Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang diganggu orang ketiga. Pasangan yang melalui saja tahu bagaimana deritanya. Sampai satu masa selepas puas bertahan, akhirnya ‘meletup’ juga.
Desas desus masalah rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dengan pelakon dan pengarah, Samsul Yusof sudah kedengaran beberapa tahun ini.
Selepas puas mengelak, mendedahkan punca gosip rumahtangganya diketahui umum. Akhirnya Puteri Sarah meluahkan rasa berangnya pada individu wanita yang mengganggu keamanan rumah tangganya itu.
Dakwanya di dalam instagram story miliknya, sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar ini menggangunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Kesabaran yang dipertahankan Puteri Sarah akhirnya meletus jua bila mana Ira mula menyentuh tentang anak-anaknya.
Empat Tahun Menanggung, Diganggu Fake Account, Komen Menyakitkan
Assalammualaikum w.b.t
Dari dulu until now I diganggu dengan fake account, diganggu dengan komen-komen yang menyakitkan hati I tapi takpe I sabar. U kacau mental I dari 2019 lagi.
Sampai kitaorang dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kitaorang berbaik, u ugut suami I pulak.
Hari ni I tengah busy dengan anak-anak, tiba-tiba I terima berita yang menyakitkan. Selama ni, apa u buat, u kacau I, I diam je dan sebab I nak jaga nama baik family.
Ads
Tapi kali ni rasanya U dah lebih sangat. Siap cakap pasal anak-anak I. U tu orang luar tak perlu masuk campur. What happened right now u & the rest of the world cuma tau surface sahaja.
Kali ini cukuplah U ganggu I lagi-lagi I nak pergi umrah. 4 years I menanggung.
Di bulan baik ni, I doakan korang berdua, IRA KAZA dan suami I diberikan hidayah. Berhari-hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.
Puteri Sarah juga mendakwa akan memanjangkan gangguan yang diterimanya ini di mahkamah. Malah, lapornya sebelum ini, dia juga pernah membuat laporan polis berkenaan pengganggu rumah tangganya itu.
Saat yang ditunggu bila balik kampung tentulah keseronokan bila dapat berkumpul adik beradik. Makin ramai adik beradik, makin meriah dan rasanya mahu penuh satu rumah dengan gelak tawa mereka.
Tak mustahil juga, walaupun adik beradik tak ramai, tapi penambahan anak cucu, ia tetap meriah juga. Maklumlah berkumpul adik beradik masa balik kampung mesti ada macam-macam cerita yang nak dikongsi.
Walau bagaimanapun, bila dah ramai adik beradik berkumpul, tentu ada ipar duai yang tak selesa untuk tidur di rumah orang tua. Sehinggakan ada sssetengah anak, mulalah ambil homestay atau ‘booking’ bilik hotel.
Tak salah pun, nak tidur hotel, tapi sebagai anak kenalah minta izin mak ayah, bimbang mereka terguris hati. Ada sebab-sebabnya anak nak kena tidur homestay atau hotel. Salah satunya tentang aurat ipar duai, anak-anak sepupu dan sebagainya.
Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya.
Air mukanya berubah. Katanya, “Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem. Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidoq di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu.
Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidur di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya.
Sampai di sini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yang masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
“Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yang membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu takut digigit nyamuk.
Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami. Saya tahu, depa jijik tengok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu.
Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibu bapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat di rumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia.”
TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK
Kesedihannya makin berlarutan.
Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ayah bonda.
Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah mak ayah seperti rumah kita.
Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup di rumah tuanya.
Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur di hotel kerana tak sanggup tidur di rumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.
Jika anak-anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yang orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.
Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dan sebagainya.
Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saudara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dengan kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.
Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu.
Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yang akan memahat dosa yang besar.
Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah.
Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak rasa jijik atau rumah kampung yang mak ayah kita tinggal kotor. Ingatlah, rumah itu kita membesar. Tapi kalau nak tidur hotel atau homestay atas sebab tidak muat adik beradik ramai. Beritahulah mak ayah, jangan guris perasan orang tua.
Tak dapat bayang bila raya tanpa mak ayah. Setiap tahun dah tentu tak sabar untuk balik beraya dengan mak ayah, adik beradik dan sanak saudara di kampung. Jem pun redah saja asalkan dapat bertemu dengan orang yang kita sayangi.
Apakan daya, semua ini atas aturan Allah. Inilah yang liku kehidupan yang dilalui oleh 3 adik beradik masih muda yang kehilangan mak ayah. Kini mereka raya tanpa mak ayah dan hanya menumpang kasih bapa saudara.
Peristiwa kemalangan yang berlaku 4 tahun lalu yang meragut mak ayah. Sekaligus menjadikan mereka yatim piatu bila mak ayah meninggal di tempat kejadian.
Bapa ini, Rashidee Abd Rashid memilih pakaikan baju raya awal untuk anak sulungnya Raudhah yang menghidap kanser otak tahap 4.
Merakam gambar kenangan bersama-sama dua orang adik-beradiknya yang lain. Redha bapa ini dengan ujian yang menimpa anaknya, dalam masa yang sama mengumpul kekuatan berdepan ujian hebat di bulan Ramadan ini.
Hari ni kakak dipakaikan Baju Raya.
Jika ditakdirkan kakak Diambil Allah sebelum Raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
Mohon Doa Dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan. Doakan Kami juga sebagai ibubapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah harini.kakak hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa suara.Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut Di kerongkong.
Alhamdulillah Kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian.
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi]
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.”
Perkongsian gambar kenangan tiga beradik berbaju kurung hijau sedondon bapa ini mengundang sebak di hati netizen. Rata-rata mendoakan kesembuhan kesihatan Raudhah.
Sebulan yang lalu Raudhah pernah meminta baju raya berwarna putih daripada ayahnya.
“Kelmarin kakak dah mula lemah untuk berjalan tetapi Masih boleh gerakkan kakinya. Tapi harini (20.03.22) kakinya langsung tak boleh digerakkan. Berat Badan pulak semakin susut, sebab dah beberapa hari kurang makan. Beratnya lebih kurang 14.8kg berumur 8 Tahun.
Doktor mengatakan “mungkin” sel kanser Dah menyerang saraf tunjang. Jika betul ianya adalah Kanser lepas ni dah tiada rawatan lagi. Doktor Akan inform setelah melihat MRI beberapa hari lagi.
Saja tanya dia haritu, kakak Raya ni nak pakai baju warna apa? Putih jawabnya. Meremang satu badan aku dengar. Warna lain taknak ke? Kataku. Putih tak cantik ke? dia membalas.. Baju sekolah pun putih, aku sambung..Kalau tak nak putih kakak nak Hitam .
Lepas tu nak mintak ke Sekolah. Terpaksa la dukung bawak pergi sekolah sebab dia masih tak dapat jalan.”
Dalam pada mengisi hari-hari bersama anak sulungnya itu, ibu bapa anak ini cuba usaha untuk menunaikan permintaan Raudhah.
Mingguan Wanita : “Kakak meminta Baju Raya Berwarna Putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan Kakak
Puteri Saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan Meninggal Dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. (2022)
Semalam tular kisah arwah Nur Aini Umairah, murid Tahun Dua yang maut dilanggar di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.