berpada-pada

Wanita ini, Cik Puan Ammy (CPA) berkongsi pesanan agar berpada-pada lah dalam berkongsi kebahagiaan. Bimbang dikhuatiri terkena pandangan mata jahat atau lebih dikenali sebagai penyakit ‘ain’ ini.

Ianya bukan saja terjadi, sama ada berkongsi di media sosial semata. Kadangkala, boleh saja berlaku di sekeliling kita.

Hadamkan perkongsiannya dan bagaimana cara melindungi diri dari penyakit ini sebagaimana yang disarankan oleh seorang ustaz.

Sebelum Memuji Keindahan, Lakukan Ini Dahulu

‘Ain…

Suka melihat rupa yang cantik, yang lawa, yang manis, yang comel dan serupa dengannya.?

Suka memuji rupa yang cantik, yang lawa, yang manis, yang comel dan serupa dengannya.?

Mestilah suka kan.? Siapa yang tidak suka pada sesuatu keindahan.? Lebih-lebih lagi jika yang indah itu adalah anak kita, adik beradik kita, pasangan kita, keluarga kita ataupun kawan-kawan kita. Betul tak.?

Jadi, sebelum meletakkan sesuatu pujian terhadap keindahan itu… Mulakan lah dengan… ‘MASYAALLAH… TABARAKALLAH’ supaya yang dipuji itu terlepas daripada penyakit Ain…

  • Contohnya…
  • Masyaallah tabarakallah cantiknya kamu…
  • Atau Masyaallah tabarakallah comelnya kamu…
  • Masyaallah tabarakallah pandainya kamu…
  • Dan…. Bergitulah seterusnya…

Apa Itu Penyakit Ain

CPA yakin mesti semua tahu apa itu penyakit ‘Ain kerana ianya sedang hangat diperkatakan dalam media sosial. Bagi yang masih tidak mengetahui nya mari CPA terangkan serba sedikit apa itu penyakit ‘Ain semoga ianya bermanfaat kepada para pembaca.

Penyakit ‘Ain ini adalah penyakit yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Penyakit ‘Ain ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata. Sama ada terlalu sukakan (obses) kepada kecantikan dan kejayaan (taksub) seseorang itu.

Ataupun pandangan mata yang tersimpan perasaan iri hati dan hasad dengki ke atas kecantikan dan kejayaan seseorang. Pandangan mata yang boleh mempengaruhi perasaan dan fizikal seseorang.

Penyakit ini bukannya sihir tau tetapi bahananya adalah sama seperti sihir kerana si pengidapnya akan kelihatan sangat menderita keadaannya sama seperti terkena sihir.

IKLAN

Makluman bersama, sihir ini melibatkan antara manusia dengan jin. Berbeza pula dengan Penyakit ‘Ain. Ia akibat pandangan mata seseorang kepada seseorang yang lain tidak kiralah samada memandang bersama pujian (taksub) ataupun memandang dengan perasaan hasad dan dengki.

Berpada-pada Tayang Kebahagiaan

Ia tidak semestinya terjadi dengan ‘up’ gambar atau bercerita di sosmed sahaja. Ia juga boleh terjadi di sekeliling kita. Jadi sentiasa berpada-pada lah menayang kebahagian dan kesenangan kita supaya kita dijauhi daripada Penyakit ‘Ain ini.

Sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia tidak menarik perhatian mata yang memandang sehingga menjurus kita mendapat ‘panahan mata jahat’.

Tanda-tanda Terkena Penyakit Ain

Antara tanda-tanda terkena Penyakit ‘Ain

1. Wajah nampak pucat seperti orang sakit.
2. Tubuh badan yang selalu lemah dan tidak bersemangat.
3. Badan selalu demam panas.
4. Emosi yang tidak stabil dan selalu marah-marah tanpa sebab.
5. Dibenci oleh ahli keluarganya sendiri dan orang sekeliling sehingga boleh menyebabkan dia hilang jawatan. Jika seseorang itu berniaga, perniagaannya lingkup disebabkan hasad dengki orang lain yang melihatnya.
6. Bermimpi sesuatu yang pelik.
7. Ada juga yang mengalami sakit-sakit seperti terkena sihir.

Cara Untuk Mengubati

Bersama ini CPA kongsikan juga cara untuk mengubati nya dan menghindarinya yang CPA dapat melalui perkongsian seorang ustaz.

Beliau menasihati sekiranya kita perasan antara 7 tanda-tanda itu ada pada kita segeralah mencari penawarnya dengan membaca sendiri ayat-ayat ruqyah yang ada terkandung di dalam Al-Quran.

IKLAN

Atau minta tolong orang lain turut sama membacakannya, in Sha Allah penyakit tersebut akan pulih dengan izin-Nya jika dilakukan secara istiqamah. Cuma, ia mengambil masa untuk pulih.

Untuk menghindari daripada terkena Penyakit ‘Ain ini pula, amalkan bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur.

Alhamdulillah CPA juga sudah mula mengamalkannya kerana Al-Mulk mempunyai banyak kelebihan selain menjadi pendinding kita daripada sihir, gangguan jin dan juga iblis laknatullah.

Tidak hafal..? ‘Handfon’ kan ada… Sebelum buka ruangan sosmed, luangkanlah masa untuk membaca Al-Mulk demi kebaikan kita dan ahli keluarga kita.

Sebelum memejamkan mata, maafkanlah kesalahan orang kepada kita tidak kiralah apa juga yang dilakukan kepada kita. Ia akan membuatkan hati kita dan mereka yang telah kita maafkan juga menjadi tenang. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT kerana

Baca Doa Setiap Kali Keluar Rumah

Dia yang Maha Berkuasa dan sebaik-baik pelindung,

Setiap kali keluar rumah, bacalah ayatul Kursi sebagai benteng. In Sha Allah ia akan menjadi pendinding kepada kita daripada perkara yang buruk, salah satunya adalah Penyakit ‘Ain.

IKLAN

Amalkan juga doa

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
‘Bismillahillazi layadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wala fis sama’i wa huwassami’ul ‘alim.
(Dengan nama ALLAH yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan merbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)’

Doa-doa yang dibaca perlulah istiqamah untuk menjadi pendinding diri daripada segala hasad dengki manusia atau Penyakit ‘Ain yang mungkin ada di sekeliling kita.

Wallahualam….

Terima kasih kerana sudi membaca sedikit penulisan mengenai Penyakit ‘Ain ini dan ia adalah satu perkongsian ilmu yang CPA dapat lalu CPA kongsi kan bersama pembaca yang lain. Yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk adalah daripada diri kita sendiri…

Semoga bermanfaat.

Mingguan Wanita : Sentiasa berpada-pada dalam melakukan apa saja.

Salam sayang,

Baca sini : Sihir ain, hati-hati penyakit disebabkan pandangan mata orang lain

Sumber : #CikPuanAmmyTulis.
Gambar daripada sumber Google.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI