Sumber/Sumber Foto : Instagram Rafidah Ibrahim

Keguguran kandungan sulung, Rafidah Ibrahim sedih namun reda. Begitulah berita sedih yang dikongsikan oleh pelakon ini menerusi akaun Instagramnya. Rafidah juga memaklumkan bahawa dia mengakui berasa amat sedih, namun reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Perkhabaran duka tersebut  sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat Rafidah dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib.

Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”

Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda 

“Kehilangan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.

“Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.

“Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yang terbaik buat kami.

Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”
Dugaan buat suami isteri ini.

Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”

Sesuatu (Berbentuk Pejal) Telah Keluar

“Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat.

“Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku, pada hari yg sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yg ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.

“Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran.

“Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah S.W.T itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.

IKLAN

Bersyukur Nikmat Kegembiraan Yang Dipinjamkan Sementara

“Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yg dipinjamkan sementara itu.

“Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik.

“Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh.

“Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yang sedang menghadapi ujian yang dilalui dengan sabar,” kongsi Rafidah.

Baca Disini Juga: 

Fida Ibrahim Selamat Bernikah, Lebih Bermakna Dapat Sarung Baju Kebaya Dijahit Arwah Mak

IKLAN

Perkahwinan Genap 15 Tahun, Pernah 13 Kali Isteri Keguguran – Fazley Yaakob

Rider Terlantar Tidak Boleh Bekerja Selepas Kemalangan, Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran

Mingguan Wanita : Berharap agar Fida terus sabar ya, semoga selepas ini akan dikurniakan lagi rezeki untuk hamil. 

Sumber/Sumber Foto : Instagram Rafidah Ibrahim

KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Keguguran Kandungan Sulung, Rafidah Ibrahim Sedih Namun Reda “Doktor Terpaksa Membuat Proses Cuci”

IKLAN

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI