Nora sedih, Roslan Aziz diuji kanser. Perkhabaran duka Roslan Aziz yang kini menginjak usia 60 tahun, kini diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, figura yang merupakan penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu tidak pernah terlintas kini menghidap barah melepasi tahap empat.
Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.
Malah doktor juga memberitahu Roslan hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup.
Nora Sedih, Roslan Aziz Diuji Kanser
Sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Roslan, Datuk Nora Ariffin tumpang berasa sedih dengan perkhabaran tersebut.
Malah sempena bulan Ramadan penuh keberkatan ini Nora juga mengajak orang ramai berdoa agar Roslan mampu pulih seperti biasa.
“Please stay strong abg Lan.🙏
“ROSLAN AZIZ adalah figura yg telah menggabungkan saya & Dato Sheila Majid dlm lagu JENTAYU.
Ads
“Saya tumpang sedih & terpanggil bila mendapat tahu, abang Lan sedang diuji dengan kanser.
Banyak Berjasa Pada Industri
“Allahukbar.
“Abg Lan banyak berjasa pada industri & artis-artis hebat yg mungkin ramai tak tahu.
“JENTAYU sebuah lagu yg pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996.
“Ramai yg tahu kejayaan & kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid & arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi & Lirik oleh ayahnda Dato Dr Usman Awang. Hebat lagu ni.
“Tapi mungkin ramai yg tak tahu, ini adalah hasil idea creative dari saudara Roslan Aziz & Johan Nawawi. ROSLAN AZIZ adalah producer utk lagu ini.
“Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dgn Dato Sheila majid.
“Dia juga merupakan figura yg sangat hebat, disegani & dihormati oleh arwah Johan & semua rakan rakan industri.
“JENTAYU adalah sebuah lagu yg merupakan masterpiece utk sepanjang karya Johan Nawawi.
Ajal maut ditangan Allah SWT.
“Sempena ramadhan ayuh kita sama2 berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa.
Ads
“In Shaa Allah, STAY STRONG abg Lan,” luah Nora.
“Semoga Allah Beri Kesembuhan Buat Abang Lan” Warganet
Ramai warganet yang mendoakan kesembuhan buat Roslan Aziz.
Mawar usaha perbaiki hubungan dengan Allah. Heboh di media sosial tentang isu pelakon dan usahawan wanita berjaya, Mawar Rashid yang mengambil keputusan tidak lagi berhijab.
Tiada sebarang penjelasan dari Mawar selain kenyataan di akauan Instagramnya semalam yang memuat naik dua keping gambar tidak bertudung di hadapan cermin.
“Saya dah cuba. Tapi saya gagal. Minta maaf,” tulisnya yang mengaku gagal istiqamah dalam berhijab.
Mawar Usaha Perbaiki Hubungan Dengan Allah SWT
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Story, Mawar menyatakan tindakkannya tanggal tudung bukanlah contoh yang baik.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak menjawab semua yang bertanya mengenai keadaan saya. Saya baru membuka dan melihat telefon malam ni.
“Saya akan bagi kenyataan di sini saja ya. Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah saja,” tulisnya.
“Saya Gagal Kali Ini’
Pada masa yang sama, Mawar juga akui dirinya telah membuatkan ramai pihak kecewa.
“Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ini, tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Untuk rekos Mawar Rashid sebelum ini telah mengumumkan penghijrahannya pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mawar Rashid memohon agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.
Rutin harian kita memang sibuk sentiasa. Andai ada peranti seperti telefon pintar yang dapat memudahkan sebahagian besar aktiviti kita, ia memang satu rahmat. Bukan mudah nak uruskan keluarga dalam masa sama sibuk uruskan hal kerja! Kalau boleh mahukan yang cekap, mudah digunakan dan menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan ketika diguna.
Selain itu, bagi mengadaptasi gaya hidup masa kini, telefon pintar yang menjadi idaman tentulah lebih tahan lasak, ringan, bersaiz kompak dan lengkap dengan inovasi teknologi canggih bagi memenuhi keperluan berkomunikasi dan berhibur dalam satu masa!
Nak realisasikan semua ini bukan lagi mustahil kerana kita boleh temuinya menerusi Samsung Galaxy Z inovasi peranti terkini dilengkapi dengan teknologi yang memaksimakan dan melancarkan aktiviti harian.
Inovasi Hebat Penuhi Keperluan Semua
Apa yang menarik tentang Galaxy Z ini? Apa yang penting, Samsung benar-benar faham pengguna masa kini yang mahukan penggunaan yang lebih fleksibel dan versatil; inovasi peranti boleh lipat premium, saiz kompak yang senang dibawa, ringan dan tahan lasak.
Nampaknya , telefon boleh lipat kembali semula. Inilah sebenarnya salah satu kehebatan Samsung! Mengembalikan nostalgia kita ke era 90 an yang cukup popular dengan telefon boleh lipat dan di buka apabila ingin digunakan.
Sudah Tentu Galaxy Z Fold3 5G Tiada Tandingnya
Jika sebelum ini, dikatakan Galaxy Z Fold agak mahal, kini Galaxy Z Fold3 5G menawarkan bukan saja harga yang lebih berpatutan malah ia lengkap dengan ciri-ciri yang luar biasa. Reka bentuk dan inovasi baru inilah menjadi rujukan untuk trendsetter telefon bimbit masa depan.
Apa yang menarik tentang Galaxy Z Fold3 5G adalah dengan perincian dan ciri baru yang luar biasa seperti kamera bawah panel, rintang air dan sokongan S Pen. Malahan, paparan skrin utama dengan 7.6” Immersive Dynamic AMOLED 2x membuatkan kita terbuai dan asyik apabila menonton filem kegemaran mahupun permainan video.
Lebih mengujakan apabila skrinnya yang besar membolehkan kita mendapatkan permainan di Cover dan Main Screen dengan Super Smooth 120Hz. Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi teknologi Under Display Camera pertama untuk Galaxy Foldables, piksel berada di atas lubang kamera bagi memberikan kita pengalaman menonton dan bermain yang lancar tanpa gangguan.
Memandangkan Galaxy Z Fold3 5G menampilkan peranti boleh lipat yang lebih kuat dengan Rangka Logam Aluminium Amor berbanding sebelum ini, maka secara tidak langsung, ia mempunyai ketahanan dalam air (water resistant), rintang air sehingga IPX8. Ini memang ciri yang sangat diperlukan bagi kita yang lasak.
Kelebihan ini sangat mengujakan apatah lagi adanya S Pen yang direka khas untuk telefon pintar dengan pelbagai fungsi membolehkan kita membuat panggilan video dengan Flex Mode dan mencatat nota secara serentak.
Keistimewaan lain yang ada pada Galaxy Z Fold3 5G ini tentulah penggunan multi-window serbaguna. Kita tak perlu kembali pada skrin utama, sebaliknya dengan ada App Split View anda akan melihat lebih banyak maklumat tanpa berulang alik antara aplikasi lain. Siapa tak teruja jika begini hebatnya!
Galaxy Z Flip3 5G, Telefon Pintar Ekspresif, Lebih Kompak & Ringan
Dari segi fizikalnya, ia diekspresikan dengan reka bentuk yang ikonik, nipis dan ringan. Saiznya yang sebesar tapak tangan setelah dilipat, menjadikannya mudah disimpan di dalam poket. Malah, kita boleh membaca mesej dengan hanya melalui Skrin Penutup Informatif tanpa perlu membuka peranti.
Samsung juga turut memperkukuh fizikal Galaxy Z Flip3 5G untuk melindungi telefon dengan menggunakan Rangka Logam Aluminium Armor dan lapisan kaca Corning Gorilla Glass Victus di skrin yang lebih kuat dan kukuh berbanding Galaxy Z Flip sebelumnya.
Menariknya, bagi yang suka bersua foto, hasilnya sangat menakjubkan. Ia menghasilkan kualiti gambar semula jadi. Dan paling megujakan, kita boleh menonton rancangan kegemaran di Galaxy Z Flip3 5G dengan hanya meletakkan peranti di atas meja dalam keadaan Flex Mode.
Nak Tahu Tahap Kesihatan? Jam Pintar Siri Galaxy Watch4 Patut Dimiliki Sekarang
Bagi yang mementingkan kesihatan, inilah salah satu jam pintar yang boleh dijadikan pilihan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang diperbaharui dan dipertingkatkan (Wear OS Powered by Samsung).
Jam tangan pintar ini turut dilengkapi dengan Sensor BioActive Samsung yang dapat mengesan tahap kesihatan kita seperti oksigen dalam darah, degupan jantung dan komposisi badan.
Selain daripada itu, peranti ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian. Malah, ciri-ciri ini membolehkan kita mengukur komposisi badan dengan lebih mudah seperti ukuran jisim otot rangka, kadar metabolisme, peratusan air dan lemak badan. Walau bagaimanapun, jangan menggunakan ciri-ciri bagi anda yang memasang alat pacu jantung (pacemaker) atau alat perubatan implan lain dan juga jika anda hamil.
Malah, kita boleh memilih pelbagai panduan senaman, menikmati cabaran berkumpulan bersama kawan dan keluarga. Kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung dipaparkan pada skrin untuk penjejakan lebih mudah.
Selain itu, jam pintar ini turut memberikan gambaran tentang corak tidur dan mengesan bunyi dengkuran, mengukur tahap oksigen dalam darah ketika tidur dan sebagainya. Memang menarikkan?
Ada lagi! Selain dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan anda untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan anda – dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps dan perkhidmatan Galaxy yang digemari seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby. Platform baharu ini juga turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play.
Didatangkan dengan dua pilihan yang menarik iaitu Galaxy Watch4 untuk kita yang nak tampil moden dan minimalis dan digunakan sepanjang hari. Manakala Galaxy Watch4 Classic pula rekaannya lebih premium, tampak mewah dengan bezel berputar.
Bagi yang memang suka berbelanja secara atas talian, jangan terkejut, jam tangan pintar ini mampu berfungsi membuat pembayaran pantas melalui Dompet Digital seperti Samsung Pay.
Galaxy Buds2 Paling Selesa, Kecil Dan Kualiti Bunyi Premium
Salah satu yang turut melengkapkan Galaxy Z ini adalah fon telinga tanpa wayar yang direka untuk keselesaan ketika dipakai sepanjang hari yang mampu memberikan kualiti bunyi premium kepada telefon pintar dan jam pintar Galaxy.
Galaxy Buds2 ini dilengkapi dengan pembesar suara dua arah (woofer dan tweeter) yang membuatkan semua bunyi dalam keadaan harmoni dan sempurna. Reka bentuk yang melengkung dapat meneutralkan bunyi.
Terdapat tiga sistem mikrofon dengan unit pengambilan suara (VPU) untuk kualiti panggilan yang sangat jelas dan Active Noise Cancelling untuk menyekat kebisingan yang tidak diingini. Untuk kesesuaian yang lebih sempurna, Samsung mengembangkan Earbud Fit Test di aplikasi Galaxy Wearable bagi memaksimumkan keseronokan mendengar untuk anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baharu Samsung, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.
Bagi Galaxy Z Fold3 5G pula, anda yang ingin menikmati tawaran pra-tempahan sebanyak RM850 e-baucar dan Samsung Care+ bernilai RM799, boleh mendaftar minat anda melalui pautan ini dari 8 September hingga 21 September 2021: www.samsung.com/my/galaxy-z-fold3-register/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Minyak angin gantikan bunga dan pen, hadiah hari guru paling ‘rare’ buat cikgu BM ini. Jika kebiasaannya guru menerima bunga atau pen sempena Hari Guru, lain pula kisah seorang guru Bahasa Melayu ini yang mendapat hadiah tak dijangka, sebotol minyak angin cap kapak daripada salah seorang muridnya.
Minyak Angin Gantikan Bunga Dan Pen, Hadiah Hari Guru Paling ‘Rare’ Buat Cikgu BM Ini
Fatin Nur Farhana Ruslan, yang sudah empat tahun mengajar, menganggap pemberian itu sebagai pengalaman luar biasa dalam kerjayanya sebagai pendidik. Malah, beliau tidak menyangka video ringkas tentang hadiah tersebut yang dimuat naik ke TikTok menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi lucu serta positif daripada warga maya.
“Video itu sebenarnya dirakam tahun lepas, tapi baru saya kongsikan di media sosial sebab Hari Guru jatuh pada Jumaat ini, 16 Mei. Saya fikir, mungkin boleh beri inspirasi kepada murid dan ibu bapa tentang idea hadiah yang lain daripada biasa,” katanya.
Rakaman berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang murid lelaki berbangsa Cina memberikan minyak angin cap kapak kepada cikgunya sebagai hadiah Hari Guru. Aksinya yang bersahaja membuat ramai tersenyum, dan ada yang menyifatkan ia sebagai hadiah yang amat berguna terutamanya buat guru yang penat berdiri dan bercakap seharian di kelas.
Fatin turut berkongsi bahawa bukan beliau sahaja yang menerima hadiah istimewa itu, malah guru-guru lain yang mengajar murid tersebut turut mendapat minyak angin yang sama.
“Saya beritahu murid itu yang videonya dah viral, dan dia sangat teruja! Katanya, tahun ini dia nak beri hadiah serupa tapi dengan jenis minyak angin yang berbeza. Siap rancang nak rakam video baru pula,” tambah Fatin dengan nada terhibur.
Walaupun dianggap ‘simple’, Fatin mengakui hadiah itu sangat praktikal dan dihargai oleh guru-guru.
Fatin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan berharap sambutan ini terus menyuntik semangat buat guru-guru untuk terus mengajar dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...