Ads

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

Hadiah Hari Guru
Hadiah Hari Guru

Biasanya bulan Mei mak-mak akan kalut dengan hadiah hari guru, bukan cikgu minta tetapi ramai yang memilih untuk bahagiakan hati seorang cikgu walau harganya tidaklah mahal.

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

 

Kali ini ada satu kisah menarik yang dikongsikan oleh Cikgu Ali, seorang guru yang menerima hadih sebungkus kuih tradisional, tidak banyak tetapi usahanya itu buat orang tercuit emosi. Yang tengok pasti akan puji usaha anak murid ini.

Kategori anak yang luar biasa. Tak meminta, cari inisiatif sendiri untuk memberi. Dan alhamdulilah, Cikgu Ali terima dan suka dengan usaha anak muridnya. Kongsinya di media sosial:

“Ini adalah hadiah hari guru yang paling buat saya bergenang air mata setiap kali teringat. Waktu ini dia selalu tanya cikgu dah buka ke belum.

Ads

“Kebetulan hari itu sibuk di sekolah jadi malam baru saya buka. Effort dia lukis bintang and wrap makanan itu elok-elok.

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

“Waktu ini juga dia menyorok belakang tiang tak silap sebab malu tak sama dengan hadiah orang lain. Tapi dia tak tahu inilah yang salah satunya cikgu dia paling ingat paling simpan gambar ini.

“The next day saya buatkan dia dan kawan sekelas dia kek batik. Makan ramai- ramai.”

Ads

Pelajar ini sudah sekolah menengah. Semoga dia berjaya dunia akhirat. Itu doa daripada seorang guru yang tersentuh emosinya atas kebaikan murid.

Usaha Guru nak Gembirakan Murid

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

Dari sudut lain, Cikgu ini juga cukup rajin sediakan kek buat anak muridnya. Ini salah satu, Cheesekut Kek Batik by Mr. Ali untuk meraikan kerajinan anak murid darjah 5 di sekolah.

BACA ARTIKEL: 23 Hadiah Hari Guru Paling Berguna & Function, Cikgu Sendiri Confirm Suka!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Alhamdullilah semua kata sedap!” tulisnya di Thread.

Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

Hadiah Hari Guru Paling Buat Cikgu Bergenang Air Mata, Mungkin Biasa Di Mata Orang Lain Tapi Effort Itu Mahal

Apa pun, sebagai mak ayah kita kena didik anak-anak untuk hargai dan hormat guru. Setakat bebel atau marah-marah sebab tak buat kerja sekolah, sila izinkan. Bukan senang nak mencorakkan murid-murid zaman sekarang, kena sado dan dalam masa yang sama kena ada rasa tanggungjawab.

Jadi sempena hari guru beberapa hari lagi, kita ucapkan Selamat hari Guru buat Cikgu Ali. Semoga Allah balas kebaikan guru ini dalam jutaan kebaikan atas keikhlasan mengajar anak muridnya.

Gambar: Cikgu Ali

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

agro penjaja-i

Agrobank Lancar Agro Penjaja-i, Peniaga Kini Boleh Mohon Pembiayaan Hingga RM100,000

Agro Penjaja-i dilancarkan Agrobank bagi membantu penjaja dan usahawan mikro melalui pembiayaan, latihan keusahawanan dan sokongan digital.