Ads

Rezeki Di Sebalik Kostum, Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak

ibu tunggal
ibu tunggal

Hebatnya semangat ibu tunggal ini, memilih pakai kostum comel untuk menarik minat pelanggan kanak-kanak di sekitar Rawang. Bukan mudah untuk mencari duit tetapi kalau rajin, mesti rezeki akan masuk.

Rezeki Di Sebalik Kostum

Rezeki Di Sebalik Kostum, Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak

 

Menurut Puan Nur Shamimi Md Shaied, ibu muda berumur 29 tahun ini nekad berniaga Ketam Stick Balut Telur dengan memakai kostum demi sesuap nasi dan bekalan dapur rumahnya.

Ads

 

Rezeki Di Sebalik Kostum, Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak

Ads

 

Memilih jual makanan ini sebab budak-budak suka, siap dengan sos cuma RM1.50 secucuk.

Ads

“Saya meniaga di lokasi Rawang. Saya pusing-pusing semua tempat taman dalam kawasan Rawang.

“Setakat ini jualan macam ini dapatlah RM25-30 sehari. Alhamdulillah, boleh tampung perbelanjaan anak-anak dan barang dapur setiap hari,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak

Rezeki Di Sebalik Kostum, Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak

Bercerita soal semangat untuk berniaga sambal pakai kostum ini, pada awalnya Puan Mimi rasa agak malu. Tetapi anak-anaknya bagi semangat. Masih kecil anaknya, masing-masing berumur 9 tahun, 7 tahun dan 1 tahun.
“Saya cakap pada anak, ‘Umi malu lah. Tapi Umi kena cari rezeki’…” 
“Namun dua anak bujang saya cakap, ‘umi tak payah malu. Orang tak gelakkan Umi pun. Semua orang suka tengok macam ini. Nanti orang suka beli.’ Jantung saya terus berdegup laju sebab anak anak bagi semangat!”
Rezeki Di Sebalik Kostum, Ibu Tunggal Buang Rasa Malu Demi Tiga Anak
Betul orang kata, anak-anak ini lah kekuatan saat ibu berada di titik terendah.
“Hari ini saya tolak tepi ‘rasa malu’ demi rezeki halal. Demi anak anak.
“Saya tak boleh cari kerja tetap lagi sebab anak saya fully breastfeed.
“Baby saya tak nak botol langsung. Tak apa lah… Umi tak paksa. Yang penting membesar sihat,” jelasnya.
Bagi Puan Mimi, biarlah anak kecilnya besar, baru lah cari kerja tetap. Dua abangnya pun dah besar. Alhamdulillah, memudahkan urusan jaga adik.
Haaa… kalau anda berada di sekitar Rawang dan nampak Puan Mimi berniaga, boleh lah datang singgah beli. Tidak meminta lebih, cukup jika orang ramai doakan agar bisnes Ketam Stick Balut Telur laku keras setiap hari!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pantai Tanjung Lompat

Tragedi Pantai Tanjung Lompat, Kakak Tak Tahu Adik Keluar Berkhemah Tepi...

Kegembiraan enam remaja yang keluar untuk mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, akhirnya bertukar menjadi tragedi yang meruntun hati.