Bila mak, ayah bercerai janganlah sampai anak jadi mangsa.

Sanggup block bekas pasangan! Mak, ayah yang bercerai, jangan sampai anak jadi mangsa. Sesungguhnya bila mak, ayah bercerai, masalah anak menjadi perebutan selain daripada harta sepencarian.

Bayangkan anak-anak terpaksa memilih sama ada untuk tinggal bersama mak atau ayah setelah berlakunya penceraian antara mak dan ayah.

Bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun anak-anak terpaksa akur dengan ketentuan dalam usia yang mentah. Oleh itu mak, ayah jika kalian memilih untuk bercerai, fikirlah tentang anak-anak.

Sanggup Block Bekas Pasangan!

Jangan jadikan mereka mangsa keadaan. Kongsi Peguam Syarie, Cahaya Mata Nur Ain, jangan block, halang atau sekat!!!

Biasa kita dengar kan, kalau laki bini bercerai, ada anak, masing-masing sibuk hendak berebut hak jagaan. Sudah dapat hak jagaan, halang pulak pihak yang lagi satu daripada tengok anak atau bermalam dan akses dengan anak tersebut.

Mengapa situasi ini terjadi? Jujur saya katakan dalam hal ini, majoritinya adalah golongan bapa yang tertindas. Mengatakan ibu tak bagi tengok anak, nak call atau video call pun tak boleh sebab nombor sudah di block.

IKLAN

Mak, Ayah Yang Bercerai

Tapi nafkah nak tiap-tiap bulan atau, ibu guna alasan sebab bapa tak bagi duit, jadi tak boleh jumpa anak.

Malah tak kurang juga golongan para ibu yang tertindas. Masih belum ada hak jagaan lagi, wujud juga golongan bapa yang sudah bawa lari anak, yang block nombor ibu dari berkomunikasi untuk tahu segala perkembangan anak-anak tersebut.

Ada yang bernasib baik, ibu rela hati bagi anak pada bapa, sampai satu masa sudah kahwin lain, bagi pelbagai alasan tak bagi ibu kandung tengok anak, alasan nak jaga hati ibu tiri.

Jangan Sampai Anak Jadi Mangsa

Wahai ibu… wahai bapa… Yang bercerai itu, laki bini saja. Jangan sampai anak-anak jadi mangsa. Istilah kasarnya, nak buat anak sama-sama, perlukan kerjasama suami isteri, kenapa bila dah cerai, masing-masing berebut anak, dan tidak boleh bertolak ansur?

IKLAN

Nampak sangat ibu, bapa yang halang pihak satu lagi untuk akses anak-anak umpama takut dengan baying-bayang sendiri. Masing-masing hendak tunjuk dia sajalah yang boleh jaga anak, ada pulak tu siap hasut anak-anak bencikan ibu atau bapa dia. Sekali fikir macam kanak-kanak bukan ?

Saya tak boleh hendak fikir bagi siapa yang sanggup bertindak atau berbuat sedemikian. Di mana hati anda sebagai seorang ibu atau bapa? Di mana sifat perikemanusiaan anda.

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Dua Kali Perkahwinan Gagal, Wanita Ini Berdepan Dengan Tekanan Selepas Bercerai

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

“Selepas 10 Tahun Bercerai, Allah Satukan Kami Kembali”

Mingguan Wanita : Memang berpisah bukanlah dambaan setiap pasangan yang telah berkahwin, namun jika tertulis begitu apalah daya kita sebagai manusia. Namun bila berpisah, mak ayah tolonglah matang dan jangan ikutkan dendam di hati, jangan pisahkan anak-anak dengan mak atau ayah kandungnya.

Sumber : Cahaya Mata Nur Ain

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI