “manusia”.
Ada sorang cikgu ni bagitau saya satu lagi ilmu..Macamana nak kasi anak-anak kita berkasih sayang.Rupanya dari kecil lagi kita kena latih mereka bagi hadiah sesama dia.” akak.. Ni hadiah adik bagi.. Akak cakap akak sayang adik…” kadang-kadang bagitau jugak dekat kakak.. “adik.. Ni kakak ada bagi hadiah..” sebenarnya kita yang bagi hadiah tu.. Tapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi.. Nanti mereka sayang antara mereka..
Sedih lihat hari ni.. Kadang-kadang pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak-anak yang lain.Saya baru faham sebenarnya setiap anak ni ada maruah masing-masing. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak-anak yang lain supaya mereka saling dapat sayang menyayangi. Hormat menghormati.
Sebab tu kadang-kadang saya di tanya.. “Anak saya ni makin besar dah makin tak nak ikut kami pergi mana-mana ustaz..budak-budak sekarang..” Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-Anak hari ni lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.Kita lebih suka bercakap dengan telifon dan senyum pada telifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..
Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam-macam profession.. MasyaAllah.. Masa kecik anak-anak mereka ni kalau datang raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur-tegur biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing-pusing makan ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang-sorang.
Bukan di hadapan anak-anak yang lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus.
Kadang-kadang perasan tak.. Kita kata dekat anak kita “ibu nak ahmad balik sebelum pukul 6.30..!” Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka. “Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul..” Kadang-kadang kita kedekut nak puji anak kita. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..
YaAllah tuahn kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw… Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak-anak kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak-anak kami sebagai pengahalang pada kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin
Anak-anak merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mak ayah.Bukan mudah untuk mendidik anak-anak, namun sebagai mak ayah seharusnya kita cuba mendidik dan membesarkan mereka dengan cara paling terbaik.Tambahlah ilmu keibubapaan dan ceduklah pengalaman daripada orang yang berpengalaman dalam mendidik anak-anak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Kongsikan juga pada mak ayah yang lain.
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.