Apabila ada perasaan gembira mahu pun sedih,mesti ada yang suka kongsi gambar mahu pun kisah di media sosial. Inilah gambaran yang boleh dikongsi oleh semua kawan-kawan di alam maya.

Namum, tanpa kita sedar, ini jugalah yang menyebabkan kepada penyakit ain, apatah lagi, ramai mata yang memandang pada apa yang kita kongsi gambar tadi. Kita tak tahu hati orang yang memandang. Ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengeji dalam diam.

Penyakit ‘ain yang sering berlaku akibat gangguan disebabkan pandangan mata yang disertai oleh iri hati dan dengki. Apa yang kita kongsi gambar inilah boleh membawa kepada penyakit ain.

Dalam bercerita tentang penyakit ain ini, kongsi gambar bayi yang baru lahir juga boleh membawa kepada penyakit ain, tanpa kita sedar. Sebab itu, ada sesetengah orang yang tidak tunjukkan gambar anaknya semasa dalam pantang.

Bukan ‘kekwat’ tapi kita tak tahu apa pandangan mata orang lain. Ada yang memuji dan tak kurang juga tidak senang dengan apa yang kita ada ini. Berpada-padalah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sakit Sebab SIHIR AIN, Elakkan Bercerita Terlalu Kerap Tentang Nikmat Pinjaman Allah

Berpada-Pada Up Gambar, Ramai Memuji Tapi Ada Membenci, Takut Terkena Penyakit ‘Ain

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Kongsi Gambar Bayi, Berpada-pada!

CIRI-CIRI BAYI YANG TERKENA ‘AIN

Sering kali ibu-ibu bingung bila anaknya menangis tak berhenti-henti tanpa sebab. Ada bayi yang mulanya menyusu tapi secara tiba-tiba tidak mahu menyusu. Daripada anak elok diam, tiba-tiba menangis tak henti-henti.

Mungkin ada banyak faktor bayi yang elok terus meragam tiba-tiba. Mungkin ini salah satu bayi terkena penyakit ain kita tak tahu dan boleh lihat ciri-cirinya.

IKLAN

Berikut ciri-ciri bayi yang terkena ‘ain, di antaranya

1. Badan panas bukan kerana demam.
2. Selalu menangis dan tidak mahu minum susu.
3. Kurus kering seperti kekurangan gizi padahal makanan mencukupi.
4. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
5. Denyutan jantung tak menentu dan kadang-kadang berdengup kencang.

Jika mak-mak di rumah mengalami hal di atas dan selama ini mak-makmasih aktif berkongsi gambar anak di IG, FB, WA dan swbagainya. Jadi, patut curiga kalau bayi terkena ‘ain.

Penyakit ain daripada siapa? Kita tak tahu. Mungkin ada sesiapa saja yang memuji anak kita baik secara terang-terangan dan tak kurang juga diam-diam.

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

العين حق، ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين
“Ain itu benar-benar ada! Andaikan ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, sungguh ‘ain itu yang bisa” (HR. Muslim no. 2188).

Dari Aisyah radhiallahu’anha, ia berkata:

كانَ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ يَأْمُرُنِي أَنْ أَسْتَرْقِيَ مِنَ العَيْنِ
“Dahulu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memintaku agar aku diruqyah untuk menyembuhkan ‘ain” (HR. Muslim no.2195).

IKLAN

Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

أكثرُ مَن يموت بعدَ قضاءِ اللهِ وقَدَرِهِ بالعينِ
“Sebab paling banyak yang menyebabkan kematian pada umatku setelah takdir Allah adalah ain” (HR. Al Bazzar dalam Kasyful Astar [3/ 404], dihasankan oleh Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no.1206)

Sumber: Lebah Labibah

Cegah & Rawat

Cara ini boleh diamalkan oleh mereka yang terkena penyakit ain. Moga ia membantu.

Bagaimana kaedah mencegah dan merawatnya???

Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan merawatnya, antaranya melalui kaedah mandian dan minum air doa yang telah di doakan. Amalannya ialah:

I. Bacakan Surah Al-Fatihah 3x
II. Bacakan Ayatul Kursi 3x
III. Zikirkan ayat berikut 100x:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
IV. Bacakan ayat berikut sebanyak 9x:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ

Amalan di atas boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari terkena pandangan ‘ain orang lain pada diri kita. Jika ada yang sudah terkena penyakit ini, maka bacakan amalan itu pada air dan hendaklah diberikan minum dan dibuat mandian kepada pesakit tersebut.

IKLAN

Sumber: pancarannur.com

Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi daripada penyakit ain. Berpada-pada jika ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Kita tak tahu hati masing-masing.

Baca Artikel Lagi DI SINI: Hati-hati Dengan Penyakit Ain Atau Pandangan Benci Orang, Wanita Ini Kongsi Panduan Hindarinya!

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI