Ads

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik, Ini Tip Nak Lena Mudah

Tak Cukup Tidur
Tak Cukup Tidur

Jangan pandang remeh kalau setiap hari tak cukup tidur sebab kekurangan tidur secara berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti masalah darah tinggi.

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik, Ini Tip Nak Lena Mudah

Menurut Hello Doktor, kekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau hipertensi dalam kalangan kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Orang dewasa disyorkan untuk mendapatkan tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

Jika kurang daripada enam jam, kesihatan akan mula terjejas dan kesan buruk bakal berlaku seperti risiko serangan sakit jantung, obesiti dan diabetes.

Tekanan darah akan turun secara semula jadi ketika seseorang sedang tidur seperti biasa dan dikenali sebagai nocturnal dipping.

Ini merupakan cara badan berehat dan membolehkan sistem kardiovaskular pulih.

Namun, apabila seseorang kurang tidur, corak ini akan terganggu. Tekanan darah kekal tinggi lebih lama daripada sepatutnya, terutama pada waktu malam.

Keadaan ini dikenali sebagai hipertensi nokturnal dan menjadi punca sesetengah orang mengalami tekanan darah tinggi pada waktu malam atau ketika bangun tidur.

Tambahan pula, hormon tekanan seperti kortisol dan adrenalin akan kekal tinggi, sistem saraf simpatetik, iaitu mod “lawan atau lari” badan akan kekal aktif sehingga saluran darah kembali seperti biasa.

Lama-kelamaan, badan hilang keupayaan untuk mengawal tekanan darah dengan baik.

Kesannya Bukan Sekadar Darah Tinggi Sahaja

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik, Ini Tip Nak Lena Mudah

Apabila kualiti tidur serta waktu tidur anda terjejas, jantung juga turut terjejas. Kekurangan tidur berterusan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan jantung seperti berikut:

Ads
  • Hipertensi atau tekanan darah tinggi Aritmia atau degupan jantung yang tidak teratur.
  • Peningkatan risiko serangan jantung dan strok.
  • Penebalan otot jantung (left ventricular hypertrophy).

Semakin lama seseorang kurang tidur, semakin kuat jantungnya bekerja dan kesannya ia tidak dapat berehat dan pulih semula seperti sepatutnya.

Penggunaan Gajet Buat Ramai Sukar Tidur, Warga Emas Pun Sama

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik, Ini Tip Nak Lena Mudah

Zaman sekarang semua di hujung jari, bukan sahaja membaca tetapi nak membeli pun ramai suka pilih secara online. Itu yang membuatkan ramai yang suka pegang phone lama-lama, sampai lewat malam pun ada! Itu yang jadi punca seseorang tidak cukup tidur.

Tetapi sebenarnya menggunakan gajet dalam tempoh dua jam sebelum tidur akan mengaktifkan hormon dalam badan, sekali gus menyukarkan anda untuk melelapkan mata.

Masalah ini sangat ketara dalam kalangan warga emas kerana kira-kira 40%-50% warga emas berumur 60 tahun ke atas sukar tidur pada waktu malam.

Wanita pula didapati lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki.

Selain itu, insomnia atau masalah sukar tidur juga menjadi faktor turut memberi pelbagai kesan seperti keletihan fizikal dan mental, mudah resah, kehilangan daya ingatan dan risiko darah tinggi.

Namun, tidur berlebihan juga tidak bagus. Perlu diingatkan, kekurangan tidur tidak boleh digantikan dengan tidur berlebihan.

Ini akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat yang boleh menjejaskan kesihatan jantung anda serta mengakibatkan berat badan bertambah.

Ads

Selain itu, punca tidur yang tidak berkualiti ialah masalah sleep apnea. Keadaan apabila pernafasan terhenti berkali-kali ketika tidur.

Kesannya ialah tidur kurang lena dan terasa letih walaupun sudah tidur lebih daripada 6 jam.

5 Tips Mudah Untuk Dapatkan Tidur Berkualiti

Tak Cukup Tidur Buat Darah Tinggi Naik, Ini Tip Nak Lena Mudah

Berikut adalah 5 langkah mudah yang boleh diamalkan untuk perbaiki kualiti tidur anda:

1. Dapatkan cahaya matahari pada waktu siang

Cahaya matahari pada waktu siang sangat membantu untuk mengekalkan irama sirkadian anda kerana menurut Healthline, kajian pada tahun 2022 mendapati pendedahan kepada cahaya terang pada siang hari boleh tingkatkan kualiti tidur.

2. Kurangkan Tidur Siang Atau Tidak Menentu

Tidur pada waktu siang boleh menyebabkan kekeliruan tubuh badan lalu menyukarkan seseorang untuk tidur pada waktu malam.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Walaupun kesannya berbeza bagi setiap orang, kajian pada tahun 2021 mendapati tidur siang sesuai untuk atlet atau mereka yang melakukan aktiviti fizikal berat.

Jika anda tidak menggunakan tenaga banyak seperti itu, cuba kurangkan tidur di waktu siang.

3. Tidur Dan Bangun Pada Waktu Konsisten

Mengamalkan waktu tidur yang konsisten boleh membantu kualiti tidur dalam jangka masa panjang dan turut meningkatkan kualiti tidur.

4. Dapatkan Katil, Tilam Dan Bantal Yang Selesa

Kualiti tempat tidur turut mempengaruhi kerana tilam yang kurang selesa boleh menyebabkan sakit belakang menyukarkan anda mendapat rehat yang lena.

Selain itu, tilam yang tidak terlalu lembut dan keras boleh memberi keselesaan diperlukan tanpa menyebabkan masalah sakit belakang.

5. Cipta Persekitaran Bilik Tidur Yang Sesuai

Selain daripada keselesaan katil. Suhu, bunyi, pengudaraan dan kualiti udara juga main peranan penting untuk dapatkan tidur berkualiti.

Cuba kurangkan bunyi bising dan cahaya, termasuklah dari telefon pintar anda dan kekalkan bilik pada suhu selesa, iaitu sekitar 18°C yang sesuai untuk kebanyakan orang.

Nampak tak punca dan akibat tak cukup tidur? Nak hidup gaya sihat, anda boleh amalkan tips ini untuk kurangkan masalah tidur sekaligus mengelakkan daripada masalah darah tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah pecah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

wanita Jepun viral

Wanita Jepun Viral Lepas Sambut Anak Ke-7 Ketika Negara Itu Tengah...

Wanita Jepun viral selepas melahirkan anak ke-7 ketika kadar kelahiran Jepun mencatat rekod terendah dengan kadar kesuburan 1.14 pada 2025.