Jangan salahkan isteri tak ada anak, timbalan Menteri KPWKM dedah masalah kesuburan lelaki di tahap membimbangkan. Berkahwin dan kemudian tidak dikurniakan anak adalah dilema perasaan yang dihadapi isteri.

Perasaan bersalah tidak mampu memberikan suami zuriat antara yang sering membuatkan wanita rela dimadukan dalam diam selain redha andai suami berkahwin lain atas alasan anak ini. Namun hari ini,jangan pernah menyalahkan diri sendiri kerana ada juga perkahwinan tidak dikurniakan anak kerana masalah itu datangnya dari lelaki.

Jangan Salahkan Isteri Tak Ada Anak

Satu pendedahan dari Timbalan Menteri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu di Dewan Negara semalam memaklumkan, masalah masalah kesuburan kaum lelaki di negara ini berada pada tahap membimbangkan.

Jangan Salahkan Isteri Tak Ada Anak, Timbalan Menteri KPWKM Dedah Masalah Kesuburan Lelaki Di Tahap Membimbangkan

Jelas YB Aiman Athirah Sabu, ia berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

“Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Durjana Seorang Lelaki, Berani Pukul Isteri Kedua Di Khalayak Ramai. Anak Kecil Menangis Minta Tolong

IKLAN

Sanggup Block Bekas Pasangan! Mak, Ayah Yang Bercerai, Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa

“Kalau Ada Menyatakan Anak Autisme Punca Penceraian Ibu Bapa, Saya Tak Bersetuju” Nor Azlinda

Bercerai Itu Hanyalah Suami Isteri, Sharnaaz Komited Tak Pernah Lupa Lawat Anak Setiap Hari

Biar Bercerai, Baby Musa Jadi Pengikat Kasih Noh – Mizz Nina. Bergilir Jaga Anak

IKLAN

Timbalan Menteri KPWKM Dedah Masalah Kesuburan Lelaki Di Tahap Membimbangkan

Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Katanya, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudukan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.

“Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.

“Dalam usaha bantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 … di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata inisiatif rawatan di fasiliti LPPKN itu sehingga kini telah berjaya mencatat 6,000 kehamilan dan 4,000 kelahiran yang merupakan satu pencapaian setanding pusat rawatan kesuburan antarabangsa.

Katanya, antara faktor menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan rakyat ialah perubahan gaya hidup dan kos sara hidup tinggi sehingga pasangan mengambil keputusan mengehadkan jumlah anak, peningkatan bilangan wanita berpendidikan, penyertaan wanita dalam tenaga buruh selain lewat berkahwin sehingga memendekkan usia reproduktif. Kredit :-BERNAMA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bukan senang melupakan bila suami  cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita. 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI