Memakai pelitup muka bagaikan satu keperluan harian buat setiap orang, dalam melindungi diri jangkitan virus covid. Tak kiralah beli daripada pengeluar tempatan mahupun luar negara, tanpa mengira garis panduan yang mematuhi standard, kualiti dan selamat digunakan.

Namun demikian, berkuat kuasa 4 Julai depan, peringatan buat semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.

Baca Lagi Di Sini: Ahli Perniagaan Tempah Pelitup Muka Daripada Emas Harga RM236,000

Mematuhi Standard Keselamatan

Menurut KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.

“Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

“Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan,” menurut kementerian itu.

KPDNHEP berkata pewartaan berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia itu dapat menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Justeru kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.

IKLAN

Ni antara harga pelitup muka yang perakuan SIRIM: https://invol.co/cla7r67

Boleh Dikenakan Denda

Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Boleh Didenda, Mulai 4 Julai Pelitup Muka Kena Ada Perakuan SIRIM!

IKLAN

Mesti Baca: Artis Brazil Lukis Atas Pelitup Muka, Bila Pakai Seperti Tunjuk Muka Sebenar

Lagi Menarik: Bayi Tak Perlu Pakai Pelitup Muka, Cara Terbaik Duduk Di Rumah

Boleh Didenda, Mulai 4 Julai Pelitup Muka Kena Ada Perakuan SIRIM!

Mingguan Wanita:Jadi mulai 4 Julai nanti, bersiap sedialah iya pastikan pelitup muka yang dijual, mahupun yang digunakan nanti ada perakuan SIRIM iya. 

IKLAN

Sumber: Astro Awani

Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Hati-hati tiga golongan yang tak dapat masuk syurga ini iya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI